28 Julai, 2012

KUIH TEPUNG PELITA

Assalamualaikum

Menu 25 Julai lepas..sehari selepas Izah tayang,,maka bertempiaran menuju ke dapur mengacaunya..Alhamdulillah anak2 suka, Syifa' pun laju je makan..


Selepas Izah tayang haritu, Mas, CT Zalienda & Kak Azita Zain pun buat jugak..wahh...menu peberet bulan puasa kan..cuma takde daun pisang, Ana cuma guna paste pandan & sedikit pewarna hijau..maka takle ori sangat kan..okla dapat rasa2 basahkan anak tekak..hehe

KUIH TEPUNG PELITA
resepi: kak Yani @myR
C & P : Izah Daut

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam


Cara-cara

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan
^_^..SEDAAPPP sangat..:D

NOTA: Izah ikut sedikit tips daari joayee untuk membuat kuih ni  basah2 seperti kuih dibeli. Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, saya taruk 2 sb tepung ubi. Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dlam bekas, sudukan dulu sedikit gula ke atas lapisn hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih. Saya taruk 1/2 sk gula. (ANA IKUT IZAH JUGA)


26 Julai, 2012

HEPI BESDAY AISYA...

Dah berlalu hampir seminggu ya Aisya? hehe..saje nak gak tayang kat sini...kek yg Siti Aisya tempah tuk makan2 dengan ank2 murid beliau..segan loo kita join sama ngadap kan..hantar kek pastu makan2 nasi Arab, makaroni goreng, karipap Kak Ida yang panas2 lagi tu..yang paling penting beliau buatkan LAKSAM..haduii..sedap amat..tq Aisya..


 heavenly choc.moist cheese cake with rich choc.ganache

 (Kek Coklat Moist istimewa dengan gabungan krim keju yang sedap & topping coklat ganache yang mewah..pasti tak nyesal order ni..)

Hepi Besday(belated dohla) moga sentiasa dalam Rahmat Ilahi & bahagia bersama suami tercayang hingga ke syurga..terima kasih atas layanan & gift utk budak2..


TQVM order kek ngan akak nih..
Wassalam

25 Julai, 2012

ORDER DARI MIMIEY & KAWAN2 LAGI

TQ MIMIEY dan kawan2nya...order berulang lagi, tapi kali ni rasanya kek karamel tu ada spoil sikitla tang puding..tak perasan masa bakar loyang letaknya tak sama rata..maka kejadian puding sebelah tebal, sebelah lagi nipis..huhu..maaf ye adik-adik..masa nak hantar tu baru perasaan..apapun harap berpuas hati..rasa tetap sama ya..

10 jars Red Velvet Tiramisu

4 biji kek puding karamel saiz mini




Order sebelum di atas..ehhe..2 biji saiz mini & 1 biji saiz biasa..
TengQ sangat2 Miey ya..tolong promote jualan akak ni..

Terima kasih sekali lagi..

24 Julai, 2012

PULUT & SERAWA DURIAN DENGAN SEKOTENG

Assalamualaikum w.b.t

Terkesima tengok kawan2 adik kakak berkejaran update menu berbuka & sahur..maka terkedek2la ambe..tapi tahap takde sampai berlarian la..tak terkejar dah ni..masak pun ala kadar..letih campur malas le jugak nak masuk n3 kat blog..baring2 pejam mata sepicing 2 lagi syok kan..ehehe..

Menu ni dibuat lepas tengok Datin Chah buat..Mak pulak kirim durian seguni..makaiii..sayang omak ai..tapi puasa2 ni tak lalu lak nak makan gitu..maka pengat/bubur/serawa la kekdah terbaik kan selain buat tempoyak sambal & masak lemak tempoyak..haduii leleh tau..meh skodeng..versi biasa2 je cuma boh skoteng je..ehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PULUT & SERAWA DURIAN DENGAN SEKOTENG  

Sumber : Makcik Kantin yang bernama Chah

Bahan-bahan (PULUT PANDAN)
  • 2 cawan pulut
  • 5-6 helai daun pandan
 Cara-cara:
  • Basuh pulut dan toskan.
  • Kisar daun pandan dengan air. Tapiskan dan rendam pulut dengan air pandan tadi sekurang-kurangnya 3 jam.
  • Kukus hingga masak dan hidangkan bersama serawa sedap tu.
 *Ana buat pulut biasa je, tanak terus tak kukus pun

Bahan-bahan (SERAWA DURIAN DENGAN SEKOTENG)
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 keping gula nisan/melaka
  • 1 mangkuk sederhana isi durian
  • 1 helai daun pandan
  • 3 sudu besar sagu mata ikan
  • 2 genggam kecil sekoteng
  • Gula pasir secukupnya jika manis kurang manis
  • Secubit dua garam
Cara-cara:
  • Rebus sekoteng hingga empuk. Ketepikan.
  • Masukkan isi durian, gula nisan dan simpulan daun pandan.
  • Masak hingga mendidih kecil.
  • Masukkan sagu dan masak hingga jernih dan kuah telah mendidih. Sentiasa kacau untuk mengelakkan santan berketul-ketul.
  • Masukkan sekoteng dan kacau sebentar.
  • Masukkan secubit dua garam untuk membangkitkan rasa lemak santan.

