08 Oktober, 2010

BINGKA ROTI

Assalamualaikum...salam Jumaat buat semua, semoga sentiasa didalam limpah Rahmat-Nya...Amin..

Pagi2 ni..(pagi lagi ker..??) heeee....Ana nak tunjuk bingka roti yang buat untuk sarapan semalam..sedap sungguhla bingka ni, nak buat pon senang je..Ana sebar-sebarkan resepi Mas Duniaku Duniamu ini kat sini yea...hiiiiii...

kena sorok sikit utk snap gambo..
Sebenarnya Ana buat malam cadang nak buat makan sarapan, tapi bila dah siap masak, suam2 lagi dah tinggal suku..sudahnya sarapan kena beli kat gerai je..hahahaa...Ceri tu saje nak prabihkan stok je..nampak lawa lak boh gitu, hehe...


masa ni baru kluar oven..


Bila dah masak dia turun sikit..memang cenggitu ke Mas? Apa2pun memang sedap kalau nak buat makan2 nih, terima ksih Mas sudi kongsi resepi ni & Ana copy kat sini lak..

Bingka Roti Mas
Bahan :
  • 5 keping roti gardenia
  • 2 biji telur - pukul sikit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 /2 sudu kecil garam
  • 400ml santan
  • 100 ml susu segar / susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila


Cara membuatnya :
  1. Carik - carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.
  2. Satukan susu segar / susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis.
  3. Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila dan gula pasir. Kacau sebati.
  4. Jika ada bekas bingka, tuang kedalam bekas bingka yang telah dilengser dan bakar atas api perlahan selama 1 jam.
  5. Mas guna bekas bekas kek chiffon, Mas sapukan marjerin dan taburkan sedikit tepung gandum pada bekas kek chiffon tu dan tuang adunan bingka dan bakar dalam oven yang dipanaskan 170 c bergantung pada saiz oven, selama 45 minit dengan api atas bawah.
  6. Jika atas bingka dah cantik keperangan / kecoklatan masa tengah bakar, boleh tukar api bawah sahaja. Bergantung pada jenis oven. Kena perhatikan juga masa bakar..*Ana ikut je...
Soklan buat Mas :
Kalau tak tapis adunan tu tak boleh ke?? hihi....
 

3 ulasan:

Mas berkata...

kau dah buat baru tanya...ha..ha...mas jawab yer, mas tapis supaya ketul2 /sisa2 dari telur dan tepung tu dapat dibuang, baru cantik bingka tu....tengok bingka roti ana cantik jer....ok la tu...sedap kan ana....nak sikit yang tinggal ciput tu...

Unknown berkata...

Salam Ana...Dah Bingka Roti Pulak Dah....Dahlah Perut Kak Lin Ni Mmg Betul2 Tgh Lapar Ni....Konon Nak Diet...Bila Tgk Roti Tu Nampak Sedap...Tak Jadi Kak Lin Berdiet....Huhuhuhuhuhu

Anna Qawina berkata...

Mas : tanya sbb nanti nak buat lg senang..huhu..malas sungguh nak napis tuh...kihkih..errr..dah abesla...buat sdrik yek..

Kak Lin : takyah diet dulu harini...buat kak gerenti sodap nih...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...