12 Februari, 2016

Serimuka Gula Melaka

Assalamualaikum, salam sejahtera..
Serimuka lagi,eh 'ter'rajin pulak buat kuih ye? sesekali jela..teringin nak makan kena gak buat. Cuma kejadiannya agak menyayat hati tengok kejadian kuih ni..haha.. 
ni lah padahnya, bila anak menolong tanpa pengawasan, saya minta Damia kacau2 adunan kuih perlahan2 tak bagi berketul-ketul, sebab sambil2 tu saya tengah menyiapkan tempahan Tart Shell, lupa nak jenguk kan, tengok2 dah berketul-ketul..sabo jela..

Tapi apa-apa hal pun kuih tetap sedap, dapat juga bawak kuih ni jumpa anakanda Adam kat asrama..bakinya ngap sendri, tak cukup pulak dah..sedap & elok makan bila sejuk, masa panas2 macam manis sikitla..Yang seronok bila tak perlu nak rendam2 pulut tu, cuci2 tos & boleh guna dah..
Resepi saya ambil dari blog kak Nadz..tq kak..

Serimuka Gula Melaka
Loyang saiz 7 x 7inc.
Sumber : NADZ COSK
Bahan-bahan Lapisan Bawah :
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 1/4 cawan santan cair
  • 1/2 tsp garam
Cara-cara :
  1. Basuh beras pulut dan toskan.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama dengan santan cair dan juga garam.
  3. Kukus sehingga masak.
  4. Setelah masak, sapu sedikit minyak pada loyang segi empat 7 X 7 inci dan lapikkan dengan sehelai plastik.
  5. Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan tekan-tekan biar padat dan rata.

Bahan-bahan Lapisan Atas :
  • 200 gm gula Melaka (putong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 biji telur
  • 1 Tbsp tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 tsp garam
Cara-cara :
  1. Masak gula Melaka bersama 1/2 cawan air hingga gula larut.
  2. Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapis masuk larutan gula Melaka tadi. Kacau sebati hingga tiada ketulan. (kalau ada ketulan, boleh ditapis).
  3. Masakkan adunan di atas api hingga naik wap.
  4. Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam loyang tadi dan kukus selama 10 minit - 15 minit atau sehingga masak.
  5. Saya tutup permukaan loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air wap menitik pada permukaan kuih.
  6. Sejukkan kuih dan potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan.
  7. selamat mencuba

11 Februari, 2016

Talam Serimuka Pandan

Bissmillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum.. 
Bersua kembali setelah puas golek2 bercuti kat kampung beberapa hari, Alhamdulillah ada rezeki jumpa mak ayah & adik beradik + kenduri perkahwinan anak saudara, dapat juga jumpa saudara2 jauh kami yang dah berkurun tak jumpa..Sekarang mari kita bersenam jari jemari update apa yang patut ya..

Pertama kali ambil tempahan serimuka, berdebar weh, Alhamdulillah berjaya jugak siapkan..ni beberapa mggu lepas rasanya saya buat..nasib adik sendiri yang tempah, kalau orang lain sah-sah saya tak berani buat..hehe

Resepi sedap dari blog Kak Yatie, juga resepi asal dari Chef Asma memang terbaik. Saya suka kuih2 Melayu camni tapi sangat jarang buat sendiri, renyah jugakla rasanya..hehe

Resepi Serimuka Pandan
Sumber : Kak yatie & Chef Asma
(saya guna loyang 9 x 9inc sebab kukusan tak muat loyang 10inc.)

Bahan2 Lapisan Bawah:-
  • 500 gm beras pulut
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 2 tsp garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
  2. Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
  4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2". (Saya guna loyang 9 x 9inc)
Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 250 gm gula pasir
  • 2 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 500 ml air
  • 1 sudu kecil pewarna hijau 
  • 2 sudu kecil pandan paste(nak lagi sedap guna 5 helai daun pandan dan kisar bersama air di atas, tapiskan dulu)
Cara caranya :
  1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
  2. Masak sehingga naik wap dan sentiasalah di kacau guna whisk. Tuang ke atas lapisan bawah
  3. Kukus selama 30 minit.(Lap penutup kukus 5 minit sekali, Kalau guna steamer trio, tak perlu lap..biarkan masak sampai 30 minit)
  4. Saya guna kukusan biasa, tutup loyang dengan aluminium foil jadi tak perlu risau air wap menitik kat permukaan kuih.
  5. Angkat kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah potong kuih guna pisau plastik.
  6. Selamat mencuba

05 Februari, 2016

Sandwich Keju & Telur Mayo

Sandwich keju & telur mayo..Menu sarapan & bekal lagi. Eh dah mood nak bercuti balik kampung dah ke? CNY 2016 tak lama lagi, maka sesakla jalan2 yang ada tu..hati-hati kepada yang memandu..

