22 Julai, 2013

13 RAMADHAN 1434H : MEE GORENG MAMAK


بسم الله الرحمن الرحيم ...
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته...
Juadah berbuka bila kesibukan melanda, lagipun Adam dah mintak berbuka dengan mee goreng beberapa hari lepas, tapi tak sempat lak nak buat, maklumle bila dah siap masak lauk pauk kira cukuple kan. Alhamdulillah dapat buat khamis lepas untuk berbuka, masak cepat2 menggunakan bahan2 yang ada, resepi dapur Mas..tengQ Mas..


RESEPI MEE GORENG MAMAK
Sumber : Mas@Duniaku


Bahan :
  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging - hiris nipis *Tak letak daging
  • 1 mangkuk sawi - potong kecil
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 3 sudu cili mesin - nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 2 sudu kicap lemak manis 
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos cili
  • 1 sudu secukup rasa @ 1/2 kiub ayam
  • 1 biji telur
  • 1 biji tomato dibelah 
  • 2 biji telur digoreng hancur terlebih dahulu *Ni saya tambah je sbb xde daging
Cara :
  • Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili, biarkan garing dan wangi.
  • Masukkan daging dan kacau rata.
  • Masukkan secukup rasa @ kiub ayam, kicap lemak manis, sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
  • Masukkan serbuk kari. Biar sebentar.
  • Masukkan tomato yg dipotong2 dan sawi. Kacau sebentar.
  • Masukan mee dan sebatikan.
  • Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
  • Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
  • Masakkan mee agak kering.
  • Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.

21 Julai, 2013

12 RAMADHAN 1434H : SNOW ALMOND COOKIES

Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali pada Ramadhan ke 12, cepatnya masa berlalu. Moga diberi kesihatan yang baik dan keberkatan seluruh isi alam InsyaAllah. kebanyakan n3 saya yang keluar ni autopost ye, harap maaf..

Biskut raya lagi, kali ini Snow Almond pula, hot selling bagi sesetengah bakers ni, boleh buat pilihan utk salutan menggunakan kelapa kering, breadcrumbs atau nestum, yang pasti sedap dimakan.


Alhamdulillah, baru sudah siapkan sebanyak 700pcs biskut ni utk dihantar sebagai salah 1 jenis biskut untuk hamper raya. Lepas ni kena siapkan utk tempahan kawan2 dan saudara mara terdekat pula, tak banyakla..sikit2 cari duit raya bayar tol nak balik kampung..hehe

masih menggunakan resepi sebelumnya, perkongsian daripada Umifeeza di web myresepi, dan ramai yang guna resepi ni kan, Alhamdulillah menepati selera.

RESEPI SNOW ALMOND
Sumber : Umifeeza@myresepi

BAHAN A:
  • 200gm butter
  • 100gm gula kastor
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu kecil esen kopi
  • 1 biji kuning telur
BAHAN B:
  • 220gm tepung gandum
  • 70gm tepung ubi
  • 50gm nestum - dikisar
  • 40gm badam kisar
  • 1 sudu besar coffeemate - boleh juga guna susu tepung
HIASAN:
  • Coklat masakan - dicairkan
  • white breadcrumb/ kelapa kering / nestum

Cara-cara

  1. Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
  2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
  3. Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
  4. Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
  5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih/kelapa kering/nestum tadi.
  6. Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara. 
 *******************************************************************

 SNOW ALMOND

Dijual dalam 2 saiz balang, 25pcs++ dan 50pcs++
Hubungi saya di talian 019-3004358 sebelum kehabisan biskut ni ya
Penghantaran plg lewat 3 hari sebelum hari raya InsyaAllah

20 Julai, 2013

11 RAMADHAN 1434H : TAUHU KUKUS SOS TIRAM

Assalamualaikum w.b.t, bersua kembali..Alhamdulillah..

