Assalamualaikum
Sarapan pagi Ahad, dah agak lama En.BM bercuti, dah berhabuk pun, sian ia kan..bila tengok ramai kawan2 yang baru beli Bread Maker (BM), tergerak hati nak uli roti..hehe..maklumle, teringat kita masa mula2 dapat BM dulu, hari-hari buat roti @ donat..kiranya takde hari cuti bagi En.BM itu..bekerjalah ia sekuatnya..*sila nyanyi sikit ala2 lagu patriotik yer*
Kelmarin nampak Pn.Yani tayang roti Mayonis, bahan yang mudah, kebetulan water roux yang buat untuk letak dalam pau masih berbaki & akan luput kegunaannya haritu (water roux tak boleh simpan lebih dari 3 hari kan), maka terhasillah ini roti..bab mayonis ni kat rumah memang sentiasa ada stok, rasanya tak pernah putus Mayonis Jasma ni..Memang sedap roti ni, petang semalam pun masih lembut tak jejas sikit pun, sedap tau..kawan2 mesti cuba, doh nampak macam lembik tapi bila kita nak bentukkan takde masalah pun, kenyal je.
Meh kita tengok cemana nak buat..eh..salin resepi dulu ye..takde En.BM sila uli pakai lengan tangan eh..harap maklum. Terima kasih buat Yani, simpan resepi kat sini lak aih..hallalan toyyiban yer puan..hehe
ROTI MAYONIS
Sumber : Pn.Yani@Deco Choco
Bahan-bahan:
- 300g tepung roti
- 110g air
- 50g water roux
- 50g mayonis
- 45g gula
- 45g marjerin/butter
- 1 sudu kecil yis
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu besar susu tepung *tak letak
- Masuk semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh dan ON. (kalau brand Cosway tu pilih no.7 ye, 1 jam 30 mnt)
- Keluarkan doh... tumbuk2 utk keluarkan angin.
- Bahagikan doh kepada bentuk-bentuk kecik *Ana timbang 30g stp doh
- Biar naik 2 kali ganda sebelum dibakar
- Bakar dgn suhu 180 degree selama 12-15 minit *Ana bakar api bawah dulu 10 minit, kemudian teruskan hingga masak guna api atas bawah.
- *Selepas dah masak, Ana sapu sedikit marjerin atas roti
**Disebabkan masa uli roti ni, dah agak lewat malam, jadi nak cepatkan doh naik, Ana letak loyang roti dalam oven, apit di kiri kanannya dgn cawan berisi air panas, biarkan ia meruap dalam oven tu, cepat je naik & boleh bakar..*JGN LUPA KELUARKAN CAWAN AIR TU SEBELUM ON OVEN YE..hehe..kang meletop lak..
Ok..selamat menjamu mata..nak jamu perut roti dah ilang tah mana dah..hehe..g godek sendiri.
SELAMAT MENCUBA..^_^
Ok..selamat menjamu mata..nak jamu perut roti dah ilang tah mana dah..hehe..g godek sendiri.
SELAMAT MENCUBA..^_^
9 ulasan:
As'salam Anna
lamanya tak buat roti. bila tengok roti ni macam nak mengerah BM kat rumah gak..hihi
Tumpang lalu sambil grabbing some buns over! Looks super fluffy and yumm lor :)
anna..berkedut2 roti kau tu....
hmmm...memang lembuttt gebu roti tu...
aku pun memang plan nak buat gak roti ni..
tergoda lagi nengok roti kau ...
Anna..ooo..Anna.. bila nak slow down jogging di dapur ni?? Bukan lagi sebulan lebih ker lagi nak due...Nak roti ana..
alahaii.. lama nyer x meroti.. maleh betol nk menguli.. pinjam enchik BM sebulan! hehe
BM saya lagiiiiii lama bertapa. Entah bila nak kena kerah tenaga.
salam Anna..htr kat umah k.atie roti 3 ketui yer...
Salam Kak Anna!!! i likeeeee roti kedut2 tak yah pakai SK pun tak pe mmg suke kedut2 gitu! sbb dah tahu mmg lembut! masuk list masuk list hihihi mintak 3 ketul dulu buat2 ngunyah masa blogwalking :D macehhh!
suke nyer aku tengok roti kedut2 gitu. nampak lembuttt je... ah nak buat jugak ah ah
Catat Ulasan