05 Mei, 2011

CEKODOK PISANG KEMBUNG

Ada stok pisang? Moh buat cekodok senang & sedap nih..rasanya cukup lembut &gebu..dalamnya seakan-akan kek yg gebu, walau nama & kejadiannya cuma cekodok a.k.a jemput-jemput..tak caya tryle..Ana buat pun setengah adunan je sebab pisang yang baru masak tak banyak..nanti akan buat lagi sebab yang dapat petang semalam pun sekali hadap je..tak tipu..sedap..sedap..& sedap..ini diakui oleh juri profesional..iaitu suami Ana le..tak boleh tanya juri awam(anak-anak)..nanti semua hangguk je..hehe..Alhamdulillah..

CEKODOK PISANG KEMBUNG

Sumber : kakbesah@myresipi

Bahan-bahan ( 2 piring penuh )


  • 2 cawan pisang lenyek
  • 1 cawan gula pasir @ gula castor *letak 3/4 cawan je
  • 1 penutup soda bikarbonat (1 sudu besar)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung*tak letak
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara


  1. Dlm mangkuk, campur pisang lenyek bersama gula & garam.gaul biar gula larut.
  2. Ayak soda bicarbonate & baking powder dgn penapis teh ke dalam campuran pisang.gaul rata2.pastu masukkan susu & tepung.tambah sedikit lg tepung jika adunan masih lembik.
  3. Panaskan minyak yg banyak, lalu jemput2kan adunan bulat2 kedalmnya. Goreng dgn api sederhana supaya dlm nya masak. Bila kulit luar nmpak garing bleh lah diangkat. 
 
SELAMAT MENCUBA...rugi tak cuba..sedap tau!!

    DONUT KAK BESAH

    Dah banyak hari tak de stok donat kat dapur ni, ni kena mula balik untuk memudahkan anak-anak berbekal ke sekolah kan..kali ni Ana cuba resepi kak besah @ myresipi lak..dapat banyak biji gak ni, lupa nak kira, rangup diluar & lembut di dalam..nak lebihkan kentang pun ok gak rasanya, sebab adunan ni masa mula-mula keluar dari BM agak liat sikit, ingatkan keras ke apa..rupanya tak..elok-elok je nak bentukkan..bila dah banyak hari tak buat, dah siap goreng tu Hannah makan banyak tau..agaknya rindu ngan kuih Ummi dia buat kot..hehe..

    Kepada yang nak mencuba..silakan..Ana kongsikan kat sini yer..

     

    DONUT KAK BESAH

    Sumber : Kak besah@myresipi

    By : AnnaQawina

     

    Bahan-bahan:


    • 600 gm tepung gandum
    • 1 bungkus yis mauripan (1 sdb)
    • 2 biji kentang rebus(+/- 300 grm)*Ana lenyek halus
    • 1 biji telur besar (jika kecil- 2 biji)
    • 1/2 cawan gula pasir (2 sudu besar)
    • 1/2 cawan marjerin (2 sudu besar)
    • 1/2 sudu garam
    • 1/2 cawan air (cawan metrik)
    • 1 sudu susu tepung *tak letak

     Cara-cara

    1. campurkan tepung,susu dan yis kering rata2.
    2. blend dgn blender cili sume bahan2 yg lain. hingga sebati.
    3. uli tepung dgn bahan2 yg diblend tadi hingga kenyal. kalau kurang air - tambah saja, kalau trlembik tambah lg tepung. biar kembang lebih kurang satu jam.
    4. bulat2 kan doh sebesar bola ping pong lalu dileperkn sedikit.biar mengembang sekali lagi lebih kurang sejam.
    5. apabila hendak digoreng buat lubang ditghnya dengn jari.goreng dgn api perlahan supaya dalamnya masak.
    6. tabur dengan gula kaster/halus atau salut dengan coklat.. 

