Khamis, 7 Oktober 2010

TELUR DADAR MAYONIS

Assalamualaikum....lewatnya online harini...dah siap masak ke? Ana lepas siapkan makan untuk Adam tadi terus tidurkan Hannah, tup-tup Umminya tertidur skali..hehehee..cuaca pun mendung & sejuk lak, mata pun paham-paham jela kan...

Telur dadar ni dah 3 hari berturut2 Ana buat untuk budak-budak ni makan, berebut2 nak cari part yang nampak tebal mayonisnya tu, sedap rasanya lemak-lemak gitu...kalau dah anak-anak suka, Umminya lagi suka, takpayah susah nak fikir masak pelik-pelik bagi diaorang makan kan..

nampak tu putih2 mayonis tu? heeehheee
Nak buatnya senang je cuma yang Ana buat ni tak letak bawang dan sabagainyala nanti diaorang campak ke luar pinggan, tak suka, kita gak yang kena kutip kan..Haritu pernah tengok Sheila Rosli dok iklan kat tv telur macam ni...meh kita pakat2 try..

Dadar Mayonis cara Ana :
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar mayonis
  • serbuk lada putih..
  • Campurkan semua bahan tersebut & kacau-kacau bagi berbuih sidkit.
  • Panskan kuali dengan sedikit minyak masak.
  • Goreng campuran telur tersebut sampai masak, balik2kan ke dua2 belah & boleh dimakan...
*Variasikan : tomato dadu, bawang besar hiris & daun bawang di tambah di dalam campuran telur

5 ulasan:

Mas berkata...

salam ana, mas pun dah buat...sedap kan...

Anna Qawina berkata...

hihi...sedap & mudah kan Mas...ni umminya tgh malas nak ponin2 kapla le ni...

Kak Lin berkata...

Salam Anna...
Tgk Pun Dah Tahu Sedap Telor Dadar Mayonis Ni.....Dah Lama Kak Lin Merancang Nak Masak Telor Dadar Ni Tapi Tak Buat-Buat Jugak....

Anna Qawina berkata...

Kak Lin : kena gak buat nanti marah lak Sheila Rusly tuh..penat dok ajar dlm tv..hihi

kakchik berkata...

senang dan sedap. kanak-kanak suka, orang dewasa pun suka. menu paling senang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...