Sabtu, 2 Oktober 2010

KERABU TOTAMO IKAN BILIS

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum

Pagi-pagi ni Ana nak tayang kerabu yang Ana buat petang semalam, sebab tengahari nanti nak g open house rumah kawan facebook, lepas tu terus ke Labu, N9 utk makan-makan lagi rumah sepupu..jauh gak jalan harini...Kerabu yang Ana dpat resepinya dri blog Kak Ayu, Kat blog Izah pun dah buat cuma versi beza sikit je....kata Kak Ayu dapat dari Hana nun di Jepun..



Kerabu ni makan dengan nasi panas-panas, dah tak payah ambil lauk lain pun takpe...tambah2 lak kalau buat pedas2 mau sok sek..sok sek..hidung tu..hihi.. Ana copy dari blog Kak Ayu yea..trimas Kak..

Copy dari : Ayu
Bahan-bahan
  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
  • segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
  • 1/2 biji bwg besar - dihiris
  • 3-4 biji chili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris-(Ayu letak lebih)
  • 1 btg serai - dihiris
  • garam
  • gula-(Ayu tak letak ni)..Ana bubuh ni..
  • jus lemon - optional..Ana perah limau nipis
  • pak aji - klu suka-(Ayu letak ni)..Ana tak letak
Cara-cara
  1. Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. Perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
  2. Dah siap! bleh la dihidang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...