Sabtu, 28 Julai 2012

KUIH TEPUNG PELITA

Assalamualaikum

Menu 25 Julai lepas..sehari selepas Izah tayang,,maka bertempiaran menuju ke dapur mengacaunya..Alhamdulillah anak2 suka, Syifa' pun laju je makan..


Selepas Izah tayang haritu, Mas, CT Zalienda & Kak Azita Zain pun buat jugak..wahh...menu peberet bulan puasa kan..cuma takde daun pisang, Ana cuma guna paste pandan & sedikit pewarna hijau..maka takle ori sangat kan..okla dapat rasa2 basahkan anak tekak..hehe

KUIH TEPUNG PELITA
resepi: kak Yani @myR
C & P : Izah Daut

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam


Cara-cara

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan
^_^..SEDAAPPP sangat..:D

NOTA: Izah ikut sedikit tips daari joayee untuk membuat kuih ni  basah2 seperti kuih dibeli. Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, saya taruk 2 sb tepung ubi. Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dlam bekas, sudukan dulu sedikit gula ke atas lapisn hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih. Saya taruk 1/2 sk gula. (ANA IKUT IZAH JUGA)


6 ulasan:

myBESTBUY.Shop berkata...

Kejap lagi nak godek lagi kuih ni. Kastemer oder nak bawak surau, risau lak buat tuk orang. Huhu..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Anna..k.atie singgah nk 2 bekas tuk berbuka ptg nanti:D

Anna Qawina Qawina berkata...

Izah...hee..ada order ya..best tu

Kak Atie : ambikle kak...hii

Mas berkata...

ayat bertempiaran tu yg dasyatttttt..kikikikiki
bestkan anna resepi nie..
aku suuukaaaaaaaaaa sangat.......

juju berkata...

kak ana, kuih pelita ni just masak kat dapur ( i mean mcm masak biasa), xyah kukus ea... i ingat mmg kene kukus..huhu

Anna Qawina berkata...

Mybestbuy : izah...Alhamdulillah rezeki tu

Kak Atie...dah xde kak..g mibtak dgn izah..hii

Mas : aku suka mas...aku terlebih suka..hii

Juju : ye yg ni just kacau ats dapo & masuk bekas..xyah kukus dah..sonang..hii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...