10 Oktober, 2011

Light Cheese Cake

Assalamualaikum

Pagi Isnin yang damai..jom layan Cheese cake lagi..kali ni guna resepi Hasue lak..kek ni dapat lebih banyak daripada slice cheese cake yang buat sebelum ni, sebab bahan2nya pun ada lain sikit, namun keenakannya tetap terasa sedap sangat..diakui oleh ahli rumah ni, anak2 pun makan laju je, seronok lak membuatnya kan..


Adunan ni konon2nya nak buat belang2 macam yang Kak Nor buat kat keknya haritu, tapi bila dah masak & potong takde lak belang tu, semua adunan putih dah diambil alih dek warna merah..tak tahu le nape, sedangkan Ana dah asingkan 2 mangkuk adunan putih & 1 mangkuk adunan bewarna..


Lagi hal yang terlupa masa buat kek ni, xcited sangat kot..hehe..TERlupa nak letak esen vanila, risau jugak, kot2 berbau tak sedap ke apa kan..Alhamdulillah..takde perubahan pun, tak bau telur ke apa..kiranya rezeki kami la yer..Meh layan resepi Hasue ni..kot2 boleh buat petang ni kan..kat blognya yang biru tu ada lengkap step by step nak buatkek ni, anda bolehla tengok kalau rasa macam takut2 je kan..hehe..terima kasih Sue nak kongsikan kat sini lak deh..

Light Cheese Cake
Bahan2:
  • 300ml susu segar
  • 6 keping keju kraft
  • 3 biji telur gred A
  • 90g gula halus
  • 110g tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 110g mentega/marjerin
  • Blueberry filling secukupnya *tak letak

Cara2:
  1. Panaskan oven pada suhu 180c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
  2. Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
  3. Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
  4. Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah)
  5. Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
  6. Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
  7. Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
  8. Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
  9. Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan.
  10. Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
  11. Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)

12 ulasan:

izahdaut berkata...

bau cheese mengatasi bau telur kan..
ai like

Amie berkata...

selamat pagi anna,
sedapnya kek ...tumpang semulut boleh tak?

cik cek berkata...

Annaaa....

Kak cek dtg bwk Kuih Cara inti kaya ni...nak tuko ngan cheese cake kaler pinky2 ni...nampak gebu dan moist...emmmm...tetiba dah terasa2 kat tekak ni...sedappnya...:D

tun_telani berkata...

adoi.... berderet2 kuar resepi kek ye kak anna.. saboooo je laa nengok nyer.. terpaksa pejam mata sebelah.

Mas berkata...

amboiiii..sakan mek sorang ngekek cis yerk..
meh 1/2 loyang..
jeles aku tengok kau ngekek..

Anna Qawina berkata...

IZAH : a'a kan..sibbaik..hehe..

AMIE : huhu..smlm punya ni..lup anak gtau..hehe dah habis

CIK CEK : nnt kita buat lain pastu kita tukar..yg ni dah yilek..heheh..

Anna Qawina berkata...

ISSNITA : hehe..mmg sedaapp..

TUN : err..nanti nak keluarkan menu cheese lagi..leh tahan tak? hehe

MAS : Loyang kosong kemek2 ada..aku bg ko yer..

Lieza berkata...

Anna....rajinnya...ehh resepi ni yg takyah buat merinque tu yer..tak baca betul2...anak2 mmg suka yer Anna..

Nuwairani berkata...

sedapnya!!!! nak jugak!!!

Qhaifa Nur berkata...

bau cheesenya saja sudah cukup membangkitkan selera...

mesti sedapp kan..

Sue @ Nenie berkata...

Salam..emmm belang2 tak berapa nak jadi, tapi kek tetap gebus gebasssss dan sedap..kegemaran ramai plak tu....mesti lagi seronok kannnnn

quinnie berkata...

anna cheese kita dah tinggal 2 keping je..adeeh kalau dak bleh buat...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...