29 Julai, 2012

TIRAMISU

TIRAMISU (BLUEBERRY@STRAWBERRY)

Salah 1 menu jualan, terima kasih kak Nor & kak TUN yang share resepi sangat sedap ni..Dah lama simpan resepi ni dalam buku, siap bookmark kat hp.lagi..cuma tak sempat nak post kat sini..Terima kasih buat penyumbang resepi Kak Tun yang cantik yer..kek2 beliau pun cantik2 tau..


Bolehla cuba ya,,tak nak cuba try order..ehhe...Untuk menu jualan Ana guna kek span yang dibuat sendiri sebab memang tak beli pun biskut tu..Alhamdulillah sedap sangat..bagi kami la..heehee..


RESEPI TIRAMISU (BLUEBERRY & STRAWBERY)
Sumber : Kak Tun & Kak Nor

Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
  • 150 g blueberry (strawberry) filling
  • 80ml air suam
  • 2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
  • sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan2 lain:

  • 250g cream cheese
  • 125g whipped cream
  • 125g whipping cream
  • 50g gula icing~ shiffted
  • 1 peket biskut tiramisu@kek span
  • sedikit buah blueberry segar ~optional

Cara:

1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)

* K.Nor guna whipping cream aje sbb tak ada stok whipped cream, 
jd K.Nor letak 250 whipping cream (Ana ikut Kak Nor)
** dlm adunan syrup tu K.Nor tambah 1 sudu kecil gelatin (halalgel) dan panaskan kejap atas api (selepas dah bancuh semua bahan2) tu supaya gelatin tu larut (saja letak nak kasi syrup tu tak cair sgt) (Ni Ana tak buat sebab nak bagi filling tu pekat aje)
*** biskut tu K.Nor celup sekejap dlm air bancuhan nescafe sebelum letak dlm cup (Optional)

SELAMAT MENCUBA..nak order silakan...terima kasih..Wassalam
**Ini n3 auto post..harap maaf..


6 ulasan:

adda syuhada berkata...

guna kek pun boleh yer..nampak sedap betulll...terliur nih..

mamawana berkata...

sedanyerrr tiramisuuuu tu....

Siti Aisya mzm-fc berkata...

kita pun sukeeeee..nyumnyum. nak buat jangan lupa ambo deh

Nuwairani berkata...

ini memang mabeles!

quinnie berkata...

adduiii sedapnya...biskut nak buat tiramisu ni boleh tahan mahal jugak reganya...kalau buat kek sendiri lagi jimat kan anna..rasa pun sedap juga...hehehhe

Nazrah berkata...

sedapnya.... nak buat malas..nak order je boleh

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...