16 Mei, 2012

SELAMAT HARI GURU..Kek Coklat Moist

Assalamualaikum

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU/CIKGU/PENSYARAH..SEMUA PENDIDIK ANAK BANGSA..BUAT IBU2 & BAPA2 JUGA ANDA ADALAH GURU TERBAIK DI DUNIA..TERIMA KASIH MAK AYAH, GURU PERTAMA KITA..SEMOGA KEHIDUPAN KALIAN DALAM RAHMAT ALLAH SENTIASA..SEGALA JASA & ILMU DICURAH BUAT KAMI & JUGA ANAK-ANAK KAMI AMAT BESAR NILAINYA..TERIMA KASIH CIKGU!!

pheewww..panjang gak perutusan hari guru ambe nih..tepuk tangan la sket..hehe..



Jom layan kek coklat moist yang Ana buat untuk Damia bawa ke tadika harini..Resepi kek coklat ni memang sedap yer..resepi nilah yang Ana selalu guna untuk kek jualan..macam2 boleh dipelbagaikan, nak lapis cheese, nak layer letak krim, nak buat trifle..semua guna resepi ni ok..sedap tak sedap kena cuba, takpun try tanya IZAHDAUT tu, dia pun setuju akan kesedapan kek ni..eh..suami saya pun suka pulak kek ni, sedang elok manis katanya..yelah bang..tak puji kang ada yang muncung..hehe

KEK COKLAT KUKUS (Chef Hanieliza)
Sumber : Chef Hanieliza
 
Bahan-bahan :
 
Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum - diayak
  • 1 cawan serbuk koko - diayak
  • 1 s/k baking powder - diayakkan
  • 1/2 s/k soda bikarbonat - diayak
 
Bahan B
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan butter cair
  • 1 cawan air panas
  • 2 cawan gula perang
 
Bahan C
  • 4 biji telur 
  • 1 s/k esen vanilla -  kacau rata dengan telur
 
Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
  2. Masukkan semua bahan (A) yg diayakkan dalam mangkuk.
  3. Masukkan bahan (B) dalam mangkuk yg berisi bahan (A) tadi.
  4. Masukkan telur (C) dan kacau adunan sehingga sebati.
  5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
  6. Sejukkan dan hiaskan ikut suka.
  7. Ana kukus menggunakan 2 loyang sama saiz, dah sejuk tuangkan coklat ganache di atas lapisan pertama & letak lapisan kek yang ke 2.
  8. Simpan sejuk dalam peti ais selama sejam lebih kurang agar kek melekat elok bila dipotong.
  9. Bila dah sejuk, tuang ganache ke atas seluruh kek, biarkan ganache mengeras (boleh masukkan dalam peti ais sekejap), kemudian hiaskan dengan krim mentega.


RESEPI COKLAT GANACHE (Cik Mat Gebu):
  • 200 grm coklat masakan
  • 100 ml susu cair @ 150 ml whipping cream
  • 1 sdt butter

Cara-cara :
  • Didihkan susu bersama coklat yang dipotong halus
  • Agak-agak coklat dah mencair, tutup api dan teruskan mengacau sehingga coklat larut sepenuhnya & tambahkan butter.
  • Kacau sebati.

RESEPI KRIM MENTEGA 'UMIE'
Sumber : Umie@myresepi (tak jumpa cari link lak)
saja nak cuba resepi lain pulak, ok jugak resepi ni..

Bahan-bahan :
  • 250 grm butter
  • 150 grm shortening
  • 250 grm gula icing (ayak)
  • 2 sdb susu cair/susu segar **optional

Cara-cara :
  • Pukul semua bahan kecuali susu sehingga kembang & putih gebu.
  • Kalau kurang lembut baru tambah susu sedikit demi sedikit sehingga dapat tekstur yang diingini.
  • Letak pewarna kesukaan & bolehlah menghias kek anda.
  • **Ana tak letak susu, sedang elok je..

SELAMAT MENCUBA..takmo cuba nak order buleh sajee..
Sekian..:D



14 ulasan:

Qhaifa Nur berkata...

rajinnya buat kek....
tentu cikgu suka nih...

Tanpa Nama berkata...

cantikkk!!!

mala berkata...

best jadi cikgu sekarang ..

tun_telani berkata...

wah.. mesti gembira cikgu2 damia ye.

FnF Simple Life berkata...

best nye cikgu dapat makan kek sedap...

putriyzaalovings@Riza Suri Hati berkata...

sedapppppnya.menarik hati.klu tak pasti kek ni rezeki ke irdina putri.....huhuhu.......

putriyzaalovings@Riza Suri Hati berkata...

sedapppppnya.menarik hati.klu tak pasti kek ni rezeki ke irdina putri.....huhuhu.......

Mama Hawa/Mama Nani berkata...

perghhh senja2 dtg sini nk tgk kek moist utk hari ibu...
nie kalau bakar okay tak Anna? mama takde kukusan besar lah!!

Unknown berkata...

untungnya cikgu dpt mama macam mama damia tu kan kek nya sedap dan menarik lagi dengan deco2 segala,kalau dekat akak pun nk tempah je malas nak buat hehe

Unknown berkata...

wahh cunnya kek tu anna..resepi kek coklat kukus kak liza tu memang terbaik dah pernah buat jual juga masa jualan amal masa dok Dhaka 5thn lepas dulu..hehe

Love2cook Malaysia berkata...

Wow completely speechless la Anna. Cun betul kek tu...love tak reti nak deco2 sampai bila2 pun. Kekeke

ibundo berkata...

jamuan hari guru tadika bundo minggu depan. Haha.. cikgu cikgu berpesta kek selalunya.

HaSue berkata...

ana,aku dtg...aku dtg.. Kek ada lg x?lorh,tuk cekgu je ke?aku nyer mane?huehue...
Resepi ni lbh krg cam kek ceklat chef zubaidah yer na?kemain cun kek ko tuh

Sheery Dream Cakes berkata...

anna...
comelnya kek tu anna... pandai anna deco kek ... kalu dkt akak pun nak order dr anna tau...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...