20 Oktober, 2011

Kek & Cupcakes Coklat Kukus Keju Koktel

Tarraaaa....jumpa lagi di hari yang sama..Nak hidang kek yang sangatla sedap ni buat semua teman2...sila..sila...

Dah jumpa resepi kek coklat yang TERBEST? belum? ish..ish....apa kata buat kek ni? Memang terbaik dari kukusan nih..tak payah letak topping cheese beryogurt tu pun takpe, still sedapppp makan begitu saja *iklan roti..sungguh sedap sungguh bagai dikata dgn bersungguh-sungguh ni..*brp bnyk sungguh  daaa..* Tapi harusla buat sendiri ye untuk tahu setara mana kesedapannya itu, yela kalau tak buat mana nak tahu kan. Betol tak Mas?*Mas dah buat tu..Kak Azlita Aziz pun kan, eh Ila dah buat jugak nampak....tapi ini pengakuan ikhlas tekak kita la yer..hehe


Pertama kali makan kek ni masa gader2 kat Ampang haritu, terus rasa nak makan lagi, apakan daya tuan rumah di Ampang nun takde lak bekalkan saya setipuware kek ni untuk dimakan kat rumah bersendirian..kat rumah orang naik segan lak nak pulun banyak2 kan..nyesal!! Haha..sah kena sekeh dek Izah ni kalu dekat..Lepas tu kan..*iklan ke tadi tu?* terus risik2 rsepi, tapi tak buat jugak walau bahan semua dah ada, tangguh dulu kononnya. Pastu hari apa yer buat kek ni untuk pertama kali, menjadi keknya & sedap lak tu, taapiii...takde tayangan umum, sekadar jeling2 dalam esbox & ngap sendiri jek..sebab..sebab...............

uhuu...topping cheese tu tak mengeras walhal seharian dah dok dalam peti ais, try jugak letak tempat beku tu, sampaikan semua ikan ayam terpaksa 'berpanas' kat luar jap, nak bagi laluan kat kek ni, maklumle peti kita kecik je..haha..bila nak potong still meleleh macam kena curahan yogurt lak., rasanya sebab jenis serbuk agar2 yang kita gunakan ni lain sikit sukatan dia (rasanya la...)...hampa sungguh, sampai tak lena tido malam..tipu *tapi takdela sampai letak tangan ats dahi kan..*malampau benar gitu..bukan apa, sayang wei cream cheese & yogurt tu, mahai tau..guna pun jimat2 je..anak2 nak makan yogurt tu pun kita tak bagi semata2 nak buat kek ni....mulala ada yang kata "hukum karma" sebab kedekut ngan anak2 kan..sapela yang kata gitu yer..sekeh patploh kali dia tuh....


Ok, berbalik kepada kejadian kek ni, hehe..kali ke 2 buat, keknya tetap macam biasa, menjadi elok.*macam eksen je kan*..mulala berdebar nak buat topping..puasla dok kaji nak ejas sana sini, konon berlagak pandai le tuw..takut terjadi kehampaan macam yang sebelumnya kan..maka dengan gumbiranya saya umumkan..BERJAYA..!! eh..teruja sungguhla, boleh siap terbalikkan kek tu toppingnya tak jatuh tau..takde lak keras kejung, tetap lembut nyut2 gitu & tidak cair seperti sebelumnya.....kira sedang2 elok kalau nak buat hantaran ke,nak bawak balik kampung ke kan..


Jadi..begitulah alkisahnya...korang kena cuba buat kek ni, tak payah buat topping macam ni pun tetap sedap, teksturnya memang rasa lainla..macamana nak gtau, takleh nak taip kat sini, silalah rasa sendiri..kan Izah? Ana buat ni 1 adunan, separuh di kukus dalam loyang & separuh lagi letak dalam cups muffin, sebahagian dikukus & sebahagian lagi dibakar..semuanya moist..Resepi asal dari Chef Hanielieza, di cuba oleh Izahdaut dengan pemantauan oleh Kak Nor Ganu..hehe..boleh gitu eh? Bolehla kan..tak reti dah nak buat karangan nih..terima kasih buat semua yang terlibat..:)

KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL
Sumber C & P : Izahdaut
Bahan A

