Assalamualaikum...
Dah tentu ramai yang masuk dapur sediakan menu tengahari kan..kita baru nak tayang menu sarapan..hehe..badan rasa letih & keupayaan jadi terbatas untuk seketika..jalan paling baik..baring..pejam-pejam mata & lapangkan minda yang takdela berserabut pun, cuma penat je..
Pagi tadi kami sarapan dengan roti berinti coklat & sardin, ini jugakle bekal anak-anak ke sekolah agama pagi tadi..Oh ya..harini dah bermula peperiksaan pertengahan tahun bagi pelajar KAFA kat sini..harini subjek Akhlak & Tauhid..mudah-mudahan Adam & Akmal dapat melaluinya dengan jayanya...
Takmo bikin mata penat baca..moh layan menu sarapan kami yer..Resepinya dah biasa letak, boleh belek SINI...
Letak dalam cup pesen baru kata tokey kedai tu, takyah letak dalam muffin tray..dia kekal elok, dalamnya macam plastik je, bila roti dah masak, cup tu boleh pulak tanggalkan & rasanya nak guna balik la..sayang nak buang..hihi..tak jejas pun..*ke kita je yang tak tahu ada cup jenis nih?* jakun...
Semuanya yg letak choc.urai ni berinti coklat..makan sebiji pun dah kenyang..hehe
Yang ni letak inti sardin, lebihan lauk sardin tumis yang anak-anak makan..hehe..ala berkedut pulak kulitnya..
SELAMAT MENCUBA
2 ulasan:
anna....best kan basic dough ni...
aku pun suka...
a'ah Mas..mmg suka buat rsp ni...mcm2 blh pelbagaikan..tp malas tu yg bermacam jugak..hehe
Catat Ulasan