31 Mei, 2011

AGAR-AGAR RINTIK SANTAN

Ish...menu penyejuk tekak ni buatnya hari Jumaat lepas, hajat nak makan2 je hari Sabtu tu, tapi dah balik kampung, tinggal je dalam peti ais, hari Ahad dah senja2 tu baru keluarkan & makan..hehe..punyala lama dok terketar-ketar dalam peti sejuk kan..sian dia...harini baru sempat hantar laporan kat Makcik IjahDaut..hehe..macih Jah share resepi ni, anak Ana suka makan yang kosong tu je, tapi kita suka tang santan tu..cuma rintik2nya agak nipis, jadi bila letak dalam adunan agar-agar ke 2 tu, ia terapung...tapi kira okeyla kan, dapat makan-makan jamu keluarga sendiri, kebetulan ayah pun sempat merasa air tangan anaknya ni..


Nape kejadiannya tak secantik Izah & Mas buat? Ini bukan rintik hujan dah ni, ni dah jadi hujan batu..hehe...layan jela yer..

AGAR-AGAR RINTIK SANTAN
sumber: izahdaut

bahan A
  • 1/2 sudu besar agar2 serbuk *saya guna agar2 serbuk warne ijau
  • 250 ml santan
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam

Campurkan semua bahan-bahan dan masak sehingga mendidih.
Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga keras.
Bila agar2 sudah keras, potong kiub kecil2 dan ketepikan.

bahan B
  • 1/2 sudu besar serbuk agar2
  • 500 ml air
  • 100 gm gula merah *boleh tambah gula biasa untuk lebih manis
  • 1 sudu besar tepung kastard *bancuh dengan 2 sudu besar air
  • 2 helai daun pandan *optional

Masak air , daun pandan dan gula merah sehingga hancur. 
Masukkan pula agar-agar dan masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan bancuhan tepung kastard.
Masak hingga mendidih. Tuang ke dalam loyang.
Kemudian masukkan agar2 yang telah dipotong kiub tadi ke dalam agar2 B.
Sejukkan dan hidangkan.

**Lain kali nak kena kurangkan gula, sebab suami Ana cakap manis sangat..memang manis pun..huhu..**

10 ulasan:

Encik MamaT berkata...

walau mcm mana pon nampak menyelerakan.. hehe

Anna Qawina berkata...

Encik mamat : hehe..ye..pastikan menyelerakan..kalo tak takde sape nak sentuh dik..huhu

izahdaut berkata...

hujan batu dirumah ana, hujan emas dirumah sendrik...kikiki..

sebenornya..dalam buku tukan, yang santan putih tu bulat2.dia letak dalm acuan bulat2.itu lah namanya rintik.lebih kurang rupe agar2 ko ni la. sebab itam putih. yang aku ngan mas tu warne ijo kan.apa pun.. layannn tengah2 panas ni.

Anna Qawina berkata...

hish..ko nih...kang runtuh lak umah aku kena timpa hujan batu..hekhek..eh ini pun ku guna agar2 ijo la..ko tak nampak eh? hihi..nak prabihkan serbuk agar2 yg kaler ijo dah berzaman tu..kot diala jd lahumana pun..janji stok dapo boleh tambah lepas ni..haha

Sheery Dream Cakes berkata...

dah sampai cnie dah agar2 rintik yg comel nie.. kalau mkn sejuk2 nie.. sedaaaap nie... nak2.. hehehe

Lieza berkata...

fuyoooo...hujan rintik2 dah sampai rumah anna pulak....rajinnya ler preggy mummy nih...

Mas berkata...

betul tu kata ijahhhh..
layan jerk agar2 tu..
janji sodapppp...

Yatie berkata...

Assalamualaikum Anna,
waduh buat akak terliur je...bilalah nak buat agar2 rintik ni....makin panjang dah list akak....adoyaiiii..

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

laju ana eksperimen yer.. baru je nmpak kat umah izah ritu...

ilahjy berkata...

tengok selera kita sama anaaaa... kak buat agar2 /puding tembikai... boleh la tu anna... mana leh sama 100% dek kussss... mcm akak kamu ni lah..ada jer tak kena hikhik..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...