    Cara Ana :  
    Masukkan semua dalam BM
    -air-telur-marjerin-kentang-tepung-yis & gula-garam-On Bm sampai siap
    -Teruskan dengan step 4 hingga siap


    SELAMAT MENCUBA

    PERTANDINGAN DONAT TERCANTIK

    ANJURAN BLOG KAK ZALIN
    Header dari blog Kak Zalin..izin copy ye kak

     
    Nak kata donat kita cantik tu rasanya jauh ayam dari pemanggang..hehe..tapi sekadar suka-suka join contest ni, hadiah pun menarik, kepada kawan2 yang suka buat donat, yang buat jarang-jarang pun elokla join sama.sama-sama kita meriahkan ye..
     
    Syarat-syarat :

    1.Sapa2 pun leh masuk pertandingan ni...kan?? senang..
     
    2.Kena ambik 2 keping gambar...gambar masa buat donat dan gambar masa donat tu dah hias cantik..
     
    Ini jela gambar yang dipertaruhkan..hehe...
     
    proses membulatkan donat
    buat lubang guna jari je..
    ter'over' make-up lak...
     
    3.Tinggalkan link kat bahagian komen...nanti kita tengok...ok!!
     
    4.Sapa2 yg takde blog, tag gambar korang tu kat fb pun boleh juga...
     
    5.Hadiah menarik menanti pemenang Donat tercantik..^_^
     
    Tarikh tutup pertandingan ialah 15 Mei 2011..
    HADIAHNYA boleh tgk SINI
     
    Ok..kak Zalin..terlebih gambar takpe kan..hihi..selamat maju jaya kepada yang join..!! 

    30 April, 2011

    KEK PISANG MakLang

    Assalamualaikum

    Petang nanti kami nak bercuti di kampung halaman suami, menjenguk bapa mertua & saudara mara terdekat, dah agak lama juga tak balik, kali ni buat kek pisang konon2nya untuk bawa balik kampung le, tapi bila dah siap bakar, teringin lak nak cuba rasa, dah potong sikit, nak lagi..anak2 Ana iaitu Damia & Hannah pun suka, lepas suami balik hidang jela buat minum petang, pagi ni dah habis..hehe..malam tadi buat kek pisang lain untuk buah tangan ke kampung..apa nak buat, dah sedap..Ana jumpa resepi mudah ni kat blog Kak CT..sedap tau..cubalah kalau ada pisang yer..


    Ana letak nama MakLang kat nama kek pisang ni, sebab banyak sangat resepi kek pisang kan, senang nak buat rujukan..



    Kek Pisang MakLang
    Sumber : MakLang & Yatie Cooking

    Bahan-bahan :
    • 2 cawan tepung naik sendiri *Ana guna tpg gandum + 1sdt baking powder + secubit garam
    • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
    • 3/4 cawan gula
    • 2 biji telur
    • 1 1/2 cawan pisang emas dilenyek (saya ubah suai bubuh lebih sikit)
    • 1/2 cawan minyak
    • sedikit esen pisang..*takde, letak esen vanila je
    • 50 grm coklat rice *Ikut kak CT
    CARA MEMBUATNYA:
    • Ayak tepung + baking powder + soda bikarbonat + garam
    • Pukul telur & gula hingga kembang
    • Kemudian masukkan pisang & esen
    • Masukkan minyak
    • Akhir sekali tepung bersama yang diayak tadi.
    • Tambahkan coklat rice, *masa ni kacau guna senduk je.
    • Bakar/kukus *Ana bakar 180'C 40 minit..(30 minit pertama guna api bawah, minit selebihnya buka api atas bawah)
    •  **sedap kek ni tau..

    29 April, 2011

    GULAI IKAN KELANTAN

    Assalamualaikum.

    Sudah lewat tengah malam, baru sempat nak update blog kesayangan hamba ni..ada urusan yang hendak diselesaikan di siang hari..huhu..esok kami becadang nak balik kampung suami..nak jugakla buat sesuatu sebagai buah tangan untuk ayah kesayangan suami ni..tak lain tak bukan cuma kek pisang, yang menjadi kegemarannya..hehe..perihal kek pisang tu kendian kita citer ek..dah tengah malam ni, takde sape nak baca celoteh panjang ala-ala karangan tingkatan 6 pun kan..

