24 Julai, 2012

PULUT & SERAWA DURIAN DENGAN SEKOTENG

Assalamualaikum w.b.t

Terkesima tengok kawan2 adik kakak berkejaran update menu berbuka & sahur..maka terkedek2la ambe..tapi tahap takde sampai berlarian la..tak terkejar dah ni..masak pun ala kadar..letih campur malas le jugak nak masuk n3 kat blog..baring2 pejam mata sepicing 2 lagi syok kan..ehehe..

Menu ni dibuat lepas tengok Datin Chah buat..Mak pulak kirim durian seguni..makaiii..sayang omak ai..tapi puasa2 ni tak lalu lak nak makan gitu..maka pengat/bubur/serawa la kekdah terbaik kan selain buat tempoyak sambal & masak lemak tempoyak..haduii leleh tau..meh skodeng..versi biasa2 je cuma boh skoteng je..ehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PULUT & SERAWA DURIAN DENGAN SEKOTENG  

Sumber : Makcik Kantin yang bernama Chah

Bahan-bahan (PULUT PANDAN)
  • 2 cawan pulut
  • 5-6 helai daun pandan
 Cara-cara:
  • Basuh pulut dan toskan.
  • Kisar daun pandan dengan air. Tapiskan dan rendam pulut dengan air pandan tadi sekurang-kurangnya 3 jam.
  • Kukus hingga masak dan hidangkan bersama serawa sedap tu.
 *Ana buat pulut biasa je, tanak terus tak kukus pun

Bahan-bahan (SERAWA DURIAN DENGAN SEKOTENG)
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 keping gula nisan/melaka
  • 1 mangkuk sederhana isi durian
  • 1 helai daun pandan
  • 3 sudu besar sagu mata ikan
  • 2 genggam kecil sekoteng
  • Gula pasir secukupnya jika manis kurang manis
  • Secubit dua garam
Cara-cara:
  • Rebus sekoteng hingga empuk. Ketepikan.
  • Masukkan isi durian, gula nisan dan simpulan daun pandan.
  • Masak hingga mendidih kecil.
  • Masukkan sagu dan masak hingga jernih dan kuah telah mendidih. Sentiasa kacau untuk mengelakkan santan berketul-ketul.
  • Masukkan sekoteng dan kacau sebentar.
  • Masukkan secubit dua garam untuk membangkitkan rasa lemak santan.

Ini rupa sekoteng yer..pemberian MAMA HAWA dari SINGAPURA ni..Alhamdulillah habis sudah..hehe

1 ulasan:

asyifamustaffa berkata...

mmg sedap la nie...terbaik !!

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...