07 Oktober, 2011

Blueberry Slice Cheese Cake

Selamat Petang..jom layan menu minum petang kononnya.. harap2 sempatle semua yang takde kat rumah ni balik dapat rasa sama2..Hannah dok pulun kek ni, sedap la tu..eh memang sedap yuu..takleh tahan nak makan, makan le sikit, pastu ambik sikit lagi..erkk..pastu stop dulu sebab teringatkan ada ramai lagi yang diperlukan untuk berkongsi merasai keenakan kek ini..hehe


Kali ke 2 cuba buat kek ni, kali pertama haritu kek tak masak ke apa tak tahula..hampa hati masa tu, tapi hepi balik sebab walau apa kejadiannya anak-anak makan sampai habis..hehe...Kali ni Alhamdulillah berjaya dengan jayanya....*cam tak betul je ayat..Soryle, gambar blurr lak..sambil ambik gambar, sambil tepis tangan Hannah yang dok sibuk nak makan..hehe..


Jom layan resepi Onigiri@myr @ dalam erti kata mudahnya Ros@jintanmanis..hehe..dipopularkan oleh Hasue, Izahdaut, Kak NorSG dan ramai lagi yang dah buat kan..kita je takut2..pasni tak takut dah..InsyaAllah..


Terima kasih penyumbang resepi & yang mewar2kan..kita kongsikan kat sini pulak..halalkan eik..pasni leh cuba resepi olahan Hasue pulak..

SLICE CHEESE CAKE
Copy : Izahdaut

4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue
5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .
7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.
Cara tambah blueberry paste (ikut HaSue & Izahdaut)
Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling *yang telah dikisar halus (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan.

Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)

17 ulasan:

Qhaifa Nur berkata...

nampak sedapnya..berjaya akhirnya

Mas berkata...

oooo..kek ni yerk..he3
aku lupa lak nk try..muahaha
nnti nak try gak la..
gebu jerk kek kau anna...
meh sefotong...

Sheila Shafeareen berkata...

Salam kuat betum lah Anna ni kegekek hari2 mkn kek, akk lama x mkn last mkn pun kek yg anna bg kemarin...ramai dah cuba ..naj juga buat tp entah bila lah.hehhehe

tun_telani berkata...

uwaaaa......... nak! nak! nk buat jugak.. x buleh jadi nih, esok nk kuar beli groceries letak list awal2 nk beli slice cheese..

EmbunRosaliza berkata...

Assalam anna, akk tabik spring ngan anna ni toing3x heheh, memang rajin betul, ngan anak kecil lagi tu, yalh kan nak 1000 daya xnak 1000 dalih. Nak kena cuba gak ni, tiup2 lah semangat sikit kat akk ni anna

Ruby's Delight berkata...

Assalamualaikum anna. syoknyer kek dia. Akak baru tengah membakor ni..hihihi...kes teruja dgn Izah nyer kek hari tu ler..duk lana que nih...hehehe..sedapnyer..nak try sepotong..

~ Rabiatun

Nazrah berkata...

rajinnya mek anna... gebu je ye kek ni

ady berkata...

as-salam
selamat malam anna qawina..gebu npk kek blueberry slice tu..kalau kek yg ada blueberry ni memang kegemaran my daughter..

Nuwairani berkata...

tadi kek cokelat...sekarang kek keju pulak...aduh...kalau nani duk dalam rumah tu sekali, konfem hari2 kenyang

Fatin Farhana Binti Ramli berkata...

nak belajar buat kek la .. tapi tak ade sape nak ajarkan ..

Nadz Nazharzan berkata...

Alamakkk.. kat sini pun ada keju gak. Tadi kat rumah Mas.. Akak kalau keju2 ni, anak2 mmg suka tp akak yg tak berapa gemar. Sbb tu kalau resepi yg ada keju2 ni lambat sikit kak Naz buat..hehehe..
Sian Hannah.. Kena tepis2 tangan tu yer.. Meh kat aunty meh.. bawak sekali sepinggan kek tu.. boleh kongsi2 ngan anak2 aunty..hihihi..

Lieza berkata...

salam anna....aduhhaii sana sinun dah buat kek cheese ni...nak cari bluberry dulu la...teringin lak akak tgk..nak ckit dulu leh tak...utangggg yer..heheheh

Deliah's Deli berkata...

mmm,menggoda betul!tgk kat rumah izah hari tu..mmg nmpk sedap,sure rasa pun sedap..tp nak buat je yg tak sedap hati,bimbang tak jadi..hahaha,alasan orang tak rajin. :)))

Mah@mahu berkata...

Masakan yg enak2 di sini memang hebat lah..


*jgn lupas saksikan Masterchef Malaysia 22 otb 2011 di Astro Ria www.mahamahu.com

Sheery Dream Cakes berkata...

anna.. nie yg x tahan nie tgk... bab2 cheese nie mmg mengoda sungguh... akak yg nie mmg dah masuk list dah nie tp masih menunggu lg.. hehehehe.. tp tgk yg anna buat nie cam d garu2 plak hati nie nak suh buat... n buat.. hehehhe

Unknown berkata...

Anna...kek ni dah termasuk dlm list akak, cuma tunggu masa je.

Sya Rin berkata...

wah... besttt banget. hihi. nak ni.. tp tunggu betul2 nak mkn baru ada kerajinan nak buat... setakatni klik2 kat sini ulang tayang tgok hehe

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...