19 Julai, 2012

Vanilla CupCakes & Icing Buttercream

Assalamualaikum

Harini tayang kapkek lak..order dah berminggu ni, tak sempat nak share kat sini...Kek Cawan vanilla dengan filling blueberry didalam & hiasan buttercream..

Untuk beday boss yang mengoder, tak silap Syikin namanya..tangan kurang seni menghias ginile jadinya..apapun harap puas hati dgn hasilnya yang tak seberapa ni.


16pcs cupcakes size 2.5oz


Resepi Vanilla Cupcakes
Sumber : Citarasawan

Bahan 2:
  • 115g mentega
  • 130g gula pasir *Ana guna gula castor
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sdt esen vanila
  • 2 sdb parutan kulit lemon *Ana letak 2 titik lemon paste
  • 200g tepung gandum
  • 1 sdt baking powder
  • 1/4 sdt garam halus
  • 60ml susu cair
  • **Blueberry Filling *Ana tambah.

Cara-cara :
  • Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan berkrim, masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanila & parutan/paste lemon. Putar sebati
  • Ayak bahan-bahan kering, masukkan ke dalam mixer tadi berselang seli dengan susu cair, scrap sesekali tepi mangkuk mixer agar adunan bergaul sebati.
  • Sudukan ke dalam mangkuk kertas 3/4 penuh cup.
  • Jika nak letak filling, sudukan 1/4 cup adunan, letak filing kesukaan, kemudian tutup lagi dgn adunan sehingga 3/4 penuh cup.
  • Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit@sehingga keperangan.
  • Sejukkan dan hiaskan dengan icing pilihan.

RESEPI BUTTERCREAM ICING
  • 230g gula icing(ayak dulu)
  • 65g shortening
  • 50g mentega
  • 1 sdt esen vanila
  • 2 sdb susu segar
  • Pewarna pilihan

Cara-cara :
  • Pukul mentega & shortening hingga lembut, masukkan esen vanila.
  • Perlahankan mixer, masukkan gula icing sedikit demi sedikit, diikuti susu segar.
  • Tukar kelajuan mixer kepada kelajuan tinggi, pukul adunan hingga kembang & putih.
  • Masukkan dalam mangkuk & letakkan pewarna pilihan, gaul sebati.
  • Seeloknya bc dibuat sehari lebih awal, simpan dalam peti ais dengan cara membungkus di dalam plastik & diikat kemas.
  • Apabila hendak digunakan, biarkan pada suhu bilik seketika kemudian gaul guna spatula hingga sebati baru disapu pada cupcakes.

SELAMAT MENCUBA

9 ulasan:

Love2cook Malaysia berkata...

Wahhh cantiknya cuppies tu dear! Rajinnya you :)

tun_telani berkata...

red + white.. suke!

=> kes xdok idea nok mengomen, tp nok komen gok, jadi gini lah.. huhu

Azlita Aziz berkata...

Assalamualaikum Anna

rajinya dia..
comel-comel kek tu..

Selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia dari akak buat anna dan keluarga. Semoga anna sekeluarga mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini

quinnie berkata...

Alhamdulillah rezeki...lagi pun anna pun rajin juga :)

selamat menyambut ramadhan almubarak buat anna sekeluarga :)

Badariah berkata...

Alahaiiii comeynya cupcake ni..
Ada sang kumbang lagi..hihi

untuk anna & family..kita ucapkan selamat
berpuasa...

Cintaku Tihani berkata...

nyum nyum

kakbesah berkata...

salam Ramadhan AlMubarak Anna, wahh! cantik2nye product Anna tu.. Akak doakan bisnes Anna brtambah maju insyaAllah, Amin.

nOOrsha berkata...

selamat berpuasa kak ana n family.. :)

cantik lor cuppies itew :)

HaSue berkata...

Annaaa...aku dtg ni,aku dtg! nak tengok kapkek ko ni haa..yg aku tempah aritu dah siap lum?aku bukan tempah baju ke kat ko aritu?kikiki.

sweet jer kaler pilihan utk cupcakes nih.. ^_^

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...