Isnin, 27 September 2010

KEK COKLAT KUKUS

Wah...minggu ni asyik nampak kawan2 mengekek je kan...sekut2 semua dah tak rancak sangatla dah pertengahan Syawal ni.. makan apa yang ada jela..buat kek lagi mudah tambah-tambah lagi kalau ada yang nak datang tetiba ni..Kali ni Ana buat kek coklat kukus resepi aych07 dari myResipi tu, sebelum ni dah buat masa kat kampung tapi takdan nak snap gambar dah habis dikerjakan..maklum..ramai..huhu..

~@_@~....berpinar bijik mata nak tunggu petang...
Nak buat senang & bahan-bahan pun ringkas je, sedap tu bergantung pada lidah masing-masing la kan, bagi Ana & anak branak Ana memang mengancam, nak-nak ada topping lak...anak-anak dah tak sabar tapi kena tunggu ayahnya balik dulu baru leh potog..heheh..mendera perasaan diaorang nih...

buah ceri tu anak daro den yang paksa letak...huhu
 Sumber : aych07

Bahan-bahan:

bahan A

  • 11/2 cwn gula pasir
  • 1 cwn minyak masak
  • 11/2 cwn susu cair
  • 3 biji telor
  • 1 s/k esen vanila
 Bahan B
  • 1 cwn serbuk koko
  • 11/2 cwn tepung gandum
  • 1 s/k soda bikarbonat
  • 1 s/k baking powder
  • 1 cwn air panas baru mendidih

Topping : Ana tambah sendiri..Ini Ana buat ikut agakan sendiri...

Coklat masakan + Susu cair dimasak double boil, tutup api & masukkan 1 sudu butter, kacau2 & tuang atas kek..agak2 dah likat & boleh tuangla..

Cara-cara

  1. Ayak semua bahan B, blander bahan A sehingga sebati.
  2. Campurkan bahan A dan B, kacau sehingga sebati, masukkan air panas yang baru mendidih kemudian kacau lagi dan akhir sekali kukus selama 1 jam 
  3. Boleh letak topping yang disukai....nyum..nyum...
NOTES: SENANG & SEDAP...cubalah..

2 ulasan:

Kak Lin berkata...

Salam....
Kak Lin Selalu Mencuba Kek Coklat Kukus Ni Sedap!

Anna Qawina berkata...

Kak Lin...kalau boleh nak yang senang2 & sedap kan? haha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...