Bekal & sarapan anak-anak lagi ya, anak ramai ni kena kerap siapkan bekal mana yang sempat, kadang tak sempat atau lenguh kaki tangan pagi-pagi nak masuk dapur tu tapau jugak la..

Sumber resepi FB..
Siapkan bahan2 telur tu malam sebelum tidur ya. Pastu simpan peti ais.
Potong kerak roti siap2..simpan dlm bekas tertutup.
Bangun pagi tinggal siapkan je & masuk bekas bekal anak2.. bahan2 boleh agak-agak sendiri ikut citarasa.

*Kepingan roti sandwich buang kerak tepi.
*Keju cheddar keping
*Telur rebus
*Mayonis
*Garam (x letak pon takpe)
*Lada hitam serbuk
*Planta/butter

Cara :
Lenyek telur rebus.
Satukan dengan planta/mayonis/garam & lada hitam.
Letak keju atas roti,
Sudukan adunan telur. Ratakan.
Letak salad & tutup dgn sekeping lg roti.
Potong 2 & hidangkan utk yg tersayang.
Selamat mencuba

04 Februari, 2016

Cucur Manis Lobak Merah Lagi

Menu senang2 sampingan dalam bekas bekal anak-anak. Suka buat cucur/cekodok susu ni sebab senang, bahan tak banyak & saya suka parutkan lobak merah dalam tepung tu, bagi anak-anak makan sayur tanpa sedar..hehe

Resepi ulangan tapi saya taipkan lagi kat sini, resepi asal ada kat sini -->Cucur Manis
Cucur Manis lobak merah :

3 cwn tpg gandum
3 cawan air panas
1/2 cwn susu pekat
1 batang lobak merah saiz sederhana
Secubit garam.

Adun semua sebati guna senduk .
Goreng dlm minyak panas.
Siap.. selamat mencuba

Roti Jala Sos Kastard Pandan

Assalamualaikum w.b.t. Harap semua muslimin muslimat dikurniakan kesihatan & keberkatan yang diredhai Allah Ta'ala. Tak kira dimana sahaja anda berada InsyaAllah..

Bekal 02/02/2016..Sos kastard saya siapkan sebelum tidur malam, jadi pagi cuma bancuh adunan roti jala sahaja.

Roti Jala mudah..guna air je saya tak tau resepi siapa, snap kat Facebook tapi tak muat snap profile orangnya..harap ampun maaf..
 Resepi roti jala : 

-3 cwn tpg gandum
-3 cawan air
-1 biji telur
-Garam secubit
-Serbuk kunyit / Pewarna kuning
-Minyak utk.merenjis kuali /pan ajaib.

-satukan & blend - boleh menjala..
@ satukan semua bahan & whisk je kemudian tapis - boleh menjala..
-renjiskan sedikit minyak atas kuali sebelum mula menjala utk kali pertama..yg seterusnya tak payah renjis minyak ya..
-biarkan 1- 2minit kemudian angkat & gulung/lipat..
**kalau nk buat dwi colour. Bahagi 2 adunan & warnakan, masukkan dlm 2 botol asing2..jala melintang 1 warna, menegak 1 warna..siap.. 

Sos kastard pandan
Resepi : Fiza@lgk

*1 1/2 sudu besar tepung kastard
*1 1/2 cawan santan/saya guna susu cair
*1/2 cawan air masak
*5 sudu besar gula (kurangkan kpd.3-4 sudu jika nak manis yang sedang2)
*2 helai daun pandan (simpulkan)
*Pewarna hijau
*Secubit garam

-Satukan semua bahan, kacau atas api perlahan sampai likat.
Sejukkan..
sesuai juga untuk cicah roti & cakoi, cekodok pun sedap 
Selamat mencuba

27 Januari, 2016

Danish Butter Cookies- Falcon Pasta Maker

Berpeluang menziarahi anakanda sulung kami kat asrama, setelah hampir sebulan tanpa khabar berita, ikutkan kami kena pantang jumpa sehingga 40 hari permulaan, tapi dia yang telefon minta datang, apalagi..heehee.. Sempatkan jugak buat 2 jenis biskut untuk kudapan dia kat asrama. 

