27 Disember, 2010

NASI PLANTA & gandingannya yg mantop!!

Assalamulaikum

Ni menu hari apa tah, hehe..tiba2 tekak rasa nak makan nasi planta lak, cari2 resepi yang mudah jumpa kat blog Rasa Online tengah mengidam nak makan-makan ni kena cuba buat selagi termampu, kalau tak mampu (tak jadi) baik beli jer..heheh..rasanya ok le ni..Alhamdulillah

Sedap juga sekali sekala makan nasi ni, Ana cuma buatkan sup ayam (sebab rebus tulang ayam untuk stok ayam kan), pastu makan dengan Ayam Masak Kari Kering..memang sesuwaiii..

Resepi ayam ni dah ada kat sini..terima kasih buat Kak Nor utk resepi yang tah ke berapa kali dah cuba nih..

RESEPI NASI PLANTA ::

Bahan-bahan:
  • 1kg beras
  • 1.3 liter stok ayam
  • 80gm bawang putih
  • 50gm bawang besar
  • 220gm Marjerin Planta
  • 20gm daun pandan
  • 30gm serbuk Pati Ayam Knorr
  • 20gm kismis
  • 40gm gajus | dibakar..Ana guna badam cincang

Cara memasak:
1. Didihkan air stok ayam bersama Marjerin Planta , bawang merah, bawang putih dan juga daun pandan.
2. Kemudian masukkan beras bersama serbuk Pati Ayam Knorr dan kacau rata.
3. Biarkan nasi hingga masak.
4. Apabila nasi masak, taburkan kismis dan gajus di atasnya. Gaulkan rata sebelum sedia dihidang.

SELAMAT MENCUBA (",)

2 ulasan:

Mas berkata...

ana pun bnyk kali wat ayam msk kari kering ni, mas pun nk cuba gak nnti..mesti sedaaapp kan anna, memang kena makan ngan nasi planta tu...

Anna Qawina berkata...

Mas : hehe..senang & sedap tu yg nak buat je...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...