24 Julai, 2012

PULUT & SERAWA DURIAN DENGAN SEKOTENG

Assalamualaikum w.b.t

Terkesima tengok kawan2 adik kakak berkejaran update menu berbuka & sahur..maka terkedek2la ambe..tapi tahap takde sampai berlarian la..tak terkejar dah ni..masak pun ala kadar..letih campur malas le jugak nak masuk n3 kat blog..baring2 pejam mata sepicing 2 lagi syok kan..ehehe..

Menu ni dibuat lepas tengok Datin Chah buat..Mak pulak kirim durian seguni..makaiii..sayang omak ai..tapi puasa2 ni tak lalu lak nak makan gitu..maka pengat/bubur/serawa la kekdah terbaik kan selain buat tempoyak sambal & masak lemak tempoyak..haduii leleh tau..meh skodeng..versi biasa2 je cuma boh skoteng je..ehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PULUT & SERAWA DURIAN DENGAN SEKOTENG  

Sumber : Makcik Kantin yang bernama Chah

Bahan-bahan (PULUT PANDAN)
  • 2 cawan pulut
  • 5-6 helai daun pandan
 Cara-cara:
  • Basuh pulut dan toskan.
  • Kisar daun pandan dengan air. Tapiskan dan rendam pulut dengan air pandan tadi sekurang-kurangnya 3 jam.
  • Kukus hingga masak dan hidangkan bersama serawa sedap tu.
 *Ana buat pulut biasa je, tanak terus tak kukus pun

Bahan-bahan (SERAWA DURIAN DENGAN SEKOTENG)
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 keping gula nisan/melaka
  • 1 mangkuk sederhana isi durian
  • 1 helai daun pandan
  • 3 sudu besar sagu mata ikan
  • 2 genggam kecil sekoteng
  • Gula pasir secukupnya jika manis kurang manis
  • Secubit dua garam
Cara-cara:
  • Rebus sekoteng hingga empuk. Ketepikan.
  • Masukkan isi durian, gula nisan dan simpulan daun pandan.
  • Masak hingga mendidih kecil.
  • Masukkan sagu dan masak hingga jernih dan kuah telah mendidih. Sentiasa kacau untuk mengelakkan santan berketul-ketul.
  • Masukkan sekoteng dan kacau sebentar.
  • Masukkan secubit dua garam untuk membangkitkan rasa lemak santan.

Ini rupa sekoteng yer..pemberian MAMA HAWA dari SINGAPURA ni..Alhamdulillah habis sudah..hehe

19 Julai, 2012

Vanilla CupCakes & Icing Buttercream

Assalamualaikum

Harini tayang kapkek lak..order dah berminggu ni, tak sempat nak share kat sini...Kek Cawan vanilla dengan filling blueberry didalam & hiasan buttercream..

Untuk beday boss yang mengoder, tak silap Syikin namanya..tangan kurang seni menghias ginile jadinya..apapun harap puas hati dgn hasilnya yang tak seberapa ni.


16pcs cupcakes size 2.5oz


Resepi Vanilla Cupcakes
Sumber : Citarasawan

Bahan 2:
  • 115g mentega
  • 130g gula pasir *Ana guna gula castor
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sdt esen vanila
  • 2 sdb parutan kulit lemon *Ana letak 2 titik lemon paste
  • 200g tepung gandum
  • 1 sdt baking powder
  • 1/4 sdt garam halus
  • 60ml susu cair
  • **Blueberry Filling *Ana tambah.

Cara-cara :
  • Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan berkrim, masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanila & parutan/paste lemon. Putar sebati
  • Ayak bahan-bahan kering, masukkan ke dalam mixer tadi berselang seli dengan susu cair, scrap sesekali tepi mangkuk mixer agar adunan bergaul sebati.
  • Sudukan ke dalam mangkuk kertas 3/4 penuh cup.
  • Jika nak letak filling, sudukan 1/4 cup adunan, letak filing kesukaan, kemudian tutup lagi dgn adunan sehingga 3/4 penuh cup.
  • Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit@sehingga keperangan.
  • Sejukkan dan hiaskan dengan icing pilihan.

RESEPI BUTTERCREAM ICING
  • 230g gula icing(ayak dulu)
  • 65g shortening
  • 50g mentega
  • 1 sdt esen vanila
  • 2 sdb susu segar
  • Pewarna pilihan

Cara-cara :
  • Pukul mentega & shortening hingga lembut, masukkan esen vanila.
  • Perlahankan mixer, masukkan gula icing sedikit demi sedikit, diikuti susu segar.
  • Tukar kelajuan mixer kepada kelajuan tinggi, pukul adunan hingga kembang & putih.
  • Masukkan dalam mangkuk & letakkan pewarna pilihan, gaul sebati.
  • Seeloknya bc dibuat sehari lebih awal, simpan dalam peti ais dengan cara membungkus di dalam plastik & diikat kemas.
  • Apabila hendak digunakan, biarkan pada suhu bilik seketika kemudian gaul guna spatula hingga sebati baru disapu pada cupcakes.

SELAMAT MENCUBA

300 jars Chocolate Moist Cake

Alhamdulillah..
Order minggu lepas, Cake In Jar untuk dijadikan door gift..oleh Puan Abid..sempena warming house, sambut Ramadhan & besday anak beliau tak silap Ana..
Terima kasih buat suami & anak2 yang banyak bagi bantuan menyiapkan tempahan kali ini..



Kek resepi Black Beauty Choc.Cake dgn Topping Ganache dibakar terus dalam jar..harap empunya yang order berpuasa hati & maaf jika ada kekurangan..1st time dapat order banyak ni..Alhamdulillah..

