06 April, 2011

KENTANG BERTELUR...dah terdesak!!

Bersiaran di lewat petang, sambil memasak lauk singgang tulang untuk makan malam, sempat le update menu terdesak tengahari tadi.. kenapa terdesak? Sebabnya lepas naik ambil kakak Damia balik dari tadika, terus zzzz....penat sangat..*ayat biasa tu*..Bila bangun tersedar hari dah agak lewat, lapar lak, anak-anak berdua tu belum bangun, pc. lak on je, nampak Kak Nuridah tunjuk menu ringkas nih, terus terbayang kecepatannya, sebab kentang memang dah ada yang dah rebus..kira masak jela..dah siap terus makan..Alhamdulillah..kenyang jugak kan..


Untuk Kak Nur..terima kasih kerana rajin tayang menu nih..hihi..menu ringkas untuk anak-anak & bolehla kalau nak tambah sayur2 pun kan...sian gak baca story akak tu yang terhangus cereknya..tadi pun nyaris2 gak periuk nasiku hangus..hihi...
 
Kentang Bertelur

Bahan-Bahan

  • 3 biji kentang, direbus jangan sampai lembik dan dipotong dadu
  • 2 butir telur
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • Daun sup dan daun bawang
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit  minyak untuk menumis

Cara-Cara
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang yang dihiris hingga lembut dan layu.
  • Masukkan kentang yang telah direbus.
  • Pecahkan telur, dan gaul rata bersama kentang.
  • Masukkan garam dan serbuk lada putih mengikut kepedasan citarasa sendiri
  • Gaul rata dan akhir sekali taburkan daun sup dan daun bawang jika suka.
  • Masa nak makan tu Ana tuang kicap manis atasnya..nyum..nyum..

3 ulasan:

EmbunRosaliza berkata...

cepat dimsk sedap dimkn ana. bestt tu, ringkas n berkhasiat

tun_telani berkata...

kak anna, nk tergelak pun ada gak.. sbb masa baca title tu tun duk terpikir macam mana kentang ni bertelur. hahaha..
br tgk dapur kak nur jugak nih.. kentang goreng ni mmg best.

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

wah! ni bleh msk smbil pejam mata... hehehe

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...