02 Ogos, 2012

Butter Bread Pudding

Assalamualaikum..
Bersua kembali..masih di bulan yang mulia ini..macam2 menu keluar ya..rajin sungguh mummy2 semesta alam ni..teruskan..eheh...kita je yang tak rajin sangat buat kuih muih ni, mana yang sempat je..nipun nak habiskan pisang yang mak kirim..buah-buahan kering & juga chocolate urai yang ada sejuk2 dalam peti ais..Alhamdulillah licin jugakla..


Cuma masa nak makan tu Ana siram dengan susu cair je, nak buat sos kastard tak sempat la..heehee..sedap makan sejuk..anak2 lak suka makan yg bahagian atas garing2 tu..rasa kayu manis & coklat urai serta gula perang sangat ngam kan..tryla..

Oh ya..Kak Anymz pun ada keluarkan versi beliau pagi tadi nampak menggunakan resepi dari Kak Nor....eheh..ni menu hari Isnin tak silap Ana..layan jela..mana2 yg nak ikut boleh pilih nak makan yang mana satu..

Butter Bread Pudding
(Untuk step by step boleh rujuk blog kak Dayang ya)
 
bahan-bahan : 4-5 orang makan
  • 8 keping roti
  • 2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis
  • mentega secukupnya
  • peanut butter secukupnya
  • chocolate rice / chocolate chips secukupnya
  • kismis secukupnya
  • sedikit parutan kulit oren sunkist - optional
 
Bahan A :
  • 2 cawan susu segar/susu cair
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 3 biji telur 
  • 1 sudu kecil esen vanilla
 
Bahan B :
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional
  • 1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)

Cara-cara :
  1. Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
  2. Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
  3. Potong roti kepada 4 bahagian.
  4. Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar. 
  5. Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis. 
  6. Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B. 
  7. Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
  8. Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C. 
  9. Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk. 

9 ulasan:

Fatin Farhana Binti Ramli berkata...

sedapnye .. nanti nak try la .. akak ade tak resepi tart telur .. sekarang saya giler tart telur la .. HIHI


__________________________________

MINTAK KERJASAMA
sudi kiranya singgah di blog saya dan blok page yang berunsurkan seksualism & porno supaya dapat selamatkan gadis melayu sekarang

PERHATIAN : Kepada Gadis Melayu Yang Cun Melecun

tq ..

Qhaifa Nur berkata...

sedapnya macam2 ada dalamnya...
tq share resipi.......

HaSue berkata...

rajinnya laaa ko memuding ana..aku wat puding mcm x nyempat2 nk mkn ms bulan puasa nih.hehee..perut nemasing dah penuh gamaknya..

GREENJADE berkata...

wahhh best ni.harus ku try test buat ni.

thx sis.

izahdaut berkata...

aku nengok jela anna.. susu pun tak de..pisang pun xde.. bila la nak buat neh. sedapnyaa

Unknown berkata...

menarik resepi ni bubuh pisang lak tu..tapi sejak bln puasa nk tak beli roti pun.nanti boleh cuba ni:)

Outbound di malang berkata...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Anna Qawina berkata...

Fatin : try ya...letak je apa yg ada..hii
Rsp tart telur ada dah rasanya kt cni..try tgk yg lepaa ya

Qaifa Nur : saja nk habiskn stok..hii

HaSue : rajin tu idokle...tp tekak nk mkn kna usaha sket..kiki

Anna Qawina berkata...

Greenjade : acu try test ya...

Izah : ape yg ko ada jah? Hihi

Nieza : roti mesti ada kt rmh ni...standby kot2 twrlewat bangun..hii

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...