  • 2 cawan tepung gandum - diayak
  • 1 cawan serbuk koko - diayak
  • 1 s/k baking powder - diayakkan
  • 1/2 s/k soda bikarbonat - diayak
  • *izah tambah 1 sk serbuk nescafe*Ana tak letak
Bahan B
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan butter cair
  • 1 cawan air panas
  • 2 cawan gula perang
Bahan C
  • 4 biji telur 
  • 1 s/k esen vanilla -  kacau rata dengan telur

Cara membuatnya :

  1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
  2. Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk.
  3. Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan.
  4. Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
  5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
  6. Sejukkan dan hiaskan dengan kerim keju dan buah2an koktel
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bahan krim keju: **Yang Ana buat tulisan bewarna kat bawah tu yer
  • 250 gm keju cream philidephia
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 cawan air agar-agar *masak air dengan 1 sb serbuk agar2
  • 1 cawan yogurt perisa mangga 
  • 1 tin buah2 koktel
  • 1/2 cawan air dalam buah2 koktel

**Yang ni Ana buat, dah ejas kandungan serbuk agar2 & air, baru menjadi. Buat separuh dari adunan asal sebab nak topping kat separuh adunan kek je. Menggunakan serbuk agar2 brand NONA.
  • 125 gm keju cream philidephia
  • 1/4 cawan gula halus
  • 3 sudu besar air + 1 sudu besar serbuk agar-agar*masak jap ats api slow
  • 1/2 cawan yogurt perisa mangga 
  • 1 /2 tin buah2 koktel
  • 1/4 - 1 sdb cawan air dalam buah2 koktel

Cara membuatnya:
  1. Pukul keju cream dan gula sehingga rata @ lembut.Masukkan yogurt dan pukul lagi.Masukkan air koktel & cecair agar2 dan kacau rata.
  2. Tuangkan atas kek span dan sapukan rata. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam. Potong dan hidangkan

NOTA IZAH :
  1. Saya guna yogurt plain, jadi topping tu sedikit masam. Jadi memang disyorkan guna yogurt  buah la kan. Lepas tu saya rasa nak buat kek ni sesuai guna loyang yang boleh buka sisinya tu. Sebab topping tu agak cair dan memakan masa untuk mengeras. Bila ada loyang gitu jadi kek boleh dihidang dengan cantik. Tapi pada pandangan saya, bagi yang tak de loyang buka sisi tu, boleh je gunakan idea yang lain, mcm saya. 
  2. Saya pernah buat kek ni dengan dihidang didalam loyang kaca. Kukus sesiap kek, pastu terbalikkan kek ke loyang kaca yang elok ukuran n ketinggian. Kemudian curah topping keju di atas kek. Sejukkan dan hidangkan. Maknanyer dihidang terus kek di dalam bekas kaca tula.
atau pun
  1. kek coklat di keluarkan dari loyang, letakkan di atas pinggan. kemudian ambil aluminium foil, lipat dua, dan tepekkan foil disekeliling kek mengikut bentuk kek. Haruslah foil tu tinggi dari kek untuk menampung  topping keju tadi.  Curah topping. Biarkan sehingga topping keras. Hidangkan. Macam nie..(^_^)..


atau pun
  1. Kukus kek di dalam bekas loyang chiffon. Kan ke loyang chiffon tu boleh buka sisinyer tu kan. Tapi alas loyang guna foil takut adunan kek coklat tu nanti bocor keluar. Tapi Saya buat tu, tak de pulak kek coklat tu keluar, cume ada sikit2 je la. Kemudian bila kek sejuk curah topping di atas kek. Dan  biar keras, baru buka sisi loyang tu. Potong kek dan hidangkan.
  2. Ni cara yang mudah nyer la. Ada lagi kot cara yang lain boleh dishare kan juga ye.tq
JEMPUT MAKAN...(*_*)

Steamed Chocolate Blossom..tah mana 'blossom'nya

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menjalankan rutin harian & menambah amal ibadat kepada-Nya. Mensyukuri nikmat sebagai hambaNYa dalam setiap hela nafas kita, InsyaAllah..

Maaf kerana beberapa hari dah tak jengah blog kawan-kawan, agak sibuk dengan macam-macam perkara, ditambah pula ada ank kecil ni tak sihat, naik ulser kat lidah & dalam mulut, meragam sepanjang hari, malam2 pun asyik nangis je, kita nak tidur rasa risau, sekejap2 jaga tengok apa yang perlu buat, siang2 kita pun banyak tidur la kan, rehatkan badan. Harap2 harini dah beransur2 sihat, bolehla dia makan macam2 yang kita masak.

