Sabtu, 1 Januari 2011

01 JANUARI..ada apa tarikh itu?

Assalamualaikum...

Salam manis & mesra buat teman2 & sahabat yang singgah ke blog yang tak seberapa nih...harini, Ana nak letak entry yang berkaitan dengan tarikh 01 Januari...ada apa dengan tarikh tu? Tahun baru? Tidak!! Tak ada apa dengan tahun baru omputih ni, sebab kita dah sambut Tahun Baru Hijrah kan...cukuplah tu..tarikh ini ada kena mengena dengan teruna Ana yang manis nih..hehe..



"Tarikh yang sungguh senang nak ingat ni memberi cukup makna buat kami suami isteri, kerana pada tarikh keramat inilah, buat pertama kalinya kami bergelar ibu & bapa..pada waktu inilah lahirnya zuriat kami yang pertama..Muhammad Adam Firdaus pada 01 .01.2003,..tepat jam 01.15 pagi,  dalam keheningan pagi di sebuah Hospital Besar, negeri Kelantan Darul Naim.
Kehadiran zuriat pertama penyambung tali kasih kami ini dilahirkan awal 2 minggu dari tarikh jangkaan sebenar..tak disangka, sakit untuk bersalin seawal jam 9 malam 31 Disember 2002, berlarutan hingga ke tarikh yang lain..Alhamdulillah, biarpun sakit tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, kehadirannya cukup bermakna, dialah bayi pertama yang dilahirkan pagi itu di Hospital berkenaan..

Saat sakit tidak tertahan, terdengar ungkapan Doktor yang merawat, "anak awak ni nak lahir tahun lain, dia taknak keluar lagi tu...sabarla yea, tahan dulu" huhu..orang sakit soh tahan?..hehe...peritnya bila teringat...

Sekarang genaplah usianya 8 tahun, seorang anak yang pintar (boleh baca suratkhabar seawal 6 tahun), suka ke masjid & surau..(kdg2 suka sgt pg sbb ada majlis kenduri tahlil dsbnya..hehe), berdikari & boleh diharap untuk menjaga adik2nya..(sambil2 nyakat...)..menjadi Imam dalam solat bersama adik-adiknya..Alhamdulillah.

Harapan Ummi & Ayah, semoga Adam & semua anak-anak membesar dengan baik & sihat sentiasa di dalam lindungan-Nya, dipayungi Allah setiap gerak langkah & pemikirannya, menjadi tauladan kepada adik-adik yang lain &  walau kemana saja Adam membawa diri, Ingatlah ALLAH itu SATU...berpeganglah kepada jalan yang Allah redhai & jagalah Sunnah Rasul Allah..mudah-mudahan dirimu sentiasa di dalam keberkatan Ilahi..Amin

7 ulasan:

izahdaut berkata...

ooo dah 8 thun dah... dah besar ye.. semoga adam membesar dengan sihat dan menjadi anak yg soleh.happy birthday

zarin berkata...

selamat hari lahir adam firdaus..moga menjadi anak yang soleh

So Shy Lady berkata...

alhamdulillah...smoga thn baru ni dlimpahi dgn kberkatan.

dah makin tua kita heheh

Anna Qawina berkata...

Makcik Izah : makasih...takda adiah ke? hihi

Makcik Zarin : t.kasih dari Adam..InsyaAllah ank2 kita jd ank soleh..:)

SS.Lady : InsyaAllah..makin tua? ish...rasa cam makin mudo jer..kehkeh

K.Nor berkata...

happy belated birthday buat hero adam.. mudah2an menjadi anak yg soleh yg memberi manafaat pd kedua ibu bapa.. aminn

Mas berkata...

happy birthday wat adam firdaus.....moga menjadi anak yg soleh dan insan yg berjaya dunia dan akhirat...

Anna Qawina berkata...

terima kasih wat makcik Nor & makcik Mas ...*pst..adam soh tulih..kihkih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...