21 April, 2011

Roti Sosej Mini

 Assalamualaikum..

Harap maaf ye kepada yang berkunjung *kalau ada*, harini agak sibuk je..ada benda nak buat..hehe..sempat update blog pun dah nak petang ni, pagi2 tadi sibuk dengan masak bekal untuk anak-anak & makan tengahari, ala kadar jela...
Pagi ni kami sarapan dengan roti yang Ana buat petang semalam..Alhamdulillah dari pagi sampai tengahari semalam cuaca panas, senang doh nak naik..


Tanpa banyak songeh..meh kita layan gambo2 yang tak seberapa nih, pastu layan resepi yer..terima kasih Ros kongsi resepi..


Roti Sosej Mini
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)

  • 300gram tepung roti
  • 80gram tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 3 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
  • 1 1/2 sudu besar butter@marjerin
  • 150ml susu suam@air suam
  • 2 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar water roux

* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu serta sedikit bijan goreng
*untuk Inti roti*
beberapa batang sosej yang telah direbus kemudian dipotong kecil

 


Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan pintal, bulat-bulatkan letakkan sosej, setelah dibentuk, susun di atas loyang atau dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dan tabur dengan bijan goreng, bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

6 ulasan:

tun_telani berkata...

ada! ada!! tun duk dtg dapur kak anna nih.. hihi.. sedap nyer roti.. gebus je.. kalau guna resepi kak ros nih iA jd gebu n sedap, kn..

Anna Qawina berkata...

tun...macih selalu jenguk akak..ni sayang tun ih..dah sayang kan..ambik le roti tu bape banyak pun..akak rela...hhaha

Mas berkata...

anna..ada lagi ke roti tu....
nakkkkkk...

Unknown berkata...

uishhh sedapnya roti sosej...bak mai sini skit...hehe kita dh tertukar mood meroti la ana bila ana rajin nieza lak malas...kuix3

Zuwairi Aiman berkata...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

Cendana Kasih berkata...

bengkrap ler gardenia dan hi-5 mcm ni.. hehehe...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...