Rabu, 6 Oktober 2010

KEK ROS MARMAR

Assalamualaikum w.b.t..

Salam pagi nan indah buat semua...sejak semalam Ana tak dapat nak masukkan N3 sebab tak boleh nak upload gambar, tahle nape..malas nak godek-godek jadi Ana biarkan jela...Harini saje je nak tunjuk kek yang dah dibuat 2 hari lepas..Resepi asal kawan facebook ..Kak Sha..yang bagi, katanya dia dapat dari kertas pembalut tin susu yang dibelinya...Ana dah olah & ubah cara-cara buatnya ikut kesesuaian sendiri..


Kek ni hasilnya tidak mengecewakan, cukup lembut & agak lembab sikit dalamnya...ala2 kek marble jugakla, amatlah sesuai kalau nak buat minum petang bersama kopi 'O'..heeeee..dah abes pon...

Bahan-bahan :
  • 150 grm mentega
  • 150 grm gula kastor
  • 3 biji telur
  • 160 grm tepung naik sendiri..*Ana guna tepung gandum + 1/2 sdt.baking powder + 1/2 sdt soda bikarbonat + secubit garam..Ayak bersama
  • 2 1/2 camca besar susu cair
  • 1/2 sdt esen vanila
  • 1/2 sdt esen ros..*Ana ganti esen strawberi
  • 1 titik warna merah..atau secukupnya
 Cara-cara :
  • Pukul gula dengan mentega sampai kembang
  • Masuk telur,sebiji-sebiji ,pukul sampai halus
  • Masuk tepung sikit2,di selang seli dgn susu cair
  • Habiskan semua tepung jangan kacau lama sangat.
  • Bahagi 2 warna,.1 boh esen vanila,1 bekas lg boh esen ros n pewarna.
  • Griskan loyang dengan mentega, sendukkan adunan selang seli sampai habis, bakar 20-30minit,.suhu 170'C atau sampai masak

2 ulasan:

Mas berkata...

salam ana..nampak gebu la kek tu...mas nak sikitt...he..he..

Anna Qawina berkata...

Mas...dah abesla...brownies adela..nak ke? hihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...