14 Oktober, 2011

Roti Sosej Berkeju Rangup

 Assalamualaikum..Salam Jumaat yang penuh berkat..

jom makan roti yang sedap dan pasti digemari sekeluarga terutama anak2..Nak makan kena buat sendiri la yer..ni yang semalam punya, buat untuk habiskan keju & juga memang berhajat nk buat untuk bekal Adam & Akmal pergi sekolah. Serbuk roti dah agak lama beli sebab nak buat benda lain tapi tak jugak terbuat..heee..Terima kasih buat Kak Nor penyumbang resepi..sedap makan ni tak sedar dah habis..hehe..


ROTI SOSEJ BERKEJU RANGUP
Boleh tengok : Mas, Izah, Kak Yatie, Juwita

Bahan-bahan
  • 10 keping roti putih
  • 10 batang sosej ~ direbus sekejap dan toskan
  • 10 keping slice cheese
  • 1 biji telur ~ dipukul sedikit
  • breadcrumbs @ serbuk roti secukupnya
  • minyak utk menggoreng


Cara membuatnya :
  1. Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
  2. Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej.
  3. Sapukan hujung gulungan roti dengan sedikit telur (untuk melekatkan)
  4. Gulung dengan kemas. Buat hingga habis.
  5. Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
  6. Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
  7. Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
  8. Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.

5 ulasan:

izahdaut berkata...

ko beli breadcrumb warne oren2 ke anna? aku pun buat ni semalam. tetibe anak aku mkan isi dalam je, kulit dia, diorang ak mau. siap demand suh bukak kulit. ee saboo jela

JaSSNaNi berkata...

waalaikumsalam...
datang sini kenal2 ngan tuan rumah.. nampak roti sosej berkeju tu.. memang feveret anak2... bukan setakat anak2.. manye ni pun suka giler.. ngeh2...

Kak Sam berkata...

Amboi kamain lagi. Macam nak buat je tapi bila tengok bahan yang no 3 tu, cancellll terus (la ni le).
Anna mai sini nak cnp kek karamel tu. hehehe bolehkan?

Nazrah berkata...

kita dah buat ari tu..tapi anak2 dok korek sosej nya..roti di buang..tu yg malas nak buat lagi..saper yang abiskan roti..maknya jugak....

Anna Qawina berkata...

IZAH : A'ah aku bli yg kaler oren tu..hehe..ank2 aku dah besar, buat gitu mau kena cepuk..haha

JASSANI : salam kenal..:)..peberet time ada bhn tu, kal takde malas gak nak pk. kan..hehe

KAK SAMJ : yg no 3 tu blh skip je..tak yah boh takpe tp tak syiok le..hah

KAK NAZ : agak2nya maknya dah jemu tak yer..asyik2 roti takde sosej je dapat..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...