04 Oktober, 2010

Puding Susu Bandung

Salam semua....pernah tengok puding ala-ala bandung ni tak? Hihi...ada kat dapo Mas...kalau kat dapo Kak yat pun ada...Ana buat sebijik sebijan macam Mas...ala2 manis warna dia..rasanya?? Aduuhh...lembut-lembut masuk tekak, manisnya pun slooowww je..haha...cuma ana punya puding ni tak cantik sangat sebab nak cepat, buat pagi, tengahari tu dah keluarkan dari peti sejuk makan sebelum keluar ke jemputan rumah terbuka raya...jadi sememeh sikit ler...
 
 
Maaflah gambar kurang menarik, snap pun cepat2 masa keluarkan dari acuan yang tak seberapa tu, yang penting selamat masuk perut..hiii
 
Copy : Mas...terima kasih Mas & Kak Yat..juga Gert
 
Bahan :
  • 600 ml air
  • 120 gram gula pasir
  • 8 gram serbuk agar agar 
  • 3 helai daun pandan
  • 300 ml susu segar..Ana letak susu cair
  • 200 ml santan
  • beberapa titik esen pandan  - mas letak pati sirap..Ana pun sama gak
 
Cara membuatnya :
  1. Satukan serbuk agar2, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.
  2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2. 
  3. Tapis dan tuang 1/2 bancuhan kebekas lain dan titiskan sirap / esen pandan / strawberi paste dan kacau sebati.
  4. Tuang kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer. Biarkan beku ( mas letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding bandung tadi .
  5. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk2....

Tiada ulasan:

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...