Apam yang sedap & gebu..Ana buat apam ni dah 2 kali. sekali masa Mas sampai kat rumah sebelum ni, masa tu takde apa nak jamu, tergugel kat MyResipi, dapat Apam resepi Kak Fida ni. Tengok bahan2 & cara buat yang mudah, terus buat..Mas sampai pun kuih ni suam2 lagi..Semalam buat lagi untuk bekal anak-anak ke sekolah rendah..tapi agak terkilan sebab ke dua-dua kalinya kejadian apam ni tak mekar sejambak, tapi tersengih macam isi kerang yang dah siap rebus..hehe


Rasa segan nak letak 'Blossom' tu rasa macam tak kena lak nak letak kat kuih ni, dengan kejadian kuih ni macam tu kan, tah apa silap, ..hehe..apapun okla jugak sebab sedap & lembut je apam ni, anak-anak seka makan, tapi ada rungutan jugak, kata suara2 halus " chip tu sikit sangat Ummi bubuh, lain kali letakla banyak2.."  haha..Ana letak 3 ketul choc.chips je setiap biji kuih tu..bukan kedekut yer, jimat tau..barang2 semua dah mahal nak ooii..ish..bukannya budak2 tahu kan..

Resepi dari Kak Fida ni Ana kongsikan kat sini, kot2 ada yang nak cuba & hasilnya jadi mekar sejambak mana tahu..try yer..tak rugi mencuba sebab sedap. Anak-anak anda pasti suka InsyaAllah.

STEAMED CHOCOLATE BLOSSOM
Sumber : Kak Fida@MyResipi

Bahan-bahan ( 30-35 biji )

  • 140 g gula halus*Ana letak 120 g je
  • 160 g tepung gandum*
  • 20 g serbuk koko*
  • 2 sk baking powder* ( * diayak bersama )
  • 2 sk ovallete
  • 2 biji telur - A (yg sejuk dr peti ais)
  • 110 g susu sejat
  • 1 sk choc. paste (opt) *Ana letak 1 sdk choc.emulco
  • secukup choc. chip atau choc. masakan yg didadu - untuk inti 


    Cara-cara

    1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali inti dan pukul hingga kembang dan pekat.
    2. Sediakan acuan kecil berlapikkan papercup,bubuh 1 sk adunan,isikan inti choc. dan tutup dengan 1 sk lagi adunan.
    3. Kukus hingga masak selama 10-15 min. 

    SELAMAT MENCUBA

      15 Oktober, 2011

      BOM MANIS..yang tak meletup..

      Assalamualaikum..maaf ya..nak cepat, ada urusan tertangguh lak..tapi nak jugak update sebelum internet buat hal lagi. Bom ni tak meletup ye, jgn risau..hihhi..


      Sedap sangat bom atau cekodok ni..tapi adunan ni dapat sikit je tau, kalau anak branak ramai macam kat rumah ni kena buat 2/3 adunan baru cukup, suka je tengok bulat2 dalam kuali masa goreng..ops...Ana bancuh je, yg sudahkan adik..Ok jom layan menu petang semalam, petang ni hajatnya ada lagi kot buat..sebab semalam buat 1 adunan je, tak cukup..hehe

      BOM MANIS

      Bahan2 :
      • 1 sdt yis
      • 1 cawan tepung gandum
      • 2 sdb gula
      • 3 sdb susu pekat manis
      • secubit garam
      • air secukupnya
      • minyak untuk menggoreng

      Cara-cara :
      • Campurkan yis, gula, susu & sedikit air..larutkan..Ana biar sampai pekat berbuih.
      • Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
      • Perap aduna dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng
      • Panaskan minyak masak.
      • Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan & goreng hingga keperangan.
      • Hidangkan..yummyy...


      Masak Lemak Udang & Kambas

      Assalamualaikum..salam hari Sabtu yang permai..bersyukur untuk kesekian kalinya kepada DIA YANG MAHA ESA..

      Uiikk..pagi2 td dah berblog ye..nak cepat tp ada problem apa tah nak update tak boleh, maklum, sabtu memang sibuk, ni dah mula panaskan dapur untuk menu minum petang, buat awal2 nanti nak masak untuk makan tengahari pulak, suami kerja half day kalau Sabtu.  Pagi tak masak, makan sekut cap ping pong cicah teh tarik jek..kikiii..rajiinn..