     

    Ini menu petang tadi, sambil2 buat kek, masak siap2 untuk makan malam..gulai asas untuk rakyat Kelantan..hehe..tapi Ana ni bukan pandai sangat nak buat, kena rujuk resepi gak..kadang tu tanya kakak..harini nak kongsikan kat sini..sedap tau..anak-anak Ana yang kurang gemar makan lauk2 gulai pun menambah-nambah makan nasi, sedap kuah & lauk katanya..cuma takde timun sebagai penambah seri..

    Hidangan bersama ialah terung goreng bersambal..terung panjang yg digoreng sebentar, kemudian masak sambal macam biasala, cuma tak payah tambah air,  letak atas terung..sedap..

     

    RESEPI GULAI IKAN

    Sumber: Makyong@Myresipi

    Bahan-bahan ( 2-3 orang )


    • 2 ekor ikan kembung- (apa2 jenis ikan pun tak pe)
    • 1cm lengkuas
    • 1cm kunyit
    • 1 sudu besar cili giling
    • 1 keping asam gelugur/keping
    • 3-4 biiji bawang merah
    • 1 ulas bawang putih
    • 1 biji timun
    • 3 biji lada hijau
    • 1/2 biji kelapa-ambik santan

    Cara-cara 

    1. Bersihkan ikan dan ketepikan.
    2. Tumbuk lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang ada santan. Masukkan juga asam gelugor. Masak sehingga santan mendidih.
    3. Kemudian masukkan ikan. Biar sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.
    4. Masukkan pula timun yang di potong sepanjang 1- 1.5 cm dan juga lada hijau
    5. Masakkan lagi dalam 3-4 minit. Kemudian padamkan api. 
    6. Hidangkan...selamat mencuba..

      28 April, 2011

      YOGURT STEAMED CUPCAKES

      Assalamualaikum..
      Alhamdulillah, hari ini masih dapat meghirup udara di bumi nan indah..apa khabar semua yang bertandang? Harap sihat walafiat hendaknya..sedikit renungan untuk kita hayati bersama pada hari ini :

      "..Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -H.R. Ahmad-..renung-renungkan & selamat beramal..^_^

      JOM SARAPAN...


      Dah sarapan? Kami harini sarapan kuih baulu kukus lebih kurangnya..apam pun ya..dengan nama asalnya 'cupcakes'.. edisi menghabiskan stok yogurt tu, nak buatnya sesenang menulis A B C...mix sebati semua sekali bahan-bahan tu & kukus..Ana jumpa resepi ni kat blog Rima yang femes dengan macam-macam masakan tu..masa buat ni rasa takut jugak sebab tengok yang Rima buat nampak mekar cantik, kang kita buat tak mekar, kecewa lak nanti..hehe..tawakal jela malam tadi sambil kukus kuih ni..kukusan pertama kuih tak mekar sangat walaupun lembut, nampak nak mekar je, mungkin masa tu air kukusan belum betul2 panas menggelegak kan..bila siap kukusan ke dua...& buka penutup kukusan..Ya Allah...terlopong sekejap diriku ini, maklum le tak pernah tengok apam yang dibikin sendiri mekar semekar-mekarnya..huhu..jakun pun adoo..tersengih2 tunjuk kat suami & bagi dia rasa..hmmm..lembut sesangat..

      Tapi masa tu ada gak kejadian yang tak diingini berlaku..air kukusan kering kontang..terbau hangit je..cepat2 tutup api dapur..biar sejuk sikit & tambah air & kukus lagi selebihnya..Alhamdulillah hasilnya begitu menggembirakan..lembut & putih bersih warna bahagian yang bawah tu..

      Kat sini nak kongsikan resepinya yang Ana dah olah2 sikit, hihi...mandai2 je..lagipun senang nak buat rujukan, adunannya hanya buat separuh dari adunan resepi tu, dapat lebih kurang  7 biji cup saiz sederhana & 20 biji cup kecil..kuantiti gula pun dah dikurangkan lbh krg 3 sdb, tapi bila makan tadi rasa agak terlebih manis , lain kali kalau nak buat kena kurangkan lagi gula tu..bagi yang tak suka manis-manis la kan..


