Khamis, 2 Ogos 2012

TIRAMISU II

Satu lagi resepi Tiramisu..kali ni Ana buat sebab ada permintaan dari Niza, Hosp. Tawakal..harap berpuas hati & disini Ana share resepi untuk panduan bersama.  


Sebelum ni ada n3 TIRAMISU jugak kan..tapi versi lain sikit..kali ni versi Nescafe..Ana buat dalam bekas plastik supaya senang nak bawa & simpan.

RESEPI :
Sumber : Citarasawan
Tiramisu by AnnaQawina
  • 200ml thickened cream@whipped cream
  • 250 grm mascarpone cheese@ cream cheese
  • 110 grm gula kastor
  • 2 sdb kopi segera@ nescafe + 1 cawan air panas(bancuh & sejukkan)
  • serbuk koko secukupnya
  • biskut lady fingers @ kek span yang dihiris nipis

Cara-Cara:
  • Pukul cream sampai kental, ketepikan.
  • Dalam mangkuk lain, pukul krim keju dengan gula kastor hingga licin & tidak berketul, masukkan thickened cream @ whipped cream yang dah dipukul tadi,
  • Kaup balik hingga rata.
  • Celup biskut dalam air kopi, atau susun biskut/kek dalam bekas/loyang, siran air bancuhan kopi tadi perlahan2 dengan sudu.
  • Tuang adunan krim keju & ratakan. Hentakkan bekas sedikit agar rata.
  • Susun kek/biskut & ulangi langkah tadi hingga selesai.
  • Ayak serbuk koko di atas permukaan cream keju & hiasakan ikut suka.
  • Simpan dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA..


Di harap Niza puas hati ya..selain tu Niza juga tempah sebiji kek karamel saiz mini..Harap semua dalam keadaan baik ya..Mana yang terkurang tu harap dimaafkan & sila bagi komen jika perlu penambahbaikan..maklumle bertatih lagi ni haa..Terima kasih..Wassalam.


3 ulasan:

suesephia berkata...

waaahhh...terima kasih share resepi ya dear..sue nak cuba jugak nie :)

quinnie berkata...

sedapnya...moga murah rezeki anna.:)

Anna Qawina berkata...

Suesephia : sama2..silakan..:)

Quinnie : insyaAllah sedap bg penggemar kopi..hii...amiinn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...