Khamis, 6 Oktober 2011

ROTI YOGURT LAGI

Assalamualaikum

Sarapan dengan roti lagi..Roti sendiri bikin, eh..BM yang uli kita siapkan ler..mudah kerja, Akhirnya berjaya jugak bakar roti ala-ala benggali dalam loaf pan yang 3 lubang tu, sebelum ni tak berjaya buat, kali ni Alhamdulillah, 1 adunan roti tu penuh membumbung loyang dia. Kira sedang elok la kan, cuma tak boleh nak tutup bagi rata bentuk roti, nanti roti tak boleh nak kembang, maklum, bekas tu saiz kecik je. Nak tengok jenis loyang roti tu boleh tengok SINI(klik).harap tak boring tengok asyik keluar roti jek..hehe



Resepi yang sama macam yang sebelum ni, cuma lepas siap uli angkat doh & canai memanjang, pastu lipat 2, kemudian lipat 3, masukkan dalam loyang yang dioles dengan mentega. Birkan naik 2 kali ganda saiz asal & bakar. Dah siap senang je nak keluarkan, sisip tepi roti & tolak sikit dari lubang yang ada kat bawah loyang tu, terbalikkan..cara lipat roti tu boleh tengok SINI(klik), bukan untuk apa pun, nak bagi roti ni terbentuk elok, tak senget2..Jom layan..cicah air panas sedap..nak buat roti bakar pun elok..



Sekian, Selamat Mencuba..

9 ulasan:

tun_telani berkata...

wahhhh~~ sekali start meroti xleh berenti ye kak? hihi..

Naz / Nadz COSK berkata...

Assallamualaikum Anna..
Sihat ke? Syifa' sihat..Mesti dah makin tembam..
Nak..nak..nak roti yogurt..

issnita berkata...

best...best...
roti cicah air kopi hangat...

Kak Sam berkata...

Anna, pinjam bibik seminggu boleh tak?

anymz berkata...

makan roti banyak2 ana.bior tembam sikit pipi tu..hehe

kakchik berkata...

salam anna. mashaAllah... geramnya tengok roti yang cantik sebantal tu. BM kakchik dah agak lama bercuti tu sejak kedai pembekal tepung roti berpindah jauh, kakchik pun jadi kurang rajin nak meroti. hai... hari ni rasa terliurlah pulak nak buat roti macam anna.

nuwairani ismail berkata...

ini betol2 gian meroti ni....kemaen lagi ye mengerah tenaga bibik tu... kite jugak la jenuh nak menguli sendiri...

Mas berkata...

sakan kau meroti anna..
gebussss..
geram aku tengok..
aku gak yg mood meroti dok turun naik..he3

quinnie berkata...

anna...gebus je roti...kita nak makan roti beli je...hehhehe.tak dek bm kat rumah....huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...