Lewat pulak masuk kat sini, sambil2 tunggu Asar sempatla update 1 n3 kat blog..hehe
lauk 2 hari lepas kot, sehari selepas Kak Ayu siarkan kat blog beliau yang sememangnya mengancam itu..simple dish for my kids & husband..Alhamdulillah berkeriuk2 mangkuk lauk tu anak2 kecil saya sudu..haha..cuma saya tak buat pedas, letak cili hijau besar je 1 biji, sebab nak bagi Azalea makan ikan tu. Terima kasih Kak Ayu & Chef Asma..
- 1/2 kilo ikan selar(ikan lain pun boleh)
- 1 labu bawang besar-(Ayu guna 2 biji)
- 2 biji bawang merah (hiris halus)
- 2 biji bawang putih (hiris)
- sedikit halia(hiris )
- sebatang serai(diketuk)
- 2 biji lada merah hiris
- 5-6 biji cili api-(Ayu lebihkan lagi)
- sedikit daun sop
- sebiji tomato dipotong baji
- 4 sudu besar santan pekat-(Ayu tambah)
- 2 sudu besar sos tiram-(Ayu tambah)
- garam dan perasa dan jus asam jawa
- bersihkan ikan,basuh lumurkan dengan kunyit dan garam goreng hingga garing.ketepikan
- panaskan minyak,tumis semua bahan dihiris,kecuali tomato dan cili api.
- kacau hingga naik minyak,masukkan garam air asam, santan, sos tiram dan perasa,biar kuah agak pekat masukkan tomato,daun sop dan cili api.perasakan..matikan api dan masukkan ikan goreng tadi..kacau rata.
- bolehlah dihidang.
4 ulasan:
assaalm anna,
hehehe sampai keriut2 ya budak2 tu makan..alhamdullilah shukur...simple aje lauknya kan..thank u anna, sudi link & cuba ya..thank u buat kak asma juga...;)
sedap..next time blh try tambah mcm resepi ni..
wahhh! sedapnye masakan! silalahhh ke blog kte. bolehlah kite berkongsi resepi di blog saya! :)
Walkmslm Kak Ayu : Alhamdulillah. Perkongsian yg bermanfaat..
Rizziela : Selamat mencuba..nnt jemput kita
ya..hehe
Nina :InsyaAllah saya jenguk blog Nina ya..tq bw sinj..😊
Catat Ulasan