18 Disember, 2014

Asam Pedas Tempoyak (Klate punya stail)

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah masih diberi kesempatan disini, lemau tetap ada tapi sayang pulak nak biarkan blog tak dihapdet kan, dahla suam2 je kita ni, karang langsung orang tak hengat..kesiaann..
Edisi rindu kampung halaman yang masih melekat kuat dihati nan suci ini (@_@), saya tayang gambar lauk kat kampung haritu, 'Mek' masak, kita jadi pemerhati ala-ala PBB..eheee
Versi 'Mek' saya, tak taule kenapa asam pedas namanya, mungkin sebab masam tempoyak campur dengan lada burung(cili api), tak sama dengan asam pedas merah orang luar kan..apapun masakan bonda tercinta tetap menjadi poojaaaann hati hamba..ngeheee

Masak kat kampung sangatla seronok walau menunya biasa2 aje dong!! Apa tidaknya, daun kesum tepi rumah, bunga kantan yang kat bandar 'mahal supo bedil' (peribahasa ore Klate) kat depan laman je, lengkuas korek je sikit kalau nak guna, tak payah nak susah payah beli sekarung plastik pastu gunanya seinci dua pastu kering terabai..hehe

Pendek cerita, kosnya murah, macam2 boleh letak, segar dari ladang gitueeww..eh 'Mek' 'Ayoh' saya tanam macam2 kat tepi rumah, siapla kalau balik kampung banyak benda dikirim masuk bonet kereta..sampai rumah biar je tak guna pon sesetengah bahan tu, sayang sungguh kan, cuba kalau sendiri beli? Mau sampai ke ranting kesum kita tibai..kehkeh


Kuah seperiuk jangan risau tak habis, yang pasti hampir licin di'timba' anak-anak kami..kuah mesti lebih, lauk seketul takpe sebab diaorang bukan beria sangat makan lauk, jimat kan? 
Sangat panjang cerita harini, mehla kita tengok apa bahan 'Mek' kita campak dalam periuk ni..

Resepi Asam Pedas Tempoyak
Bahan-bahan :
  • 1 ekor Ikan ( apa2 jenis ikan jela)
  • 5 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 senduk nasi tempoyak (ikut suka nak lebih pon blh)
  • 2 kuntum Bungan kantan - dihiris @ belah 4
  • 1 genggam cili padi - tumbuk kasar bagi pecah2.
  • Daun kesum
  • 1 keping asam keping
  • Air secukupnya
  • Garam & gula secukup rasa

Cara-cara :
  • Bersihkan ikan & potong sederhana besar, masukkan dalam periuk.
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk ikan tadi kecuali garam & gula
  • Biarkan mendidih & ikan masak sempurna, masukkan garam & gula secukup rasa.
  • Siap. Jemput makan..
Hujan2 ni asyik nak Zzzzz je kan, mehla kita bakar2 kek..order dah berderet, tapi tengok oven rasa takde perasaan ajer..hahaa...tataaaa

4 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Ohhh.... ini asam pedas versi sana ye. Kalau di Johor asam pedas kami guna cili kering yg diblend. Tapi daun kesum dan bunga kantan tu adalah juga..

Mak masak memang sedaplah:)

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Sedapnya asam pedas tempoyak Anna... terliur akak tengok pagi2 ni Anna :)

adda syuhada berkata...

Sodap pulak tengok pepagi ni k.anna.. ada lagi ke.. minta semangkuk ehe :)

Unknown berkata...

sedak ni kalau ada tempoyak bersti bertambah nasik

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...