23 November, 2010

KISAH ANA

Assalamualaikum..

Harini Ana cuma nak kongsikan pengalaman & kesibukan sebelum Aidiladha haritu & sepanjang Raya...Disamping sibuk buat persiapan raya untuk sendiri, ada juga buat sumbangan berisi untuk kakak Ana yang ingin mengadakan kenduri sempena Qurban & majlis bertunang anaknya...kini anak buah Ana ni dah sah jadi tunangan orang...jangan ada yang nak pinang2 lagi ek..heee

Bakal ibu mertua dah chop!!
senyum je dapat cincin ek...
Ada juga sumbangan kecik Ana untuk majlis ni, macam biasala, buat kek..hahah..Kek yang Ana buat ialah Kek Marble Susu..(maaf, lupa nak suruh diaorang snap gambar)..katanya kek tu sedap sangat & akan mintak lagi..heee..Kek Karemel, Kek Pelangi (Resepi Chef Hanieliza) & sebiji kek coklat  (Hershey's "Perfectly Chocolate" Chocolate Cake) untuk hantaran..pertama kali bermain dengan buttercream ni faham-faham ajela, tangan ni keras macam kayu, nak tulis ayat atas kek pun rasa macam baru belajar mengeja..hahaa...kek tu tah apa rasa Ana pun tak tahu...harap2 sedap la ek..

Ada sebab Ana campak kiwi kat tengah tu..heheheee..

Dah masukkan dalam kotak nampak cun sikitla...
Diharapkan anak buah Ana, Wawa & bakal suaminya, Helmi dapat manfaatkan tempoh bertunang ni sebagai tempoh bertenang bagi bakal pengantin, penuhi diri dengan ilmu rumahtangga & segala ilmu keibubapaan..paling penting juga ilmu keagamaan agar keharmonian rumah bertangga yang akan dibina nanti selamat dari cubaan yang besar & segala macam pancaroba..

Antara gambar-gambar semasa majlis berlangsung :- 

sesi memotong kek..orang kat tepi tak sabar nak ngap..heee
Cantik kan kek pihak lelaki bagi..heeee...
Antara barangan hantaran pihak perempuan..Macam kawen dah ni..adeeiii..
Semoga kalian mendapat berakah untuk menjejak pelamin nan indah..Jaga batas2 agama & susuri nikmat kehidupan kalian dengan berilmu...kelak jadilah kamu Isteri/Suami Mithali, Ibu/Bapa Bestari, Insan Berdedikasi & teguh berdiri di jalan Ilahi...Amin..

Tahniah & Selamat Bertunang

3 ulasan:

So Shy Lady (SSL) berkata...

salam anna,
weh buat kek lagi dia...

Unknown berkata...

Salam Ana....Rindunya...Lama Tak Bual Dg Anna....Hehehehehe...Selamat Bertunang Utk Anak Sedara Anna Yer...

Kak Lin Pun Sibuk Raya Tempohari....Tu Yg Tak Melawat Rakan2
Maaf Yer Anna...

Anna Qawina berkata...

S.S.Lady...kena buat sbb nk mkn..hihi...somi dah tak suka kek beli....

kak Lin : biasala sibuk manjang kje kan..tmbh2 lg ank dah cuti sklh...

t.kasih bg pihak ank buah...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...