Selasa, 8 Februari 2011

MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS


Sempat buat muffin untuk bekal anak-anak ke sekolah petang harini..walau badan dah terasa lemah..lemau..lemon..saat-saat badan tak larat ni datang pulak makcik selesema..tapi dapur tetap kena perasapkan..masak yang mudah-mudah aje..buat muffin pun senang kan, tambah lagi guna stand mixer..lebur bahan-bahan & kacau..anak-anak pun suka..


Dah banyak minggu save rsp ni masa kak Am tayang, cadang nak buatle, tapi banyak sangat list yang menanti, sudahnya harini baru buat..hihi..sedap & lembut..gebuusss juga adaaa...


Ana buat 2 adunan sekaligus, maklumle, anak tekak banyak, cup 'Dang Gao' tuh pun besar gedabak..sedang-sedang elok dapat 16 biji..cadang untuk esok sekali, tapi tak pasti sempat ke tak, nampak sudah kepupusan tu...

Sesiapa yang nak cuba tgk resepi yer..
MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS
(sumber : Puan Ruhaya )
Copy : Kak Am 
cp: Diah – badariahabdrahman.blogspot.com

Bahannya
  • 100gm butter
  • 120gm tepung gandum * @ tepung naik sendiri,
  • (*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)
  • 80gm gula halus
  • 60ml susu segar/susu cair
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh coklat emulco
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • **1 sudu teh baking powder** jika menggunakan tpg gandum
  • Pewarna kuning




Cara - caranya :
  • Ayakkan tepung bersama baking powder.
  • Pukul butter hingga kembang & masukkan gula & pukul sebati.
  • Masukkan telur & esen pukul (2 minit )
  • Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (pakai senduk @ whisk bagi sebati )
  • Bahagian 2 bahagian..1 bahagian warna kuning & 1 bahagian bubuh serbuk koko & coklat emulco
  • Bubuh dalam papercup 3/4 penuh & taburkan coklat chip @ ikut suka. *Ana gaulkan adunan coklat dengan coklat chips.
  • Bakar 30 minit - 180' @ mengikut oven masing - masing.

9 ulasan:

izahdaut berkata...

wah mapinn..comel comel laa... tak sihat ke? rehat rehat la yee.. bak 2 ketui mapin..sukeeee

hubby mu suke cendwan ye..mmg best buat masak lemk.kak nim kta letak kerang pun sedap.nnti nk try lak la

anymz berkata...

waaah!canteknya mapin ana ni..ada belang2 lagi..sedap kan kalau mapin yg ada pisang..kat rumah akak ni laku betul kalau kek yg ada pisang..sedap..

Anna Qawina berkata...

Iza : ambik 2 ketoi je yer..yg lain tu nak simpan tuk esok..haha..

Kk Anim : tak sechntek mapin si Izah yg suka wat mapin tuh kn..kekekeke...mapin ni bdk2 suka myb sbb saiz di tu kot...

Badariah berkata...

salam..kak dtd nak muffin..alahai comeynya & cantik..ada lagi x..nak 3 biji leh x..anak2 kak pun suka muffin..kalau boleh tiap2 hari kena buat..tapi kak malasss..hihi

Mas berkata...

mas pun nak gak kak anna...
ari ni tak masak pun...
nampak sedapp la muffin tu...he..he..

Arizakiah berkata...

Nampak gebu dan bahan yang simple. nak buat untuk majlis kahwin anak sedara akak mac ni....

LinRosly berkata...

Assalamualaikum...

Sedap!!!nya...Utk Kak Lin ada tak?

Mimiey.. (^-^) berkata...

kak ana, yg dalam gambo sume mie nak boleh...hehheheh...lawala koko + kuning tu....

Ayu berkata...

Assalam ana,
wah mufin ni pun akak dah masuk list, cantiknya mufin ana ni dari jauh dah nampak cantik & tempting gitu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...