Biskut ni kalau anda tidak punya mesin pasta, boleh gunakan nozel & piping bag sahaja, masukkan doh biskut dalam piping bag & paipkan atas loyang. Boleh juga cuma bulat2kan & tekan bg nipis & susun atas loyang, hias dan bakar..terpulang nak guna kaedah yang mana, sebab doh biskut ni lembik tak boleh bentukkan guna pencetak biskut.

DANISH BUTTER COOKIES
Resepi : page Falcon FB
Olahan : AnnaQawina
  • 320g tpg gandum
  • 200g butter
  • 100g gula icing 
  • 1 bj telur gred B
  • 1sdb esen vanila
 Cara2:
  • Satukan gandum/butter/gula icing dlm mangkuk pasta.
  • Tekan fungsi mix -on. Biarkan bergaul sebati.
  • Masukkan sedikit2 bhn cecair (telur +esen)
  • Mix sekejap je. Off.
  • Tekan fungsi extruded - on.
  • Biarkan doh keluar & potong ikut kesesuaian yg kita nak.
  • Bentukkan ikut suka. Hiaskan.
  • Bakar suhu 150'c 15mnt. api atas bawah.
  • Selamat mencuba..

26 Januari, 2016

ROTI GEBU & MUDAH

Assalamualaikum..
Alhamdulillah ..masih diberi kesempatan melihat alam yang terbentang luas..musim panas terik akhir-akhir ni kan, jaga kesihatan masing2 tau..saya sendiri 'on off' sihat tak sihat ni, InsyaAllah harap2 terus sihat sampai akhir hayat, dapat terus berbakti pada keluarga, anak2, suami & masyarakat secara tidak langsung, yang paling utama dapat terus sujud sebagai hamba-Nya..sama-sama kita mohon diberkati usia, rezeki, kesihatan & keamanan yang ada..Alhamdulillah..

wahh skema ayat pagi ni..huehuehuee...jom meroti, bekal anak-anak ke sekolah serta kudapan mesra alam buat anakanda sulung kami di asrama baru-baru ni.. Resepi yang diintai dari instagram Ika Jepun(moga Ika sekeluarga sihat & dilindungi Allah Taala, cuaca kat Jepun sekarang sejuk sgt katanya, -10 dah tengok update Ika semalam) brrrrr sejukkknyaa..

Roti sarang lebah : doh 20gram tiap 1/loyang saiz 8inc

Mini pizza : doh 50g tiap 1 cup, dah separuh kembang, letakkan bahan2 pizza ( saya cuma campurkan sos tomato & sos cili, paipkan mayonis, tabur hirisan sosej lembu, fillet ketam, tabur keju cheddar, serbuk oregano & cajun)

Rsp asal : Cookpad
Olahan : Siti Khadijah Ab Rahman
  • 150ml bahan cecair (50ml susu segar + 100ml air suam) (saya guna 2 sdb susu tepung + air cukupkan 150ml)
  • 200g tepung roti
  • 50g tpg.kek/tpg. gandum (saya guna gandum)
  • 4g garam halus (1/2sdt membumbung)
  • 35g gula castor
  • 30g butter tanpa garam (saya guna planta)
  • 2sdk yis kering
  • 1 bj kuning telur
  • Gliss/sapuan atas roti : susu segar/madu/telur kuning + susu
Cara2:
  • MIXER : Bancuh semua bahan sampai elastik.
  • Saya guna mixer putar 20 minit.
  • BREADMAKER : Satukan bahan2 basah kemudian masukkan bahan2 kering dalam BM, uli sampai siap. boleh guna fungsi no.7 @ no.8 (ulang 2-3 kali uli)
  • timbang doh ikut suka. Rounding terus pastu susun dlm loyang @ bentukkan ikut suka.
  • Doh mini pizza 50g
  • Roti sarang lebah saya buat 20g tiap 1 doh
  • Biarkan doh mengembang 2 kali ganda.
  • Gliss permukaan roti sebelum bakar, tabur bijan utk burger bun.
  • Bakar suhu 170'C 25mnt @ hingga masak ikut suhu oven masing2.
  • Seeloknya bakar api bawah dulu 10 minit awal, kemudian teruskan api atas bawah sampai masak.
  • Selamat mencuba.

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...