Ini rupa sekoteng yer..pemberian MAMA HAWA dari SINGAPURA ni..Alhamdulillah habis sudah..hehe

19 Julai, 2012

Vanilla CupCakes & Icing Buttercream

Assalamualaikum

Harini tayang kapkek lak..order dah berminggu ni, tak sempat nak share kat sini...Kek Cawan vanilla dengan filling blueberry didalam & hiasan buttercream..

Untuk beday boss yang mengoder, tak silap Syikin namanya..tangan kurang seni menghias ginile jadinya..apapun harap puas hati dgn hasilnya yang tak seberapa ni.


16pcs cupcakes size 2.5oz


Resepi Vanilla Cupcakes
Sumber : Citarasawan

Bahan 2:
  • 115g mentega
  • 130g gula pasir *Ana guna gula castor
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sdt esen vanila
  • 2 sdb parutan kulit lemon *Ana letak 2 titik lemon paste
  • 200g tepung gandum
  • 1 sdt baking powder
  • 1/4 sdt garam halus
  • 60ml susu cair
  • **Blueberry Filling *Ana tambah.

Cara-cara :
  • Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan berkrim, masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanila & parutan/paste lemon. Putar sebati
  • Ayak bahan-bahan kering, masukkan ke dalam mixer tadi berselang seli dengan susu cair, scrap sesekali tepi mangkuk mixer agar adunan bergaul sebati.
  • Sudukan ke dalam mangkuk kertas 3/4 penuh cup.
  • Jika nak letak filling, sudukan 1/4 cup adunan, letak filing kesukaan, kemudian tutup lagi dgn adunan sehingga 3/4 penuh cup.
  • Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit@sehingga keperangan.
  • Sejukkan dan hiaskan dengan icing pilihan.

RESEPI BUTTERCREAM ICING
  • 230g gula icing(ayak dulu)
  • 65g shortening
  • 50g mentega
  • 1 sdt esen vanila
  • 2 sdb susu segar
  • Pewarna pilihan

Cara-cara :
  • Pukul mentega & shortening hingga lembut, masukkan esen vanila.
  • Perlahankan mixer, masukkan gula icing sedikit demi sedikit, diikuti susu segar.
  • Tukar kelajuan mixer kepada kelajuan tinggi, pukul adunan hingga kembang & putih.
  • Masukkan dalam mangkuk & letakkan pewarna pilihan, gaul sebati.
  • Seeloknya bc dibuat sehari lebih awal, simpan dalam peti ais dengan cara membungkus di dalam plastik & diikat kemas.
  • Apabila hendak digunakan, biarkan pada suhu bilik seketika kemudian gaul guna spatula hingga sebati baru disapu pada cupcakes.

SELAMAT MENCUBA

300 jars Chocolate Moist Cake

Alhamdulillah..
Order minggu lepas, Cake In Jar untuk dijadikan door gift..oleh Puan Abid..sempena warming house, sambut Ramadhan & besday anak beliau tak silap Ana..
Terima kasih buat suami & anak2 yang banyak bagi bantuan menyiapkan tempahan kali ini..



Kek resepi Black Beauty Choc.Cake dgn Topping Ganache dibakar terus dalam jar..harap empunya yang order berpuasa hati & maaf jika ada kekurangan..1st time dapat order banyak ni..Alhamdulillah..

SALAM RAMADHAN GIVEAWAY : SWEET LIZAHANUM

Assalamualaikum

Pagi tadi blogwalking ke teratak mee bandung muar iaitu "Qasehqu Quinnie"..kekeke.. ternampak giveaway Liza ni..cepat2 klik & buat n3..hehe..Jom pakat ramai2 join, tak dapat hadiah sekurang2nya dapat kawan.tak gitu??

Terima Kasih Liza sudi buat Giveaway ni, semoga Liza & family terus diberi kesihatan yang baik& bahagia hingga akhir hayat..salam ukhwah juga agar persahabatan dialam maya ni berkekalan ya..


Syarat2 penyertaan boleh klik kat bawah ni..
II
II
II
V

Meh tengok hadiah2 yang lumayan..--->>> KLIK SINI!!!

Ok...silakan memeriahkan GA ini dengan gembira & salam Ramadhan juga buat semua..Wassalam

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...