12 Februari, 2011

NASI KERABU ANA

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar kawan2 teman2 sain sobat? hehe..terima kasih kepada yg menyinggah,  harini sekadar nak kongsi menu yang dimasak & dimakan rasanya dah dekat 1 bulan kot....haih..lupo nak buat tayangan, belek2 nampak pic baru teringat nak tunjuk2 sikit..kot2la ada yang terliur lalu bergegas ke kedai membelinya..eh..ape kelas beli kedai, buatla sendiri kan...hihi...


Sebenarnya dah lama nak makan nasi kerabu yang buat sendiri, biasa kalau nak yang sedap2 & cukup segala bahan tu masa balik kampung, siap pesan awal2, sampai kampung nanti nak makan nasi kerabu, tak kirala sampainya kita waktu petang ke malam..haha..sian omak aku..dapat anak yang tahu nak makan jer..tapi tang bahan tu yang mencekik..ada ke patut sekuntum bunga kantan yang warnanya ala-ala je merah jambu, tapi lebih kepda putih sebenarnya, langsung tak kembang, agaknya baru keluar pucuk dah dipotong..reganya RM1.80..kalau yang cantik & menawan sikit harga RM2++ sekuntum tu bukan seikat mahupun sebakul..huhu..nasible..


Kalau nak sedap guna bunga telang untuk dapatkan warna biru..tapi kat sini mana nak jumpa bunga tuh..ada ke jual kat pasar? tak tahu le..Ana buat ni guna pewarna kuning je, ulam-ulaman pun ada yang ala kadar je....jadila, lepaskan perasaan nak makan tu kan..Alhamdulillah rasanya boleh tahan sedap..hehe..tapi takdela sesedap ibunda kita masak..:(..tu la, bila balik kampung bukannya nak belajar buat..tahu makan jer..nasib badan..

Kat sini Ana letak resepi Nasi Kerabu Keluarga Ana..lepas bersms & ber'call' dengan kakak, maka dikongsikan pula kat sini, mana tahu ada yang nak cuba..


Resepi Nasi Kerabu Anna
Sumber : Anna Qawina & family

NASI :
  • Basuh beras macam biasa & tambahkan air secukupnya, letak sedikit pewarna kuning, kacau-kacau bagi sekata, biar hingga nasi tanak.

ULAM-ULAMAN :
  • daun kesom
  • daun serai kayu
  • timun
  • bunga kantan
  • tauge
  • kacang panjang
  • kubis
  • dan lain-lain, terpulangle...

**semua bahan dihiris halus/cingcang halus, kecuali taugeh..

SAMBAL KELAPA:
  • kelapa parut
  • 5 ulas bawgan merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 btg serai
  • 3 ekor ikan rebus
  • lada hitam
  • gula, 
  • garam

CARA :
  • goreng kelapa tanpa minyak sampai keperangan & sedikit garing, rasa dgn tangan, kalau dah rapuh bolehla angkat.
  • tumbuk kelapa goreng tadi, ketepikan.
  • tumbuk semua bahan lain kecuali serai, garam & gula sehingga halus.
  • Ikan rebus juga boleh kalau nak tumbuk, lebih sedap sebab halus teksturnya.
  • Campurkan bahan-bahan ditumbuk tadi ke dalam mangkuk & gaulkan gula & garam. Secukup rasa.
  • Sekiranya smbal yang dibuat banyak & nak tahn lama, bahan2 yang dah siap gaul tadi boleh dogoreng tanpa minyak sekali lagi sampi sedikit garing, angkat & simpan dalam bekas..bila-bila masa boleh guna.

SAMBAL TUMIS :

  • 6 ulas bwg merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sdb cili kering kisar
  • 1 btg serai diketuk
  • 1 keping asam keping
  • 1 cwn santan pekat 
  • Air secukupnya..bergantung kepekatan yang diingini
  • *jika suka..sedikit gula melaka
  • garam
  • gula

CARA :
  • Satukan semua bahan & kacau sentiasa di atas api sederhana, jangan sampai  berketul.
  • Kacau sehingga santan pekat & pecah minyak (nampak berminyak sikit). Sentiasa kacau & ini akan mengambil sedikit masa sebab guna api perlahan.
  • Angkat & sejukkan

BUDU :
  • Beli jela budu dalam botol tu, takyah susah2 nak bikin sendiri ek..hihi.
  • Kalau nak sedap, masak sekejap budu di dalam periuk, masukkan serai yang diketuk, tambahkan sedikit gula melaka..dah sejuk bolehla di simpan & tahan lama tu.

CARA-CARA NAK MAKAN :
  • Sendukkan nasi ke dalam pinggan, letakkan ulam-ulaman atas nasi tu, letak pula sambal kelapa, siram sambal tumis, dan yang paling penting dalam nasi kerabu ialah budu, letakle banyak mana yang anda suka..
  • Makan bersama keropok goreng, solok lada, ikan celup tepung, ayam/daging bakar, telur masin dsbnya...
  • Selepas itu, bacalah DOA makan (tau kan doa tu??) hehe..dahtu makanle...
**Seeloknya, sediakan sambal kelapa & sambal tumis serta budu masak sehari sebelumnya, bila nak makan, cuma masak nasi & potong ulam-ulaman sahaja..**

10 ulasan:

Mas berkata...

kak anna,
mas suka nasi kerabu...
tergodanya tengok...
akak kejamm sebab dah lma abiss bru tunjukkk...hu..hu..

Anna Qawina berkata...

Mas : lg kejam kalau sorok je kan..kehkeh

izahdaut berkata...

Weh sedap nya nasi kerabu... Lma tak mkn sebab lma dah tk ke p. Mlm. Na sos plum tu ada je psraya tempat2 sos. Ko belek satu2 jumpa la. Warne oren2 sikit jenama life

Anna Qawina berkata...

Izah...tadak kojo nak g pasar malam..buatle bg incit daut makan..hehe..
okeh..esok ku nak g maidin, borong suma sos [plum..hehe

Mimiey.. (^-^) berkata...

wahhhh,nasi kerabu...mie baru je makn nasi kerabu...tapi yg kedai punyala...hhehehehhe

zarin berkata...

zarin slalu taruk daun limau purut dlm nasi tu.. kat rumah mak kat klate ada pokok biru tu so kan tiap kali balik mesti petik bunga biru n sampai sini rendam and air biru tu zarin masuk je dlm freezer jdkan eskrem...bila nk buat nasi kerabu cairkan je lah :D

Suara Kalbu berkata...

Kak Anna,
Wak maghi sepingge ko kawe. Lamo doh tok make Nasi Kerabu hok sedak.

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

orang yg rajin jer boleh buat nasi kerabu ni.......... akak suka sgt nasi kerabu tp lom ada kerajinan utk buat sendiri... insyaAllah.. nak buat juga one day...

maiza berkata...

huuu..nasik kobuuuu..i likeeeeee ;)

mar berkata...

nasi kerabu kuning...............
waaa....ada solok lada,xaci nih!!

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...