Jumaat, 12 Februari 2016

Serimuka Gula Melaka

Assalamualaikum, salam sejahtera..
Serimuka lagi,eh 'ter'rajin pulak buat kuih ye? sesekali jela..teringin nak makan kena gak buat. Cuma kejadiannya agak menyayat hati tengok kejadian kuih ni..haha.. 
ni lah padahnya, bila anak menolong tanpa pengawasan, saya minta Damia kacau2 adunan kuih perlahan2 tak bagi berketul-ketul, sebab sambil2 tu saya tengah menyiapkan tempahan Tart Shell, lupa nak jenguk kan, tengok2 dah berketul-ketul..sabo jela..

Tapi apa-apa hal pun kuih tetap sedap, dapat juga bawak kuih ni jumpa anakanda Adam kat asrama..bakinya ngap sendri, tak cukup pulak dah..sedap & elok makan bila sejuk, masa panas2 macam manis sikitla..Yang seronok bila tak perlu nak rendam2 pulut tu, cuci2 tos & boleh guna dah..
Resepi saya ambil dari blog kak Nadz..tq kak..

Serimuka Gula Melaka
Loyang saiz 7 x 7inc.
Sumber : NADZ COSK
Bahan-bahan Lapisan Bawah :
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 1/4 cawan santan cair
  • 1/2 tsp garam
Cara-cara :
  1. Basuh beras pulut dan toskan.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama dengan santan cair dan juga garam.
  3. Kukus sehingga masak.
  4. Setelah masak, sapu sedikit minyak pada loyang segi empat 7 X 7 inci dan lapikkan dengan sehelai plastik.
  5. Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan tekan-tekan biar padat dan rata.

Bahan-bahan Lapisan Atas :
  • 200 gm gula Melaka (putong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 biji telur
  • 1 Tbsp tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 tsp garam
Cara-cara :
  1. Masak gula Melaka bersama 1/2 cawan air hingga gula larut.
  2. Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapis masuk larutan gula Melaka tadi. Kacau sebati hingga tiada ketulan. (kalau ada ketulan, boleh ditapis).
  3. Masakkan adunan di atas api hingga naik wap.
  4. Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam loyang tadi dan kukus selama 10 minit - 15 minit atau sehingga masak.
  5. Saya tutup permukaan loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air wap menitik pada permukaan kuih.
  6. Sejukkan kuih dan potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan.
  7. selamat mencuba

1 ulasan:

lia ummiirfan berkata...

rupa kuih tak cantik takpe.. janji sedap :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...