23 Februari, 2011

NASIK LEMAK HUJAN PANAS

Assalamualaikum..

Pagi ni nak tayang nasik lemak, tapi bukan nasi lemak untuk sarapan, tapi makan malam tadi..hehe..sebelum masuk dapur berperang dengan periuk belanga petang semlam, nampak Kak Ayu buat, sekali sekala layan tekak & mata dengan nasi yang kaler maler, best jugak..kebetulan lauk2 yang nak dimasak pun sesuai sangat dengan nasik lemak...kira senang kerja kan..


Lauknya cuma sambal ikan bilis, ikan sebelah goreng pedas..(jenis yang besar tau..lembut je isinya.)..kangkung tumis dengan petis udang, ada lak keropok ikan..layan ajela...


Meh kita semak resepinya yang Ana teropong kat rumah kak Ayu yang ayu tuh...halalan toyyiban ye kak..hehe..

NASI LEMAK HUJAN PANAS
Sources:-From rinsca@myresipi.com
Copy : Kak Ayu

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • * 2 mug beras (dicuci bersih)
  • * 1/2 mug santan pekat
  • * 2 mug air (ikut jenis beras)
  • * 1 biji bawang putih (di mayang halus)
  • * 1/2 inchi halia (di ketuk / dihiris halus)
  • * 1/2 sudu kecil halba
  • * 1 sudu kecil garam
  • * Sehelai daun pandan
  • * Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
  2. Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
  3. Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.
  4. Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
  5. Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas...tu le sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS.
  6. Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba.

IKAN GORENG SAMBAL
Sources:-From sitiazma@myresipi.com
Copy : Kak Ayu
Bahan-bahan ( 5-6 org )
  • 1 ekor ikan tongkol yang besar - dipotong keping-keping besar.-(Ana guna ikan sebelah jenis besar)
  • Segenggam cili kering (ikut suka pedas)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5-8 ulas bawang merah
  • sedikit sos tomato
  • sedikit belacan (kalau ada)
  • air asam jawa
  • garam,gula sesedap rasa

Cara-cara

  1. Kepingan ikan yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan air hingga tenggelam. Tambah sedikit garam dan 2-3 keping asam keping/gelugor. Rebus sampai mendidih. Angkat dan ditoskan. (jgn lama takut lembik)..Ana goreng kunyit je ikan sebelah..
  2. Goreng ikan tersebut dlm minyak. (supaya ikan pejal dan tidak hancur)
  3. Bawang putih, bawang merah, cili kering ditumbuk atau dikisar.
  4. Dlm kuali yg lain-panaskan minyak. Goreng bahan-bahan kisar tadi hingga garing.
  5. Masukkan belacan,air asam jawa,sos tomato, garam, gula.
  6. Masukkan ikan dan bawang besar yang dimayang.Masak sehingga bawang besar layu. Bolehlah dimakan bersama nasi lemak. 

7 ulasan:

Ayu berkata...

Assalam ana,
HALAL!! HALAL!!..
hehe..macam best gitu masuk colour dalam nasi..alamak ana, berperang dgn periuk belanga..confirm ana yang menang ni..sebab berjaya menyediakan masakan yg best2 tu..hehe thank u sudi cuba..

intan morsalin berkata...

assalamualaikum ana....yummyyy..nasi lmak berlaukkan ikan goreng sambal yer..cam style nasi lemak trg jek...best gak kan skali skala tukar wajah nasi lmak...tqvm tuan punya idea...

Anna Qawina berkata...

kak ayu..hehe

intan : mmg rsp dari trgnu kata kak ayu tu...try le wt kaler2 nasik sesekali kan..meriah sikit..hehe

Kak Rose berkata...

semalam nampak kat s'pore... dah nyeberang tambak dah... bila nak sampai shah alam nih?

izahdaut berkata...

anna..
laju nyer ko..dah buat dah ek..lawo lak kalerpul tu..nak try gak la weh nanti..menarik tu..

Mas berkata...

wahhh..cepatnya sampai ...cantikkk..
baru semalam mas tengok kak ayu buat...
nanti mas pun nak buat tau..he..he..

Anna Qawina berkata...

kak rose : hihi...seberang tambak tu dkt je kan..klik2 je dah sampai..hehe

Izah : kebetulan masa tu nak masak nasik, lauk pauk yg nak buat pun lbh krg sma lak..taram jel..hihi

mas : buat tu pehtu hantar 2 pinggan yer..1 pinggan tak cukup...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...