08 Februari, 2011

KEK PUDING KARAMEL

Assalamualaikum..

Saja nak kongsi menu yang Ana buat untuk buah tangan keluarga angkat ketika berkunjung ke Johor Bharu minggu lepas..salah satunya ialah Kek Puding Karamel ni, selain tu ada juga buat Kek Alunan Kasih tapi lupa nak snap gambar..kebetulan kat sana keluarga angkat ada buat kenduri doa selamat, sempena rezeki salah seorang anaknya yng sedang hamil 7 bulan, setelah 10 tahun hidup berumahtangga. Alhamdulillah, hadiah ulang tahun ke 10 bagi Kak Fadzidah yang amat berharga kan..

 

Kek Puding ni pertama kali buat, selama ni asyik buat kek karamel je, teringin lak nak try, walhal seantero dunia masak memasak sudah pun mencubanya..hihi...rasa kek? tak tahu..huhu..sebab langsung tak rasa, malu ler nak rasa, bawak utk orang, kita lak yang nak makan kan..tapi kata kaum keluarga kat sana, cukup sedap, hampir sama dgn kek Karamel juga tapi lebih puas hati sebab pudingnya yang tebal..hehe..kena buat lagi ni..

 

Ana salin balik resepi dari Yani@Myresipi

Bahan-bahan ( 20cm )

Karamel :
  • 60 gm gula
  • 1 sudu besar air
  • 2 sudu besar air 
Puding 
  • 4 biji telur
  • 500ml susu segar
  • 70g gula
  • sedikit esen vanila
 
Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan

Cara-cara

  • Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan. 
  • Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  • Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api. 
  • Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.  
  • Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi. 
  • Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.  
  • Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim. 
  • Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.  
  • Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik. 
  • Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.  
  • Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.) 
  • Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.


3 ulasan:

izahdaut berkata...

kan kan kan..ana dan keremel tak boleh dipisahkan..hehehehe

EmbunRosaliza berkata...

assalam ana akk tak pernah cuba lg ni...nak buat mcm susah je hehe

Anna Qawina berkata...

Izah : sajer je ko nih...benda2 sedap dgn aku mana leh dipisahkan..hehe..

kak Rosaliza : nampak cerewet sikitla, tp bila dah mula buat kompom nak buat lagi..lama2 jadi genteng saje...haha..*genteng tu senang kan?*kihkih

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...