Rabu, 29 Disember 2010

APAM GANDUM & MEEHOON SEMPOI

Sarapan yang simple je pagi ni, meehoon sempoi..sempoi sebab takde bhn2 yang mewah dalam tuh.. maklumle, dah hujung2 bulan camni, bahan2 masak pun dah pupus, nape ek? Asal hujung bulan je barang2 dlm rumah makin pupus? hehe..nak soh kita g 'suping moping' le kot..haha...suka..suka..


Kuih apam ni pun Ana masak malam tadi sebelum lelap mata, ingatkan pagi2 ni dapatla kukus kelapa parut kejap untuk makan dengan apam, tapi sayang 1000x sayang, kelapa parut dah tak boleh pakai..huhu..sedihnya..terpaksalah makan apam cicah air teh je..

Sekali sekala buat kuih bila dah jadi, ada je yang spoil, tu yang tak best tu...takpela, nak buat canne, takde rezeki nak cicah apam dengan kelapa kan..


Resepi ni Ana ambik kat blog CMG..makasih Cik Mat..Ana simpan kat sini laks..

BAHAN-BAHANNYA :-)..Ana buat separuh je..
  • 500 g tepung gandum
  • 3/4 cawan gula perang (brown sugar)
  • 2 cawan air
  • 11 g yis + 1/2 cawan air, larutkan
  • Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-) *Ana guna loyang 7 inci(separuh adunan)
  1. Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
  2. Lenser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
  3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). (Ana tutup dengan aluminium foil je kat loyang tu) 
  4. Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....
**Feedback dari Cik Abe Ana cakap sedap, ada bau wangi..ye ke bang? hehe..

3 ulasan:

izahdaut berkata...

nah bagi 5 ketoi apam pisang..tukor ngan apam gandum..nakkkkk..hehe

Anna Qawina berkata...

Izah : nak..nak..haha

Mas berkata...

anna, kena tu makan apan ngan bihun....pedas dan manis, baru best...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...