24 Jun, 2011

Non Baked Cheesecake - KEK KEJU KORDIAL ANGGUR

Assalamualaikum w.b.t

Salam ukhwah buat teman-teman yang bertandang, walau tuan rumah asyik letak status bizi je sejak kebelakangan ni kan..tak habis-habis..hehe..bizi kita kerana beberapa hal..Alhamdulillah dapat juga jenguk kawan-kawan & terima kasih buat yg bertanya khabar..Hari ini, akhirnya ke'bizian' itu terjawab...buat kek rupanya..alaaa...itu pun nak kecoh kan..haha..mesti Izah takpun HaSue kata gitu...ooo..Izah dah dapat title 'mak labu' yer...hehe

ok...berbalik kepada bebizian yg tak habis2 tu, selepas seorang kakak yg baik hati lagi cantik & masih muda jelita tu walau dah ada anak bujang..ehem..sapo lak aihh..dgn seihklas hatinya mengirimkan sekotak Gelatin HALAGEL yang susah benar nak dapat masa pergi hypermarket haritu..kita pun berangan2 nak buat cheesecake..cari punya cari resepi, kebanyakan bahan takde dalam simpanan, bukan tak nak beli, tapi memikirkan keadaan yg dah tak mengizinkan ni, risau juga kalau beli freash cream ke..benda2 yng jarang2 guna kan, lama-lama rosak lak..dalam pantang mana boleh tengok benda2 tu kan..kan..makan tak boleh..tengok pun tak bolehla...hehe..akhirnya teringat dalam majalah lama ada resepi yang simple2, tapi dah lupa tahun & bulan bila..maknanya..kena selongkar balik majalah satu demi satu..haaaa...sape lak nak kemas tuh? *blom kemas balik lg ni..*..maka jumpalah resepi ni..mata dah terbayang akan kejadiannya, tiba-tiba..*jeng...bunyi muzik suspen..* seorang Ratu Desert iaitu Kak Nor@Secubit Garam menayangkan menunya yang membuatkan "hijau mata biru Hasue.."..waaaahh...sebijik le lebih kurang resepi tu..makin semangat nak buat sebab Kak Nor dah buktikan kejadian cheesecake itu..walau ada beza sikit2..tapi semangat tu penting kan Kak Nor? *Kak Nor dah angguk dah..*..hehe..


Haaa..tu baru muqaddimah..makaiihh..punyala berjela, maklum dah berapa hari dah tak bebel kat sini..hihi..kali ni kita keluarkan kek yang masih segar ni, En.Somi & anak-anak bujang belum balik lagi..tengok pun belum ni..tapi tukang buat bersama anak dara berdua ni dah balun 2 potong..aduuuiii..sedap amat..tak muak..bahan yang ringkas & mudah didapati..bolehla cuba ya..


Ana takde loyang yg boleh buka dasarnya..cuma guna loyang biasa & lapik dgn alum.foil kemas2 dalamnya..Alhamdulillah..nak keluarkan kek tu pun senang, angkat alum.foil tu je, jgn bg koyak sudahla..hmm..nak kecek2 sikit org sebelah ni utk beli loyang khas tuk cheesecake kena tengok selera diaorang dulu, klau dapat sambutan bolehla kot..kot la..tak pasti lagi....hehe..

Ok, ini resepinya..kalau nak tengok versi epal cun melecun boleh tengok kat dapo Kak Nor..

KEK KEJU KORDIAL ANGGUR
Sumber : Resepi GlaxoSmithKline(Ribena)@Majalah SDK Jan.2008

Bahan-bahan:

A) Lapisan Dasar :
  • 150 grm biskut digestive *Guna biskut Merrie je* - dihancurkan halus
  • 60 grm mentega - dibiarkan lembut pd suhu bilik selama 15 minit

B) Inti (kek)
  • 100 ml air
  • 2 sdb butiran gelatin Halagel
  • 1 blok (250 g) keju krim, dibiarkan lembut pd suhu bilik
  • 75 grm gula castor
  • 250 ml yogurt asli *
  • 50 ml yogurt *Ana guna yogurt asli juga
  • 75 ml kordial Ribena *Ana guna kordial anggur biasa je
  • Sedikit pewarna ungu *opt. ini Ana tambah

C) Hiasan :
  • 100 ml air
  • 2 sdk butiran gelatin Halagel
  • 80 ml kordial Ribena/amggur
  • 2 sdk blueberry paste *Ana tambah


Cara-cara :

LAPISAN DASAR : 
  • Gabungkan biskut yg dihancurkan dgn mentega di dalam mangkuk. Kemudian ratakan pada dasar acuan berukuran 20/22 cm (dgn bhgn dasar boleh dikeluarkan) & tekan dgn menggunakan bahagian belakang sudu, bagi padat & sejukkan sehingga keras di dalam peti sejuk. Kemudian bolehla diletakkan adunan kek/inti.

