Jumaat, 11 Februari 2011

Sotong Masak Kicap dan...

....dan terima kasih buat teman2 yang sudi bertanya khabar..Alhamdulillah, dah sihat cuma adala sikit2 saki baki tu...esok lusa InsyaAllah sihat sepenuhnya kan..terima kasih juga buat Kak Nor yang datang ketuk pintu hotel Ana bawak apam pagi ni..hehe....terima kasih juga buat sesiapa yang mendoakan kesihatan Ana, moga-moga anda semua sentiasa di dalam limpah Kurnia-Nya sepanjang hayat..amin.


 

Merujuk kembali kepada gambar di atas , skema jek..sotong yang dah habis dikunyah & ditelan kami anak-beranak petang semalam..dah selalu le buat guna cara nOOrsha ni kalau nak masak kicap sotong, masak pun sekejap je, kalau lama-lama, nanti sotong jadi liat..itu memang Cik Abe Ana warning awal-awal kalau dia beli sotong bawak balik..hehe..yelah, dulu, kalau masak sotong, suka biar lama-lama, konon2nya nak bg lembut walhal makin lama atas api, makin liat haiwan  bewarna ungu tuh..

 

Sumber : nOOrsha@myresipi

Bahan-bahan ( 2 - 3 orang )

  • 3 ekor sotong (saiz besar)
  • 1 inci halia - dititik
  • 3 biji bawang putih - dititik
  • 1 batang serai - dititik
  • 5 - 7 biji cili api - dititik
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • 1 cawan kicap manis
  • garam & cuka secukup rasa (cuka boleh ganti dgn air asam jawa @ asam keping)

Cara-cara

  1. Sotong dibersihkan & dipotong ikut citarasa.
  2. Tumis halia, bawang putih, cili api & serai hingga wangi.
  3. Masukkan kicap manis ke dalam tumisan tadi. Tunggu sebentar hingga mendidih.
  4. Masukkan bawang yang dihiris dan sotong. Kacau selalu.
  5. Biarkan hingga bawang layu & sotong masak. Sambil tu perasakan dengan garam & sedikit cuka.
  6. **jangan biar sotong masak terlalu lama coz boleh menghilangkan rasa manis & liat bila dikunyah.

5 ulasan:

Mas berkata...

kak anna,
datang nak lunch sama2 ngan akak....he..he..
sedapp sotong tu..

Anna Qawina berkata...

mas : masuk..masuk..tapi harini tak masak lg...sutun tu smlm punya dah kena angkut ngan indah water kot...kihkih

mrs Gee :) berkata...

uiii.. sutun.. fav si hubby nih.. dia pun sll warning nk masak sutun jgn lama2 nanti liat.. kekeke..

Deliah's Deli berkata...

saalm kenal :) sotong masak kicap..fav tuh! 1 lg masak sotong hitam lada hitam..sedap gak :p~

Nieza berkata...

assalam ana, dh sihat ke?..alhamdulillah...semlm baru jer nieza msk sotong oriental tgk ana msk kicap ni sedap juga nnati boleh cuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...