Jumaat, 14 Oktober 2011

Ayam Kicap Berlada Hitam

Menu ayam yang sangat seedaapp..memang sedap ayam masak kicap ni tau..kali ke 2 dah buat baru sempat masuk dalam blog. Ana tambahkan kentang sebab anak-anak memang suka sangat kentang kalau letak dalam masakan. ..Kuah yang pekat tu boleh gaulkan dengan nasi panas, takpayah toleh lauk lain dah..suka sangat nie..sebab baru lepas makan tadi..hehe..cuma tersilap beli daun bawang, resepi Kak Dayang letak daun sup..apapun memang sedap ler..cuba tau..Ana simpan resepi kat sini ye Kak Dayang yang cantik manis..hehe..


Ayam Kicap Berlada Hitam

bahan-bahan :


  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
  • 1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu makan cili kisar/cili giling
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • sedikit kicap manis
  • sedikit hirisan daun sup
  • sedikit madu/gula dan garam
  • sedikit air asam jawa
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)

bahan-bahan kisar :

  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai



Cara-Cara :

  1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam. 
  2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan sos tiram dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan ayam. Gaulkan rata-rata. 
  5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
  6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul-gaulkan. 
  7. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!

8 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

best best best!! hehe..
akak dah try dah resepi ni.. mmg terbaikk!! terliur lahh...

Anna Qawina berkata...

kak Madiha : ye ke..nnt kita update kat atas tu yer..mmg sedap kan kak.heheh

Mama Hawa/Mama Nani berkata...

Wow ada ayam kicap lada hitam!! power!!
kalau si Nazli nmpk mesti suruh msk... kat rumah kena ration ayam!!! Asyik2 ayam naik lemas mama mskkan dieorg lauk ayam!!
Jahat kan mama dieorang ni hehehe

ilahjy berkata...

kak pun masak ayam kicap bijan ada lada hitam dan bagai2 lagi...lebih kurang sama menu kita hari ni

Juwita Jamaludin berkata...

ita suka masakn simple macam ni.. kalau makan waktu lunch sampai lupa diet sebab makan berpinggan2

quinnie berkata...

sedapnya ayam masak kicap...memang tak jemu la masak kicap ni....:)

cik cek berkata...

suka ayam masak kicap...nak2 campur lak ngan lada itam...memang mabeles...:D

Diana @ Melley Mey berkata...

lapar.... sedapnya tgk... menyelerakan... suka sgt ngan menu ayam mcm nie.. sedap2!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...