INTI/KEK :
  • Sukat air (100 ml) ke dalam mangkuk & renjiskan gelatin (jgn kacau). Birkan selama 10 minit utk membolehkan gelatin kembang. 
  • Kemudian letakkan mangkuk gelatin tadi ke dalam mangkuk besar berisi air panas (utk mencairkan gelatin). Setelah gelatin cair, alihkannya daripada mangkuk ir panas & biarkan sejuk pada suhu bilik.
  • Kemudian, pukul krim keju & gula sehingga halus & berkrim.
  • Masukkan gelatin tadi bersama 250 ml yogurt, kacau sebati.
  • Sukat keluar 300 ml adunan tdi ke dalam mangkuk lain & campurkan dgn 75 ml kordial Ribena/anggur. *tambahkan pewarna ungu & kacau*
  • Baki bancuhan tadi campurkan dgn 50 ml yogurt lagi.
  • Letakkan ke dua-dua bancuhan ini berselang seli, (guna senduk kecil) ke atas lapisan dasar yang dah keras tadi.  Ana mulakan dgn adunan warna asal & berakhir dgn adunan kordial..
  • Buat sehingga habis & sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam..Ana simpan peti ais sehari semalam..hehe

HIASAN :
  • Sukat air (100 ml) ke dalam mangkuk & renjiskan gelatin (jgn kacau). Biarkan selama 10 minit sehinggan gelatin kembang, kemudian letakkan magkuk gelatin tadi ke dalam magkuk berisi air panas. 
  • setelah gelatin mencair, alihkan & biarkan di suhu bilik sehingga sejuk.
  • Campurkan 80 ml kordial ribena/anggur & kacau sebati. biar seketika*Ana tambahkan sedikit blueberry paste*
  • Tuangkan ke atas kek keju tadi yg dah beku & sejukkan sehingga keras (letak dlm peti lbh krg sejam)
ini cara orang takde loyang yang betul..hehe

**Hidangkan kek dalam keadaan sejuk. Teksturnya lebih elok sekiranya dibiarkan pd suhu bilik seketika utk melembutkannya (jika tdk, teksturnya adalah sedikit kenyal)

**Basahkan pisau dgn air panas, kemudian lap kering, baru potong kek, agar kek nampak elok..


Nampak panjang kan..tapi pendek je..baca betul2..hehe..Selamat Mencuba..

15 ulasan:

K.Nor berkata...

bravo2 dah pandai mekyung buat ciskek.. siap ada topping lg tu.. meh sepotong nak rasa lulus ke tak :)

Ummi berkata...

wahhh..nampak sedap banget ..biar pun panjang berjela ..saya tetap pegikut anna yang setia ..

Love2cook Malaysia berkata...

Fuh meleleh air liur tengok kek you dear!!! Few pieces please...parcel erk! :D

Anna Qawina berkata...

kak nor : inspirasi ku..haha..rsanya kena prektis lg kot..eh..ada lgi tu...mbik le kak..kang dibairkan lama2 kat sini, tak larat nak bangun dah saya nanti..hehe

Kak Ummi : aduuhh..pengikut setia apa tu..hehe..akak punya kek lg tak leh nak lawan la..huhu

Love : nak lap air liur ngan towel kecik nih..tak elok org nampak..heheh..

Unknown berkata...

uishhh sedapnya! suka colour belang-belang tu....nk tapau skitla..hehe

tun_telani berkata...

wahhh.. sapa laa akak yg baik hati lg cantik jelita tu ye.. kim salam ye.. hihi..
dasyat aa ciskek kak anna. tahniah! tahniah! nnti raya wat ciskek ni deh.. nk gi makan.. eh, raya ni akak tgh pantang ek? xleh mkn ciskek.. hihi

Lieza berkata...

Anna....akak dtg nih...hidang ler cheese cake tu...cptttt lah anna..akak tunggu nihhhhh..

Ooooo guna aluminium foil yer anna...mmg senang ler akak tgk..anak mesti suka kan...

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

wahhh.. sorang lagi dah tayang kek yg ngancam ni... masa tgk kat umah k.nor ritu mmg terliur habis...

bila duenya nie?

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Anna..yummy dtg sini makan kek!!

Mama Hawa/Mama Nani berkata...

waduh2x!!! best lah tgk kat dapur Anna ni... selama ni tak terfikir nak buat cara tuh pun..gd idean kan. Tapi aluminium ruh tak terkoyak ke bila kena kluarkan dari loyang!!thnks for sharing dear :)

Mas berkata...

anna..nak sepotong..
aku juga tak buat2.....
cantik kek kau tu..

izahdaut berkata...

takut tengok lama2 kek cis ko neh...lariii

Rabiatun Adawyah berkata...

Anna: aduihhhh la...memang teringin nak mkn cheesecake..lama dah tak merasa cheesecake ni..sejak timbang2 dah naik 6kg..hehehe...
ni yg buat tergoda balik nih..huhuhu..
cantik plak berbelang2, siap ada topping lagi tuh..ishhhh..tak boleh jadi ni nampaknyer...

ibundo berkata...

pagi-pagi dah nengok ciskek..lari diet..hehe..

E-na Zarina berkata...

fullamakkkk, cun habis!!

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...