      YOGURT STEAMED  CUPCAKES
      Sumber : AnnaQawina

      bahan-bahan : *Ana buat separuh je*
      • 2 cawan gula castor ..kurangkan..
      • 1 sdt ovallete
      • 2 cawan tepung gandum
      • 1 cawan yogurt asli
      • 2 biji telur
      • 1/2 sdt double action baking powder
      • 1 sdt serbuk koko
      • 1 sdt pes coklat

      Cara-cara :
      • Campur semua bahan di atas dalam mixer.
      • Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
      • Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
      • Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) & campurkan serbuk koko & pes coklat, gaul sebati.
      • Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
      • Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
      • Sejukkan & simpan dalam bekas tertutup..
      **Pes coklat & serbuk koko boleh diganti dengfan apa bahan lain jika inginkan kelainan..cth : jem/filling..& pewarna kesukaan**

      **KENA GUNA API YANG BESAR UNTUK MENDAPATKAN APAM/KUIH YANG MEKAR, & PASTIKAN AIR KUKUSAN BETUL2 MENDIDIH BARU DILETAKKAN KUIH..**

      **Penutup kukusan tu Ana tak balut dengan towel pun, tapi pastikan, masa nak buka penutup, air tidak menitik ke atas kuih, nak lebih selamat, balutle dengan towel kan..**

      SELAMAT MENCUBA

      27 April, 2011

      MUFFIN COKLAT YOGURT

      Hmmm..masih dalam mood rajin nak update..hehe...pagi tadi godek muffin lagi, kali ni jugak masih berasaskan yogurt sebab nak habiskan yogurt yang dah bukak botol tuh, nak telan gitu je tak tertelan weii sebab yogurt plain kan, kalau yang berperisa & ada buah-buahan sikit tu jap je licin..


      Kali ni masih menceduk resepi dari Ratu Muffin..siapa?? haha..sapa tuh dia tau ler..kihkih...jagan marah yer Zah..nanti cepat tuo..itu kata anak Ana si Damia tu kalau kita marah-marah kat dia..walhal dah buat salah, tentu le kena marah kan..ada je alasan dia tak nak kena marah..Masa buat muffin ni tengok2 susu cair dah habis, susu segar lagi ler..malas nak menapak turun ke kedai, dengan selamba badak je bancuh susu tepung Dugro anak..bertuah punya mak..takpe..kiranya khasiat susu ada dalam muffin tu kan..pandaile..


      Ok, Izah..meh makan muffin nih, sebab ko dah share resepi yang anak-anak Ana suka..memang sungguh lembut, kali ni Ana bakar guna api atas bawah (sbnrnya oven ni kalau buka api atas cepat je hangus, jadi selalu le jenguk oven), sedang elok masaknya, tak sampai 20 minit dah angkat..kalau perasan le, muffin cup tu Ana potong sikit bagi rendah..heheh..kalau tak potong sah-sah dapat 7/ 8 bijik je, ini dah potong dapat banyak gak..edisi jimat cermat ke apa ni...hehe..


      Meh kita semak resepi yer..kalau rajin buatle..puas hati..jangan risau, takde rasa masam yogurt dalam muffin tuh..nak buat pun alahai..senang je..
      MUFFIN COKLAT YOGURT
      Sumber : izahdaut
      Sumber : AnnaQawina
      • 1 cwn tepung
      • 1/2 cwn serbuk koko
      • 1 sk baking powder
      • 1 sk soda
      • 1 sk nescafe *tak letak
      • secubit garam
      • 3/4 cwn gula
      • 1/2 cwn minyak
      • 1/2 cwn yogurt
      • 1/8 cwn susu segar(lbh krg 4 sdb) *guna susu tepung dibancuh dengan air
      • 1 biji telur
      • 1/4 lebih sikit air panas

      Cara-cara :
      • Satukan semua bahan kering. Gaul rata.
      • Satukan bahan basah kecuali air panas. Gaul sebati.
      • Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering. Sebatikan.
      • Akhirnya masukkan air panas. Sebatikan.
      • Masukkan ke dalam muffin cup dan bakor pada suhu 180 selama 25 minit. *bergantung juga kepada oven anda

      BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

      Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...