25 Mei, 2011

SEMOGA DIBERKATI DI BUMI SAKURA....

Assalamualaikum..

Malam tadi (24 Mei 2011) Jam 11 malam, terbanglah dia ke negara matahari terbit itu..meneruskan niat murni & matlamat hidupnya di dunia ini..menyambung pengajian & kemudian bekerja di Hamamatsu Shizuoka, Jepun. Terikat dengan kontrak, maka 3 tahun disana, semoga dirinya tabah & cekal hadapi segala rintangan & cabaran di perantauan..Seramai 10 orang kalau tak silap Ana yang terpilih, pandai-pandaila bawa diri yer anak-anak..
Bersama ibunya..

Inilah wajah kabur (sbb snap dari jauh je..) anak saudara Ana, iaitu anak kakak sulung Ana yang bertuah tu..ditaja MARA untuk melebarkan sayapnya & menabur bakti buat keluarganya. Walaupun bukan anak sendiri, tapi dalam hati sayu juga, bergenang juga air mata tatkala doa dibaca sebelum melepaskan mereka, maklumle, hampir setengah tahun dia tinggal dengan kami, sepanjang belajar Pengajian Bahasa Jepun & Kursusnya di KL tempohari..sepanjang disini, dia disukai para jemaah surau, rapat dengan anak-anak kami..terasa macam nak melepaskan anak sendiri pulak kan..harapan kami agar dirinya berjaya dalam bidangnya & sentiasa dilindungi Allah s.w.t hendaknya.. 

Buat M.Hafezal...JUMPA LAGI 3 TAHUN AKAN DATANG...^_^

7 ulasan:

anymz berkata...

selamat pergi dan selamat kembali

anak buah akak tu di Tokyo ana.

Anna Qawina berkata...

InsyaAllah kak Anim..t.kasih..
tak tahu ler kat mana tpt tu..hihi..kita dgr je dia bgtau..huhu...ada rezeki jumpa la kot..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Alah, airmata akak pun turut bergenang ni.. semoga berjaya dlm bidang yang diceburi, Aamiin.

Kak Rose berkata...

Ana, macam tu lah dulu kak rose lepaskan adik... sebak tp 5 tahun disana macam kejap je dah balik... Alhamdullilah dia berjaya mengharunginya.

dan untuk anak buah ana tu kak rose doakan semuga semua nya dipermudahkan, Amin.

Anna Qawina berkata...

terima kasih kak yus..hee...sedih gak kan..tp rela la..

Kak Rose..ye ke gituw..agaknya cemana la kalau lepaskn ank sdri yer...
terima kasih utk doa tu..Amin

Nuridah berkata...

Ana,kak nur pulak yg terasa sedih juga...mudah2an segala urusan dipermudahkan Allah dan berjaya memburu cita2.

Anna Qawina berkata...

Kak Nur : InsyaAllah...mudah2han kan..terima kasih utk doa akak..:)

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...