13 Oktober, 2011

YOGURT STEAMED CUPCAKES

Assalamualaikum w.b.t

SUBHANALLAH..indahnya hari-hari yang dilalui..ALHAMDULILLAH masih ada rezeki untuk terus bernafas di muka bumi ini..Syukur kerana masih punya teman2 yang masih sudi bertandang kat sini walaupun saya tak sempat nak BW sejak akhir-akhir ini..SUNGGUH..memang tak ada masa nak mengadap komputer, sekadar jenguk2 blog kawan2 & kalau sempat memang hantar komen, ada jugak yang intai dari jendela telefon je, nak komen memang peritla kalau guna enpon kan..hehe.. 

Kadang2 tu tengah2 malam..yelah semua dah tidoo baru kita BW..apa nak buat, saya seorang ibu beranak 5!! Banyak tugas menanti, seronok sebenarnya walaupun penat sebab kebanyakan kerja dapat dibuat dengan tenang, banyak yang buat & nak dikongsikan tapi apakan daya.. apapun memang seronok tengok ada jugak kawan2 yang berkunjung, Terima kasih ya..sangat2 saya hargai walaupun saya ni bukan femes ames blogerwati..hiks..

Pagi ni nak kongsikan menu yang biasa2 je, yang orang dah biasa buat, ni pun nak habiskan stok yogurt yang beli sebaldi haritu, ALhamdulillah habis sudah yogurt tu..tak payah pening2 mencari menu apa untuk diyogurtkan..hehe..Apam/Cupcakes ni dah banyak kali buat sebenarnya, memang lembut & gebu, Alhamdulillah semalam Ana buat semua yg dikukus mengembang mekar, takde 1 pun yang suram..seronok tengok. Oh ya, apam ni Ana buat lepas MAS balik dari rumah ni semalam. Masa Mas datang tu buat apam jugak tapi Apam lainla..Ramai terlalu ramai yang dah buat apam ni kan...kredit untuk anda semua (tak letak nama la..ramai sangat kan*ayat biasa skrg ni)


Jom kita tengok resepinya, yang buat awal2 dulu ada kat SINI(klik). Versi ibu ada 5 anak kali ni lain sikit, dari segi saiznyala..mula2 buat dalam bekas lompang plastik tu, cup kertas dah habis pulak, guna pulak acuan tart & cup untuk biskut almond london, cantik elok je saiznya, lain kali boleh buat dalam bekas tart tu, banyak dapat. Bila dah luak 3/4 adunan baby Syifa' menangis lak, cepat2 suruh adik cedok ke dalam cup muffin/roti tu..mak aiii..kembang patblas mangkuk haaa..ish..ish..

YOGURT STEAMED CUPCAKES

bahan-bahan : 
  • 2 cawan gula castor ..Ana kurangkan menjadi 1  1/2 cwn shj..
  • 1 sdt ovallete
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan yogurt asli
  • 2 biji telur
  • 1/2 sdt double action baking powder
  • 1 sdt serbuk koko *optional
  • 1 sdt pes coklat *optional
  • pewarna kesukaan *optional 


 Cara-cara :
  • Campur semua bahan di atas dalam mixer kecuali serbuk koko/pes coklat /pewarna.
  • Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
  • Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
  • Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) & campurkan serbuk koko & pes coklat (pewarna), gaul sebati.
  • Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, (hampir penuh pun takpe..) sudukan sedikit adunan coklat/bewarna atasnya.
  • Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
  • Sejukkan & simpan dalam bekas tertutup..
**Pes coklat & serbuk koko boleh diganti dengfan apa bahan lain jika inginkan kelainan..cth : jem/filling..& pewarna kesukaan**
 Lebihan adunan bewarna disatukan..sayang nak buang, dapat jugak sebiji apam..hihi

**KENA GUNA API YANG BESAR UNTUK MENDAPATKAN APAM/KUIH YANG MEKAR, & PASTIKAN AIR KUKUSAN BETUL2 MENDIDIH BARU DILETAKKAN KUIH..** 
  
**Kali ni juga penutup kukusan tu Ana tak balut dengan kain, tapi pastikan, masa nak buka penutup, air tidak menitik ke atas kuih, & kemudian lap penutup kukusan kering2 baru letak balik untuk mengukus. nak lebih selamat, balutle dengan kain..**


SUKA BIRU?? Ambiklee..

16 ulasan:

ady berkata...

as-salam
Waaah cantiklah yogurt steamed cupcake tu..so wonderful of color..

Anna Qawina berkata...

salam buat Ady juga..t.kasih..nak testing kaler ni..hehe

Tanpa Nama berkata...

salam kak Anna...

seronok tgk apam yogurt akak...cantik dan mekar2 sume...saya jugak yg tak berkesempatan nak cuba lagi... :))saya salute kat akak..bz mcm mana pun blog tetap terUPDATE...!! syabas beta

Arizakiah berkata...

salam...

senyum mekar cupcake tu...cantik....

Yatie berkata...

Assalamualaikum Anna,
sukanya akak tngk keceriaan apam yogurt ni..betul2 mekar...geram akak tngk..kalau dpt seketoi ni bestnya..

Sheila Shafeareen berkata...

Assalamualaikum adik Anna mmg rajin betul ummi beranak 5 ni heheh pastas buat kerja..lawa lah na appam tu can tik semua menjadi mekar tesenyum lebar...nap dlm nya pun gebus dan lembut ..dah habis keee

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Anna..bkn main mekar lg apam tu..siap berkaler warni warni!.K.atie nak yg kaler biru tueeeeeeeeeeee...

cik cek berkata...

WoW!

Cantik kaler apam youghrt ni...biru merah warnanya...mekar kembang setaman...kak cek nak rasa seketul boleh...:D

izahdaut berkata...

si mas ngantor kicap ke?hhe

ilahjy berkata...

akak jeleseyyy dah sampai...hukhukkkhuuuu sedihnyer..apam kusss tak pernah menjadi..

hazila berkata...

Amboiiii mekarnya apam tu. Seronok kalau buat dan menjadi..

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum anna..
Kembali lagi apam ini di dapur anna yer.. Cntik sgt.. kaler pull...

Cheq Sue berkata...

malam ana...
cheq sue dah pernah buat sekali dulu apam ni, tapi agaknya sebab x suka makan yogurt, rasa macam pelik aje. tu yang x laju nak cuba tu...
** cantik je warnanya...m

ibundo berkata...

salam anna. dah lama dah bundo nak buat apam ni tapi tak buat2. Dulu dah cari resepi tapi dah hilang. Ni bundo ambek resepi ye. Hujung minggu ni nak buat insyaallah..
terima kasih..

Mamasya berkata...

Aslmkum Ana..

Ceria apam yogurt Ana...pelbagai warna...kembang molek pula tu. tentu sibukkan Ana dgn baby lagi skrg...apa2pun moga tetap ceria

quinnie berkata...

amboi berkaler2 apamnya...anna kita pun sejak dua menjak ni berkenan betul nak main2 dgn warna ni...heheeh..tengah duk gian membelang2 bagai pelangi...kekkeke

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...