SALAM RAMADHAN GIVEAWAY : SWEET LIZAHANUM

Assalamualaikum

Pagi tadi blogwalking ke teratak mee bandung muar iaitu "Qasehqu Quinnie"..kekeke.. ternampak giveaway Liza ni..cepat2 klik & buat n3..hehe..Jom pakat ramai2 join, tak dapat hadiah sekurang2nya dapat kawan.tak gitu??

Terima Kasih Liza sudi buat Giveaway ni, semoga Liza & family terus diberi kesihatan yang baik& bahagia hingga akhir hayat..salam ukhwah juga agar persahabatan dialam maya ni berkekalan ya..


Syarat2 penyertaan boleh klik kat bawah ni..
II
II
II
V

Meh tengok hadiah2 yang lumayan..--->>> KLIK SINI!!!

Ok...silakan memeriahkan GA ini dengan gembira & salam Ramadhan juga buat semua..Wassalam

14 Julai, 2012

TQ MIMIEY & FREN..

Tqvm buat adik manis kita, Mimiey yang kuat promote makanan kat sini..sudahnya banyak gakla order yang masuk..maceh ya Miey..


Ada yang diorder berulang ni, cuma x sempat nak update. Pehal pon terima kasih buat adik2 & kakak(kalau ada) yang sudi membuat tempahan..sebarang kekurangan harap halalkan ya..InsyaAllah order lagi..hihi

Kek Karamel saiz mini x 2

Trifle Blueberry

Red Velvet Cake in Jar & Red velvet Tiramisu

Kek Karamel saiz 9 inc.

50pcs egg tart
100pcs choc.cheese tart
Kek Karamel saiz mini

Terima kasih semua..InsyaAllah puas hati yaa??


Assalam..

13 Julai, 2012

GERMAN COOKIES

Assalamualaikum


Dipendekkan cerita..:P

 kukis ni dah lama jugakla buat, ramai sgt dah cuba kukis yg lembut gebu ni, sesaja nak tahu apa rasa & keadaan kukis kan...setelah diteliti, dengan ini diumumkan bahawa :



KUKIS INI TIDAK BOLEH DIBUAT JUADAH HARI RAYA..(dirumah saya)

Why?? 

Why?? 

...ececee...ala2 telinobela ke citer korea ek? Ke sinetron yang beratus2 episod yang kadang tak larat nak tongkat dagu nengoknya?..sudahnya tengok citer Power Ranger Ultimate lagi syok kan..hehe...>>>>>>
v
v
v
v
v
v

Sinopsis?? 
 ...tahle..

ok..meh citer pasal sekut ni, kenapa tak boleh dihidang time raya? Haduii...boleh hidang tapi kenala rajin amat2 mengvacum lantai rumah..keadaan sekut yg lembut ni, sedap sangatle makan, cair kat mulut..tapi sebelum mencair dalam mulut, harus jadi debu kat tangan anak-anak yang cergas & cerdas nih..

Masa makan, Ana suruh diaorang buka mulut.."meh ummi suapkan"..kalau tak, jenuh atas lantai.."dahle tak rajin nak lap lantai neh..tp dah banyak makan tu rasa sebu lak perut..haha..*nampak sgt bnyk makan..:P


Meh semak resepi...takde citer panjang la..hehe..rasa cam pendek dah ni..resepi dah merata riti riTUN kan..hehe..kopipes from blog Tun Telani 


GERMAN COOKIES
source : Rima
copied: kak Nor & Tun Telani

Ingredients

125g butter - high quality
40g icing sugar (sieved)
125g potato starch
80g superfine flour (I used Plain Flour)

Method

1. Beat butter and icing sugar till fluffy and lighter in colour.
2. Sift in potato starch and plain flour, mix to form a soft dough.
3. Roll into small balls (about 7g each) and arrange on lined baking tray - i used 1/2 tbsp to get the same size
4. Dip the tip of the fork in a bowl of water and press on cookie dough.
5. Bake in preheated oven at 170 deg C for 15 min.
** for chocolate flavour, tun added half teaspoon of choc paste.


SELAMAT MENCUBA

PST: SAYA X TENGOK CITER2 YG DISEBUTKAN DIATAS YER..HIHI..PISSS!!!

10 Julai, 2012

KEK AISKRIM I

Assalamualaikum

Harap maaf, ada yang menunggu n3 ni tapi sedihnya Ana baru update kat sini, apa nak buat, kurang masa nak mengadap blog, apa lagi nak hadap kain baju yang menimbun..huhu..apapun t.kasih buat yang sudi tanya2 macamana nak buat kek ni, dan jutaan terima kasih juga buat Haida yang berkongsi cara buat kek ni, disertakan sekali gambar2 cara buat, dengan izin Haida, dititipkan gambar2nya disini..Jazakallah Haida..kek Aiskrim II akan menyusul lepas ni InsyaAllah..:)
 

Anda cuma perlukan kek span , juga aiskrim & juga fresh krim yang dipukul kaku, lagi besar kek anda lagi banyak aiskrim yang diperlukan..Untuk 1 lagi cara buat kek ni blh rujuk blog Zach..KEK AISKRIM

Ini adalah gambar2 dari Haida..untuk rujukan..

Anda boleh ikut cara ni untuk buat kek aiskrim ya..silakan..tapi pastikan sejuk bekukan dalam peti beku paling kurang 5 jam, lagi bagus semalaman, kemudian baru disapu freshkrim, untuk simpan kek ni juga harus disimpan dalam peti beku juga ya..kalau tak cairlah kek u nanti..hii

Sedap kek ni kata mereka yang merasa..ehem..sory ya Mas..lenkali kita gader2 lagi & kita buat lagi kek ni..hehe..

Wassalam..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...