Menu berbuka hari semalam, Alhamdulillah dah tercapai impian nak masak tauhu kukus ni, dah lama teringin nak buat tapi tak jugak buat2..Sedap..lembutt2 je macam taufufa lak rasa, dah buat ni kena berkuah lebih sikit sbb budak2 suka makan kuah2..harusnya tauhu ni makan panas2 kan..

Resepi diangkut dari blog kak Dayang..terima kasih kak, share kat sini ya. Nak buatnya sekejap aje, ibu2 harus cuba ni, mesti anak-anak & suami yg suka tauhu akan makan dengan gembira..heehee


Tauhu Kukus Sos Tiram
bahan-bahan :
  • 1 keping tofu lembut (dikukus selama 5-7 minit)
  • 1-2 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu kecil madu - optional
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/4 kiub ayam atau kiub ikan bilis
  • sedikit minyak bijan atau minyak masak
  • 1 sudu makan kacang tanah kisar * tak letak sbb ada anak alahan kekacang, stok pon takde
  • sedikit daun bawang
  • sedikit air

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga terbit bau.
  2. Kemudian masukkan sos tiram, madu, sos cili, kicap manis, kiub ayam/ikan bilis dan sedikit air. Kacau sebati.
  3. Setelah masak, angkat dan siramkan ke atas tauhu yang sudah dikukus tadi. Taburkan kacang tanah dan daun bawang. Hidangkan.

19 Julai, 2013

10 RAMADHAN 1434H : ALMOND LONDON NESTUM & AL-FATIHAH BUAT ARWAH

Assalamualaikum w.b.t.

Perkongsian hari ini ada bau-bau lebaran ya. Sedikit pahala mahu disumbangkan buat arwah SH.Rodziah em
punya resepi biskut Almond London yang rangup ni. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman & bahagia disisiNya. Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Sumbangan arwah cukup besar bagi sesetengah manusia macam kami ni..InsyaAllah kita panjang-panjangkan.

Ada yang tercari2 resepi dah ni kan, apa kata buat biskut ni dulu, buat banyak2, kemudian simpan dalam bekas kedap udara, dah hampir2 raya atau nak jual baru celup coklat beramai-ramai..meriah yuuu..


Resepi ni dapat dari blog Noor Masri@Dapur Digital. Terus terpikat utk mencuba buat jualan raya tahun ni, Alhamdulillah cukup puas hati. Terima kasih Noor Masri & arwah yang berkongsi resepi. Mari kita panjang2kan agar dapat beroleh keberkatan & kebaikan bersama. InsyaAllah

RESEPI ALMOND LONDON NESTUM
Sumber : Arwah SH.Rodziah & Dapur Digital

Bahan-bahan: 
  • 250gm mentega
  • 100gm gula kaster
  • 50gm nestum(kalau nak kisar boleh, tak kisar pun ok)-saya kisar halus
  • 100gm tepung jagung
  • 200gm tepung gandum(secukupnya) - saya ikut Noor Masri menambah 30g lagi utk mendptkan doh2 yg sedang elok
  • Kacang badam secukupnya (dipanggang)
  • 1 sudu teh esen vanilla - resepi asal tak ada,*saya x letak
  • Almond nib secukupnya sbg hiasan.
  • Coklat masakan
  • Papercup

Cara2 membuatnya:

  • Putar mentega dgn gula hingga sebati
  • Masukkan nestum dan putar(sekejap shj) hingga adunan sebatii
  • Masukkan tepung jagung dan gaul hingga rata-guna senduk
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut
  • Rehatkan dlm 15 minit & ditudung dgn kitchen towel yang lembap
  • Ambil sedikit doh dan isi badam dan bentukkan samada bulat atau bujur.
  • Bakar pada suhu 170 dlm 20 - 25 minit

Untuk salutan coklat:
1)  Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double-boiling.  Bila coklat dah cair, celupkan biskut menggunakan penyepit dan masukkan terus dlm papercup dan tabur sedikit almond nib diatasnya.