      KAMBAS? PERIA daa..haha..mula2 memang tak tahu apa itu kambas..pas belek dapo Kak Anymz baru tahu..menu malam tadi..baru usai makan nasi..pastu baru teringat nak ambik gambar nak anto laporan bergambar kat Kak Anymz..hehe..sibbaik ada belen kan..kalau tak, tunjuk kuah jela..jimat bawang menu gini kan..tapi pedas tu kena pandai2 ejasla, kang tak termakan kalo pedas sangat..ikut resepi Kak Anymz ni sedapla..berselera makan nasik..Ana kongsikan kat sini ye kak..boleh buat rujukan lain kali..sesiapa yang nak cuba makanan nismilan boleh try yg ni..

      MASAK LEMAK UDANG & KAMBAS/PERIA

      bahan2

      1/2 kilo udang di buang semua kulit-bersihkan. belah belakang dan cuci bersih
      santan dari 2 biji kelapa atau santan segar 1/2 kg

      1 batang kambas-di buang biji di hiris halus dan rendam dgn air garam
      1 senduk cili api yg siap di kisar-tak suka pedas???-kurangkan-

      1 batang serai di titik


      3 keping asam gelugor


      garam secukup rasa.


      Cara :

      masukkan cili api,asam gelugor,garam,serai dan santan ke dalam periuk.
      toskan kambas yang di rendam tadi-ketepikan
      kalau gunakan santan segar tambah 2 atau 3 cawan air.
      kacau hingga mendidih.
      masukn udang dan peria.
      masak hingga peria empuk

      sedia untuk di hidangkan

      rasakan garam

      **maaf mungkin berterabur je n3 sya kali ni, guna notebook adik..kecik sangat..haha

      14 Oktober, 2011

      Ayam Kicap Berlada Hitam

      Menu ayam yang sangat seedaapp..memang sedap ayam masak kicap ni tau..kali ke 2 dah buat baru sempat masuk dalam blog. Ana tambahkan kentang sebab anak-anak memang suka sangat kentang kalau letak dalam masakan. ..Kuah yang pekat tu boleh gaulkan dengan nasi panas, takpayah toleh lauk lain dah..suka sangat nie..sebab baru lepas makan tadi..hehe..cuma tersilap beli daun bawang, resepi Kak Dayang letak daun sup..apapun memang sedap ler..cuba tau..Ana simpan resepi kat sini ye Kak Dayang yang cantik manis..hehe..


      Ayam Kicap Berlada Hitam

      bahan-bahan :


      • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak)
      • 1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
      • 1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
      • 1 sudu makan cili kisar/cili giling
      • 1 sudu makan kicap pekat
      • 1/2 sudu makan sos tiram
      • sedikit kicap manis
      • sedikit hirisan daun sup
      • sedikit madu/gula dan garam
      • sedikit air asam jawa
      • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)

      bahan-bahan kisar :

      • 5 biji bawang merah
      • 2 ulas bawang putih
      • 1 inci halia
      • 1 batang serai



      Cara-Cara :

      1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam. 
      2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
      3. Masukkan sos tiram dan kacau sebati.
      4. Kemudian masukkan ayam. Gaulkan rata-rata. 
      5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
      6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul-gaulkan. 
      7. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!

      Roti Sosej Berkeju Rangup

       Assalamualaikum..Salam Jumaat yang penuh berkat..

      jom makan roti yang sedap dan pasti digemari sekeluarga terutama anak2..Nak makan kena buat sendiri la yer..ni yang semalam punya, buat untuk habiskan keju & juga memang berhajat nk buat untuk bekal Adam & Akmal pergi sekolah. Serbuk roti dah agak lama beli sebab nak buat benda lain tapi tak jugak terbuat..heee..Terima kasih buat Kak Nor penyumbang resepi..sedap makan ni tak sedar dah habis..hehe..


      ROTI SOSEJ BERKEJU RANGUP
      Boleh tengok : Mas, Izah, Kak Yatie, Juwita

      Bahan-bahan
      • 10 keping roti putih
      • 10 batang sosej ~ direbus sekejap dan toskan
      • 10 keping slice cheese
      • 1 biji telur ~ dipukul sedikit
      • breadcrumbs @ serbuk roti secukupnya
      • minyak utk menggoreng


      Cara membuatnya :
      1. Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
      2. Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej.
      3. Sapukan hujung gulungan roti dengan sedikit telur (untuk melekatkan)
      4. Gulung dengan kemas. Buat hingga habis.
      5. Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
      6. Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
      7. Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
      8. Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.

