Selasa, 28 Disember 2010

COFFEE BUTTER CAKE

Assalamualaikum w.b.t


Bersiaran lagi, kan dah kata harini rajin teramat nak meng'update'..hehe..kek ni dah abes, jgn mintak2 lg haaa...
Resepi asas plain butter cake dari rakan Fb..Sue Aleen, Ana tambah serbuk kopi dalam adunan tepung.. bila dah masak kek ni besar juga, Ana guna loyang bulat 9 inci, pastu dah sejuk, potong 2, letak cream, salut semuanya dengan cream kopi lak...heheh..mau berlemak2 badan nih...

Abaikanle deco yang dah sah2 keras tangan, saje nak perabihkan cream lebihan kek haritu..cuma tambah esen kopi bagi rasa & bau yg wangi...

Heheheeee...gelak kuat-kuat takpe, tak marah pong...haha..kena masuk kelas deco kek nih..tapi tekstur kek ni lembut, senang nak buat & bau kopi tu yang menusuk deria bau anda..haha..sabo jela kan..

 

Resepi Coffee Butter Cake:

  • 250 gm mentega
  • 1 cawan gula kastor
  • 5 biji telur .*Ana guna gred B
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik } ayak sekali dengan tepung
  • 120 ml susu segar *Ana guna susu cair je
  • *2 sudu besar serbuk kopi cap kapal api (blend halus & ayak ke dalam tepung)


Cara buat:

  • Putar mentega & gula hingga kembang.
  • Masukkan telur satu persatu, tepung, serbuk penaik dan susu segar.  
  • Putar lagi dalam kelajuan rendah hingga sebati.Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama sejam. 
  • Kalau tak mau cepat berkerak, buat teknik steam bake dulu, guna api bawah saja. Remaining 20 minutes, keluarkan dulang air. Guna api atas bawah. *Ana terus guna api bawah je, bila dah masak, buka api atas kejap bagi kek tu kering & senang nak letak cream



* Boleh diletakkan perisa dan pewarna.
* Boleh transform jadi kek belang.
* Boleh letak buttercream kalau suka.

 

Ada yang nak cuba? Cubalah..

3 ulasan:

izahdaut berkata...

uii bila dengor tu rasa cam terbau bau je kek ni kat idung...dah cantik pandai buat kek, kedai kek bila nak bukak neh? hehe

Mimiey.. (^-^) berkata...

sedapnye kak ana kek tuh...nak2 lak perisa kopi,mmg bestla....mie mintak 3 potong blh,hehhehehe....

Nieza berkata...

rajin betul la ana ni selalu baking kek...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...