23 Disember, 2010

D.B.C.CAKE + CHOC. FROSTING +ICING

Assalamualaikum.

 

Semalam (Rabu, 22 Dec.2010) adik Ana ada kongsi duit ngan kawan-kawan 1 opis dia untuk buatkan 1 majlis ringkas, sebenarnya sebuah kejutan buat salah seorang rakan opis dia. Dia suruh (bayar tau..) Ana buatkan 2 biji kek, 1 kek coklat & 1 lagi kek karemel untk jamuan tu. Kek coklat tu Ana guna resepi dari mrsdayat@myresipi..Death by Chocolate Cake, cuma Ana tak buat ganache ikut resepi dia, buat guna cara lain sikit & hasilnya sungguh memuaskan..bg Ana le, sbb kita ni jenis kerastangan, kira macam ni pun dah puas hati kan..hehe
 

Agak-agak ok tak tu? hihi..nak buat garisan je tangan dah terketar2, dalam hati tak jadi habisla, haha..mula2 Ana ada jugak tulis, tapi lain macam pulak tgk tulisan ngalahkan doktor..huhu..malu jer, cepat2 sapu balik & deco camtuh...

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KEK..Death by Chocolate Cake

Bahan-bahan ( loyang 9" )

  • 2 cwn gula (kisar)..Ana guna gula kastor
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak / butter cair *Ana gna minyak
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
**utk ganache** & cara2nya boleh tgk kat sini..
 
Cara-cara(KEK)
  1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. boleh juga kukus selama lebih kurang 1 jam 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Chocolate Frosting..resepi dari Hersheys Perfect Choc.Cake..

BAHAN-BAHAN :
  • 1/2 cawan (1 stick) butter / margarine..Ana guna marjerin
  • 2/3 cawan serbuk koko
  • 3 cawan gula icing
  • 1/3 cawan susu cair
  • 1 teaspoon vanilla extract..@ boleh juga esen vanila
CARA-CARA :
  • Cairkan butter / marjerin
  • Tuang butter cair tadi ke dalam bekas mengandungi serbuk koko, gaul kejap.
  • Masukkan gula icing & susu.
  • Putar speed sederhana sampai sebati
  • *Jika perlu tambahkan lagi susu (Ana tak tambah )..masukkan esen vanila..siap..
  • Boleh disapu pada kek macam Ganache..boleh juga dibuat layer pada kek, jika dikeraskan boleh dibuat bunga coklat..
  • Tekstur Chocolate ni bila dah siap agak likat tetapi senang nak sapu pada kek, rasanya lebih sedap
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ICING BUTTERCREAM : resepi ni Ana dah lupa sape bg..t.kasih buat penyumbang rsp.
  • 250 gm butter
  • 250gm shortening
  • 200 gm susu pekat
  • 40 gm gula icing 
  • 1sudu esen vanilla
**putar semua bahan hingga gebu dan ringan. 
**Ambil banyak mana kita nak untuk warnakan, tambahkan pewarna, kacau sebati & bolehla diguna

Kek cara Ana :
  • Kek yang dah siap bakar, disejukkan dahulu
  • Potong kek kepada 2 lapisan
  • Sapu Chocolate Frosting tadi keseluruhan permukaan kek (bahagian bawah)
  • Lapiskan dengan sebahagian lagi kek menutupi Chocolate Frosting tadi.
  • Salut keseluruhan kek dengan Chocolate Frosting, Ana buat 2 kali salut, ada lebih lagi Chocolate tu.
  • Hiaskan dengan icing
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini pula kek karemel untuk diaorang menikmatinya..siap taruk buah kiwi lagi atas tu haa...hihi



Terima kasih buat adik & kawan2nya (sblm ni pernah sponsor kek masa jamuan diaorang, tu yg dapat tempahan tu) kerana memberi kepercayaan buat sesorang yang keras tangan nih untuk menyiapkan kek bg sambutan harijadi..Terima kasih daun keladi, harap lepas ni tempah lagi..heee

9 ulasan:

izahdaut berkata...

cantik uuu.. i loikeee

Mas berkata...

Wah anna, cantik la tu, kalau mas tak tahu macam mana kejadiannya...bab mendeko ni tak berapa pandai la....

Cendana Kasih berkata...

waaa..lawa ler kek coklat tu..kira ok laa..dh boleh la ambik tempahan lagi lepas ni..

Anna Qawina berkata...

waaa...
toceeyyy..toceeyyy

haha...tu aa, ai rasa pong dah ok ler bg org yg tak bareapa lembut tgn nih buat kan..hikhik...
yg ptg tukang makang2 ckp sodap..puas ati ai tau..huhu..

zarin berkata...

wahhh bagus bagus...siap amik tempahan lagi ;-)
cantik dah deco tu...simple but nice

Wattie berkata...

Salam Ana,
Wahhh dah pandai deko kek, Kira ok la tu Ana, tp kalo wat bunga rose cam yg KWattie tunjuk tu lg sweet kan..... nanti try tau.

kha!ruL Anuar berkata...

pergh..kek coklat..mmg feveret...kena cuba nie...

Anna Qawina berkata...

zarin : hihi..ok le rasanya mula2 blaja..kang wat terlebih deco kang hancur lak..

Kak wattie : huhu..alat paku tu takde..kena kumpul duit dulu le baru blh beli..hehe

Khairul : suma suka kek coklat..rajin2 ada masa tryla..:)

Unknown berkata...

Nice work babe! suke makcik!

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...