      13 Oktober, 2011

      YOGURT STEAMED CUPCAKES

      Assalamualaikum w.b.t

      SUBHANALLAH..indahnya hari-hari yang dilalui..ALHAMDULILLAH masih ada rezeki untuk terus bernafas di muka bumi ini..Syukur kerana masih punya teman2 yang masih sudi bertandang kat sini walaupun saya tak sempat nak BW sejak akhir-akhir ini..SUNGGUH..memang tak ada masa nak mengadap komputer, sekadar jenguk2 blog kawan2 & kalau sempat memang hantar komen, ada jugak yang intai dari jendela telefon je, nak komen memang peritla kalau guna enpon kan..hehe.. 

      Kadang2 tu tengah2 malam..yelah semua dah tidoo baru kita BW..apa nak buat, saya seorang ibu beranak 5!! Banyak tugas menanti, seronok sebenarnya walaupun penat sebab kebanyakan kerja dapat dibuat dengan tenang, banyak yang buat & nak dikongsikan tapi apakan daya.. apapun memang seronok tengok ada jugak kawan2 yang berkunjung, Terima kasih ya..sangat2 saya hargai walaupun saya ni bukan femes ames blogerwati..hiks..

      Pagi ni nak kongsikan menu yang biasa2 je, yang orang dah biasa buat, ni pun nak habiskan stok yogurt yang beli sebaldi haritu, ALhamdulillah habis sudah yogurt tu..tak payah pening2 mencari menu apa untuk diyogurtkan..hehe..Apam/Cupcakes ni dah banyak kali buat sebenarnya, memang lembut & gebu, Alhamdulillah semalam Ana buat semua yg dikukus mengembang mekar, takde 1 pun yang suram..seronok tengok. Oh ya, apam ni Ana buat lepas MAS balik dari rumah ni semalam. Masa Mas datang tu buat apam jugak tapi Apam lainla..Ramai terlalu ramai yang dah buat apam ni kan...kredit untuk anda semua (tak letak nama la..ramai sangat kan*ayat biasa skrg ni)


      Jom kita tengok resepinya, yang buat awal2 dulu ada kat SINI(klik). Versi ibu ada 5 anak kali ni lain sikit, dari segi saiznyala..mula2 buat dalam bekas lompang plastik tu, cup kertas dah habis pulak, guna pulak acuan tart & cup untuk biskut almond london, cantik elok je saiznya, lain kali boleh buat dalam bekas tart tu, banyak dapat. Bila dah luak 3/4 adunan baby Syifa' menangis lak, cepat2 suruh adik cedok ke dalam cup muffin/roti tu..mak aiii..kembang patblas mangkuk haaa..ish..ish..

      YOGURT STEAMED CUPCAKES

      bahan-bahan : 
      • 2 cawan gula castor ..Ana kurangkan menjadi 1  1/2 cwn shj..
      • 1 sdt ovallete
      • 2 cawan tepung gandum
      • 1 cawan yogurt asli
      • 2 biji telur
      • 1/2 sdt double action baking powder
      • 1 sdt serbuk koko *optional
      • 1 sdt pes coklat *optional
      • pewarna kesukaan *optional 


       Cara-cara :
      • Campur semua bahan di atas dalam mixer kecuali serbuk koko/pes coklat /pewarna.
      • Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
      • Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
      • Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) & campurkan serbuk koko & pes coklat (pewarna), gaul sebati.
      • Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, (hampir penuh pun takpe..) sudukan sedikit adunan coklat/bewarna atasnya.
      • Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
      • Sejukkan & simpan dalam bekas tertutup..
      **Pes coklat & serbuk koko boleh diganti dengfan apa bahan lain jika inginkan kelainan..cth : jem/filling..& pewarna kesukaan**
       Lebihan adunan bewarna disatukan..sayang nak buang, dapat jugak sebiji apam..hihi

      **KENA GUNA API YANG BESAR UNTUK MENDAPATKAN APAM/KUIH YANG MEKAR, & PASTIKAN AIR KUKUSAN BETUL2 MENDIDIH BARU DILETAKKAN KUIH..** 
        
      **Kali ni juga penutup kukusan tu Ana tak balut dengan kain, tapi pastikan, masa nak buka penutup, air tidak menitik ke atas kuih, & kemudian lap penutup kukusan kering2 baru letak balik untuk mengukus. nak lebih selamat, balutle dengan kain..**


      SUKA BIRU?? Ambiklee..

      BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

      Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...