2)  Buat hingga habis dan biarkan coklat beku, baru dimasukkan dlm container kedap udara

SELAMAT MENCUBA
***************************************************
Dijual dalam 2 saiz bekas : 25++pcs/balang & 50++pcs/balang dengan harga berpatutan. Saya menggunakan coklat compund Selbourne utk salutan dan sebiji almond panggang didalam biskut.InsyaAllah berpuas hati dengan nilai & harga yang dibeli.

18 Julai, 2013

9 RAMADHAN 1434H : AYAM GORENG BERCILI & PETOLA SAYUR PEDAS

Assalamualaikum w.b.t

Dah beberapa hari tak sempat nak kongsi juadah, bagi idea cikai2 kat sape2 yang buntu..konoon..harini nak kongsi menu biasa2 amat kat dapur saya. Menu cenggini yang menjadi kesukaan anak-anak, pedas2 pun layan. Digandingkan pula dgn sayur air pedas, memang laju anak-anak makan menambah-nambah. Seronok kan..harap bermanfaat InsyaAllah.

RESEPI AYAM GORENG CILI PADI
Sumber : Anna Qawina

Bahan-bahan :
  • Setengah ekor ayam
  • 5 ulas bawang merah*
  • 8 ulas bawang putih*
  • halia*
  • segenggam cili api @ kurangkan jika tak mau pedas - *tumbuk lumat
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat
  • 3 sdb sos tiram
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji tomato - dipotong berbaji
Cara-cara :
  • Ayam digoreng separuh garing, ketepikan
  • Tumis bahan tumbuk dengan sedikit sahaja minyak masak. Kacau hingga wangi.
  • Masukkan sos tiram, air kacau hingga mendidih.
  • Masukkan ayam, tomato, kacau hingga sebati bersalut. Masukkan bawang besar tadi. Angkat dan hidangkan panas2.
************************************************
PETOLA SAYUR PEDAS

RESEPI PETOLA SAYUR PEDAS
Sumber : Mak saya..

Bahan-bahan :
  • 1 batang petola - dibuang kulitnya yg tajam & potong serong
  • 1 cekak pucuk daun meranti / pucuk manis (jika suka)
  • 4 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih *
  • 10 biji lada hitam *tumbuk lumat bersama
  • Garam secukup rasa
  • 1 keping kecil asam gelugur (x suka xyah letak)
  • Air secukupnya

Cara-cara :
  • Panaskan air secukupnya dalam periuk. Masukkan sekali bahan tumbuk tadi.
  • Biarkan mendidih, masukkan petola yang dah siap potong. masak hingga petola empuk. Masukkan asam gelugur dan garam
  • Kemudian, masukkan daun meranti, biarkan mereneh seketika,bolehla tutup api & hidangkan.

SELAMAT MEMASAK

 

15 Julai, 2013

5 RAMADHAN 1434H : PUDING PERMATA

Assalamualaikum
Salam 6 Ramadhan, hampir seminggu dah berpuasa kan, sekejap aje masa berlalu..Gunakan masa2 yg ada sebaiknya..InsyaAllah

Ni desert pada hari ke 5 puasa tapi tak sempat nak letak resepi. Resepi biasa2 ajer, dah ulang2 buat jugak kan, cuma lps nampak Kak Ita Masam Manis buat, terus ada idea, sbb senang dan nak cepat.

Permata yang tak seindah permata yang ada dikedai2 emas terpilih..hehe..janji sedap..Cuma bab gula tu kena kurangkan, manis sangat tau. tapi anak-anak saya suka ni.

Resepi dari Rossitam@ Myresepi, jom lihat dan buat, jangan simpan je resepi, nanti berkulat dalam buku..

PUDING PERMATA

Bahan-bahan ( Loyang 7in x 7in )
 
** Bahan untuk agar-agar :
  • 300ml air
  • 200ml susu cair (saya guna susu segar)
  • 125gm gula pasir
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar
** Bahan untuk kastad :
  • 500ml air
  • 400ml susu cair / susu segar
  • 250gm gula pasir*Lain kali kena kurang kpd 180g@200g shj.
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard - dibancuh dengan 3 sudu besar air

Cara-cara

  1. ** Untuk agar-agar : Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
  2. Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
  3. ** Untuk kastad : Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
  4. Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.

