Isnin, 20 Disember 2010

KUIH BAKAR KENTANG

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua..

Cuti sekolah dah tak banyak berbaki ni kan, dah tak lama lagi sibuk dengan anak-anak sekolah lak, jadi persiapan tu ada yang dah siap tak? Kami semalam baru je membeli belah sambil membayar kat tokey Hypermarket Mydin tu...ramai betul makhluk Allah dok menjamu mata & membeli apa2 yg patut, tapi biasala, kalau bawak budak2 pergi sama ada je benda yang tak patot beli tu kan..bila dah siap kira tu terbelalak gak bijik mato tgk angka RM nya..nampak sikit je..hehe..


ok, berbalik pada gambar di atas, tiada kena mengena ngan persiapan sekolah..hihi..Ana bakar untuk sarapan pagi semalam, sebab ada kentang & teringin nak makan kuih, jadi godek2 resepi jumpa kat Salon kak Wattie..hehe..bukan salon rambut tau, tapi SALUN de CAKES. Ana buat sebijik sebijan macam kak Wattie buat, boh bawang goreng atasnya lagipun kat umah ni takde bijan kan..bila makan, sedap, lemak, berkrim, lembut & sebagainyala..bila tanya Cik Abe dia cakap dah jadi le ni..haha.sbb Ana ni kurang mesra sikit tangan bab-bab buat kuih muih ni..Alhamdulillah selamat le kuih ni jadi sarapan pagi kami semalam..

Resepinya Ana copy & edit je ek..t.kasih kak wattie 

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu sejat
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 biji telur 
  • 4 biji kentang direbus dan dilecek..lebih kurang 1 cawan
  • sedikit bijan jika suka - saya gantikan dengan 7 ulas bawang merah yg digoreng bersama tiga sudu besar butter
  • Secubit garam

Cara-cara
  • Blend semua bahan hingga sebati kecuali kentang dan bijan
  • Masukkan kentang dan "blender" sebentar.
  • Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  • Bakar pada suhu 180 C selama 1 jam
Cara buat topping bawang tu :
  • gorengkan bawang merah dengan 3 sudu besar butter. 
  • Bila bawang dah agak2 nak garing, angkat dan tuangkan (butter dan bawang sekali) ke atas adunan tadi, ratakan biar nampak cantik dan bakar.
ps.. kalau tak suka manis gula tu boleh kurang 3/4 cwn je
kalau nak kurangkan bau 'keteluran' nye boleh boh sikit esen vanila..

2 ulasan:

Mas berkata...

wahhh..pepagi dah ada kuih bakar kentang...nak sikitt...he..he..

Anna Qawina berkata...

mas : yg ni dah abis le...hiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...