Isnin, 4 Oktober 2010

Nasi Impit Kuah Kacang

Assalamualaikum....huuuu...letihnya badan, maklumlah berjalan-jalan pergi open house sana sini..hihi..

Maaf & terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi singgah sini walaupun tuan rumah g beraya sakan, takpe, masuk aje, pintu tak kunci tu..hehe...Apa menu sarapan pagi ni? Ana cuma makan nasi impit dengan kuah kacang je, itupun buat semalam, pagi ada adik datang beraya, masak lebih kurang je, lepas tu kami lak kluar g raya rumah pakcik Cik Abe Ana kat Klang...


Tiap-tiap tahun buat kuah kacang Ana buat guna resepi ni je, dapat dari majalah tah tahun bila tah...kali ni nasi impitnya Ana cuma rebus yang segera je, cap Nona..hiiii...tak sempat nak buat sendiri..

Resepi Kuah Kacang :
  • 1/2 kg kacang tanah...digoreng dalam minyak sedikit sampai masak & toskan.
  • 5 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 1/2 inci halia*
  • 2 batang serai*....(*)di kisar
  • air asam jawa
  • gula & garam
  • cili kering secukupnya
  • 2 keping gula melaka ...boleh lebihkan

Cara :
  • Kacang tanah dikisar/tumbuk halus.Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali & tumis bahan kisar. Biar sampai pecah minyak.
  • Masukkan kacang tanah bersama sedikit air, kacau-kacau sebati.
  • Masukkan lagi air secukupnya bersama gula melaka, gula, garam & air asam jawa.
  • Sentiasa kacau2 supaya tidak hangit didasarnya...dah mendidih & cukup pekat yg diingini bolehla diangkat...
  • Makan................

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...