Jemput..^_^....eh puasaaa..Jemput buat sendiri ya. 

Wassalam

13 Julai, 2013

4 RAMADHAN 1434H : FRUIT TART & TART SHELL


بسم الله الرحمن الرحيم ...

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Alhamdulillah, hari ke-4 berpuasa dibulan Ramadhan tahun ini, semoga kita semua diberkati hingga akhirnya.. maaf ya, saya nak cepat, ni pun edit2 mana yang patut je, dah lama dlm.draf, ada pulak rakan2 yang nak resepi, jadi saya kongsikan mana yang sempatla.

Pilihan menu berbuka? Kalau rajin apa salahnya. Sekadar mencetus idea bagi yang teringin & termenung tu..Tart buah ni ada penggemar tersendiri, kalau anak2 saya nnt dicabut satu persatu baru makan..pelik2..hehe


Rajin2kan tangan siapkan crust dulu ya, boleh simpan lama kalau nak guna raya ni sempat lagi, tak nak buat sendiri boleh tempah dengan saya ya.ada 2 saiz tersedia, 4.5cm & 5.25cm. Cukup mudah kalau nak buat cheesetart atau fruit tart ya.

Resepi saya sertakan sekali, kot2 ada yang rajin, boleh buat untuk jamuan berbuka atau hari raya nanti. Resepi kastard pulak dari blog Kak So Fea, terima kasih ye kak, memang suka sgt resepi ni, dah lama jugak guna untuk jualan ni, cuma nak jadikan elok terbentuk dan licin serta lembut lepas dimasak tu ada caranya. Jom kita tengok...

RESEPI TART SHELL
Sumber : Anna Qawina

Bahan-bahan :
  • 250g mentega Buttercup
  • 120g gula ising
  • 2 biji telur gred B
  • 480g - 500g tepung gandum (masukkan sdkt2..)
Cara-cara :

  • Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
  • Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
  • Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
  • Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
  • Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
  • Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
  • *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
  • *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
  • Simpan crust dalam bekas kedap udara. 
  • ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
  • Pastikan acuan tidak basah.
TART SHELL

RESEPI CREAM CUSTARD
Sumber : So Fea After 6 am

Bahan-bahan:
  • 1 liter susu segar
  • 130 gm tepung kastard
  • 150 gm gula @ ikut manis
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sk esen vanila

CARA:
1. Masukkan 1/2 liter susu ke dalam mangkuk, kemudian masukkan tepung kastard dan telur.
2. Gauk dgn whisk sehingga tepung & telur sebati. kemudian tapis. Ketepikan.
3. Lagi 1/2 liter susu masukkan dalam periuk , panaskan sebentar dan masukkan gula.
4. Kacau hingga gula larut dan masukkan adunan kastard yg telah ditapis tadi.
5. Kecilkan api dan kacau selalu hingga masak.  Part ni kena jaga2 sbb nanti hangus.
6. Angkat & biarkan sejuk. Cream ni masa panas cair sedikit tapi bila sejuk akan pekat.

7. Bila kastard dah sejuk, putar menggunakan mixer sehingga kastard licin dan lembut dgn.kelajuan perlahan, kemudian baru boleh digunakan.(Ini cara saya supaya kastard krim terbentuk elok dalam crust)
8. Masukkan cream custard tadi ke dalam pipping bag dgn nozzle yg sesuai dan paip ke dlm tart crust.
9. Susun buah2 spt. strawberry, kiwi, anggur @ buah2 lain yg disukai di atasnya.

10. Tabur gula icing jika suka & sapu jely atas buah2han agar kelihatan berkilat.


SELAMAT MENCUBA. NAK ORDER SMS/CALL : 019-3004358

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...