Rabu, 6 Oktober 2010

COCOA BROWNIES

Salam...Selamat petang...Dah minum petang ke? Heheee...

Pagi tadi ternampak brownies kat blog Kak Maz...terliurnya..tapi semalam Ana dah buat Brownies resepi Kak Fida dah ni, kena tunggu giliran nak buat guna resepi yg Kak Maz buat tu...

Brownies ni senang nak membuatnya, bancuh2 & kacau2 je...cuma Ana takde butter, jadi Ana letak minyak masak jela..jadi elok masuk perut..anak2 suka sangatla, Adam siap tapau bawak pergi sekolah, katanya nak makan dengan kawan2 dia skali..

macam biasala..deco tuh memang hancuss jek..heee
Brownies ni Ana siap bertopping lagi..badam pun Ana bubuh dalam adunan bukan tabur atas tu macam yang Kak Fida buat..hihi..mandai-mandai jela...

Untuk Adam & kawan2nya, simpan petiais jap..
Kesimpulannya...memang mudah kalau nak makan sedap..heee...tryla buat..terima kasih untuk Kak Fida..Ana kopipes kat sini resepinya yea..

Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )

  • 150 g tepung gandum*
  • 1 sk baking powder*
  • 60 g serbuk koko* - (*ayak bersama)
  • 400 g gula perang (boleh guna campuran gula perang dan gula halus)
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan mentega cair..Ana guna minyak masak jer
  • 1/2 cawan kacang pecan/badam cincang kasar - dipanggang

Cara-cara

  1. Campurkan 4 bahan pertama ke dalam mangkuk dan kacau rata. Masukkan telur dan mentega cair dan kacau sebati.
  2. Tuang adunan ke dalam loyang yang beralas kertas dan bergris dan ratakan. Taburkan kekacang yang dicincang. Bakar pada suhu 170C selama 25-30 min.
  3. Biarkan brownies sejuk di dalam loyang, baru boleh dipotong dan dihidangkan. 
  4. Boleh juga letak coklat ganache ikut suka...

    1 ulasan:

    Kak Lin berkata...

    Salam Jumaat....
    Aduhai! Sedapnya....

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...