Satu lagi resepi Tiramisu..kali ni Ana buat sebab ada permintaan dari Niza, Hosp. Tawakal..harap berpuas hati & disini Ana share resepi untuk panduan bersama.
Sebelum ni ada n3 TIRAMISU jugak kan..tapi versi lain
sikit..kali ni versi Nescafe..Ana buat dalam bekas plastik supaya senang
nak bawa & simpan.
RESEPI :
Sumber : Citarasawan
Tiramisu by AnnaQawina
- 200ml thickened cream@whipped cream
- 250 grm mascarpone cheese@ cream cheese
- 110 grm gula kastor
- 2 sdb kopi segera@ nescafe + 1 cawan air panas(bancuh & sejukkan)
- serbuk koko secukupnya
- biskut lady fingers @ kek span yang dihiris nipis
Cara-Cara:
- Pukul cream sampai kental, ketepikan.
- Dalam mangkuk lain, pukul krim keju dengan gula kastor hingga licin & tidak berketul, masukkan thickened cream @ whipped cream yang dah dipukul tadi,
- Kaup balik hingga rata.
- Celup biskut dalam air kopi, atau susun biskut/kek dalam bekas/loyang, siran air bancuhan kopi tadi perlahan2 dengan sudu.
- Tuang adunan krim keju & ratakan. Hentakkan bekas sedikit agar rata.
- Susun kek/biskut & ulangi langkah tadi hingga selesai.
- Ayak serbuk koko di atas permukaan cream keju & hiasakan ikut suka.
- Simpan dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA..
Di harap Niza puas hati ya..selain tu Niza juga tempah sebiji kek karamel saiz mini..Harap semua dalam keadaan baik ya..Mana yang terkurang tu harap dimaafkan & sila bagi komen jika perlu penambahbaikan..maklumle bertatih lagi ni haa..Terima kasih..Wassalam.
3 ulasan:
waaahhh...terima kasih share resepi ya dear..sue nak cuba jugak nie :)
sedapnya...moga murah rezeki anna.:)
Suesephia : sama2..silakan..:)
Quinnie : insyaAllah sedap bg penggemar kopi..hii...amiinn..
Catat Ulasan